Sony SmartBand Talk SWR30

Sebelum ini ruby telah menerangkan berkenaan SmartBand SWR10. Yang sesuai untuk mengesan aktiviti seharian kita agar memberi kesihatan dan kecergasan yang optimum. Kali ini, Sony Mobile telah mengeluarkan satu lagu produk terbaik untuk aktiviti seharian kita. Ia ibarat jam tangan, tetapi lebih hebat kerana ia boleh memaparkan tarikh hari ini, ramalan cuaca, lifelog, set jam loceng, jawab panggilan telefon, notifikasi social media / whatsapp dan anda boleh baca mesej tersebut juga! Hebatkan? Produk ini adalah Sony SmartBand Talk SWR30.

Setelah 1 minggu mencuba Sony SmartBand Talk SWR30, peranti ini sentiasa menemani ruby. Ia akan bergetar tiap kali menerima notifikasi. Cara peranti ini berhubung dengan telefon pintar anda adalah menggunakan NFC (Near Field Communication). Apabila menggunakan peranti ini pastinya anda ingin mengetahui tempoh bateri berfungsi dan tahap kualiti peranti ini. Menggunakan SmartBand Talk SWR30, bateri mampu bertahan selama 3 hari dan tempoh untuk bersembang dengan peranti ini adalah selama 1 jam. Kalau anda nak bergayut, lebih elok jawab guna telefon kan. Melainkan anda ingin berbaring sambil jawab telefon. Hahahaha. Kalau dalam LRT mau lenguh juga tangan kan? Peranti ini ada mikrofon dan pembesar suara. Segan pula nak bersembang di khalayak ramai. Hahaha.

Berkenaan jawab telefon menggunakan peranti ini, ruby suka sangat fungsi seperti ini. Sebagai blogger yang sering dikejar client untuk siapkan tugasan, ruby boleh menjawab telefon ketika sedang memandu. Sebab ruby tidak suka guna earphone / headphone kerana mengganggu fesyen hijab yang sedang ruby gayakan. Hahahaha.. Ketika memasak didapur juga boleh jawab panggilan, ketika menguruskan Adam pun boleh jawab panggilan. Sekarang ruby lebih selesa meletakkan telefon pintar Sony Xperia Z3 di sebelah televisyen dan memakai SmartBand Talk SWR30 dimana sahaja.

Cara-cara install Sony SmartBand Talk SWR30

  1. Sila caj SmartBand Talk SWR30 anda terlebih dahulu.
  2. Sementara itu di telefon pintar Sony Xperia Z3 sila muat turun di Google Store aplikasi SmartBand Talk SWR30 dan Lifelog
  3. Letakkan SmartBand Talk SWR30 dibelakang Sony Xperia Z3 agar NFC dapat sync dan anda boleh memulakan installationwpid-screenshot_2015-06-19-00-18-12.png wpid-screenshot_2015-06-19-00-18-19.png wpid-screenshot_2015-06-19-00-20-28.png wpid-screenshot_2015-06-19-00-18-04.png wpid-screenshot_2015-06-19-00-20-52.png wpid-screenshot_2015-06-19-00-21-48.png wpid-screenshot_2015-06-19-00-21-54.png wpid-screenshot_2015-06-19-00-22-14.png wpid-screenshot_2015-06-19-00-22-20.png wpid-screenshot_2015-06-19-00-23-42.png wpid-screenshot_2015-06-19-00-25-30.png
  4. Selesai install, anda buka Lifelog, aplikasi Lifelog anda boleh muat turun di Google Store. Sebab ruby telah menggunakan Lifelog bersama SmartBand Talk SWR10 jadi untuk SmartBand Talk SWR30, gunakan email yang sama. wpid-screenshot_2015-06-19-00-33-22.png wpid-screenshot_2015-06-19-00-25-44.png wpid-screenshot_2015-06-19-00-28-16.png
  5. Kemudian kembali ke Setting SmartBand Talk untuk menyunting apa-apa fungsi yang bersesuaian dengan cara anda dan gaya anda. wpid-screenshot_2015-06-19-00-33-36.png wpid-screenshot_2015-06-19-00-33-44.png wpid-screenshot_2015-06-19-00-34-00.png wpid-screenshot_2015-06-19-00-34-42.png wpid-screenshot_2015-06-19-00-34-49.png wpid-screenshot_2015-06-19-00-34-57.png wpid-screenshot_2015-06-19-00-35-10.png wpid-screenshot_2015-06-19-00-35-17.png
  6. Selesai! Selamat menggunakan SmartBand Talk SWR30!

wpid-dsc_0144.jpg wpid-dsc_0148.jpg

Skrin paparan Sony SmartBand Talk SWR30 adalah E-Ink. E Ink adalah dakwat elektroforetik iaitu sejenis proprietari kertas elektronik dihasilkan oleh E Ink Corporation, yang ditubuhkan pada tahun 1997 berdasarkan kajian bermula di MIT Media Lab. Yusuf Jacobson dan Barrett Comiskey disenaraikan sebagai pencipta pada paten asal yang difailkan. Pada tahun 1996 ia mula dijual dipasaran. Teknologi E-Ink ini semakin diminati dan banyak jenama gadget telah menggunakannya.

Sony SmartBand Talk SWR30 adalah kalis air “Up to 1.5m (IP68)” dan bernilai RM 614.00. Anda juga boleh menukar tali smartband kepada warna yang anda suka. Sony SmartBand Talk Wrist Strap bernilai RM 105. Harga kedua-dua produk ini adalah termasuk caj GST.

wpid-csm_swr30_kb_slide2_l_3418bf847c.png wpid-usp3-color-range-6964a767b2633f3fea3b61912fddc5f0-940.jpg wpid-sony-latest-innovative-wearable-technology-products-2.jpg

Sony SmartBand Talk SWR30 : www.sony.com.my/product/swr-30

Sony SmartBand Talk Wrist Strap : www.sony.com.my/product/swr-310

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Sony SmartBand Talk SWR30

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.