Banyak Perlu Diperbaiki Acara Mood Republik KL Raya Fest 2015

Ruby terpanggil untuk menulis tentang acara yang menjadi bualan dari rakan blogger dan teman-teman tentang KL Raya Fest di PWTC. Diharap blog post ini memberi manfaat dan sebarang komen berkenaan isi perkauman dan sindiran adalah amat tidak digalakkan. Kebanyakan yang komen tentang isu ini melibatkan isu perkauman “melayu memang suka benda free”, “melayu tiada kerja”, “lebih baik tidur dirumah dari berkampung di PWTC”. Memang masih perlu diperbaiki acara Mood Republik KL Raya Fest 2015 ini.

image

Tetapi sebagai orang Kuala Lumpur yang menghadapi tekanan belanja tinggi disebabkan GST, harga minyak naik dan akan datang tol pula naik. Ini adalah perkara yang kami lakukan. Datang ke bazaar dan mencari barang keperluan hari raya aidilfitri dengan survey dahulu. Ada juga yang telah menyimpan duit demi ingin memberi ganjaran kepada diri sendiri dengan membeli pakaian baru. Ada diantara kami yang membeli pakaian hanya sekali setahun iaitu pada musim perayaan. Kerana waktu ini jualan murah. Bukannya kerana kami kejar jenama yang best sahaja. Nak membeli baju Bella Ammara, Zawara dan jenama lain juga kami survey harga beberapa bulan sebelum dan menabung.

image

Isu beratur awal untuk jadi pengunjung yang terima duit raya dan goodie bag itu memang menarik perhatian pengunjung. Ini kerana ruby sendiri dah merasai pengalaman begini ketika pergi ke warehouse clearance sale untuk produk kecantikan dan pakaian sukan. Memang kami akan beratur seawal jam 12 tengah malam. Mungkin konsep begini ingin digunakan oleh Mood Republik tetapi mereka gagal. Rujuk blog sahabat ruby di http://mohdzarin.com/blog/penganjuran-mengecewakan-mood-republik-kl/. Masalah time management memang tak disangka sampai begini mereka lakukan. Ini adalah contoh yang tidak bagus.

image

Berkenaan isi borang dan submit borang dan dapatkan cop tangan. Membazir masa lah! Pengunjung datang bukannya guna duit anda pun wahai penganjur. Mudahkanlah untuk mereka masuk. Kalau nak dapatkan rekod berapa sehari pengunjung, anda boleh gunakan sticker berlainan warna ikut hari. Penggunaan cop seperti ini tidak relevan untuk acara yang melibatkan 100% orang melayu islam. Macam masuk kelab malam dan party. Cuma bezanya cop mereka “glow in the dark”. Ruby lalui pengalaman itu semasa ke majlis client di lokasi kelab. Jahilkah ruby? Takpe itu kisah lama. Kenapa perlu kita amalkan pula kan! Apa kata Mood Republik berikan setiap pengunjung sticker dan anda boleh lakukan di kaunter pendaftaran. Tampal di baju atau hijab pengunjung. Nak bg goodie bag pun boleh ketika itu. Lepas tu laluan beratur cuba kecilkan agar pengunjung beratur elok-elok. Lihat bagaimana tempat beratur panggung wayang GSC dan TGV.

Ruby tahu Mood Republik dah lama dikenali. Apa kata buat kad ganjaran VIP untuk pengunjung anda. Relevan lah kalau anda bagi borang untuk isi tu semua kan. Ni isi borang semata-mata untuk dapat cop? Urghhh.

image

Lagi satu isu entrance dan exit. Kenapa tak ada sesiapa guide supaya naik ke tingkat 4? Maklumkan pengunjung laaaaa. Cakap la entrance bermula di tingkat 4! Sesak gila dengan orang ramai yang tidak tahu ke arah mana. Bila dah ke tingkat 4, turun ke tingkat 3 pun tidak nampak eskalator. Jika tidak ada staff bertugas memakai pakaian EVENT TEAM atau MOOD REPUBLIK ke. Edar la layout map untuk pengunjung study lokasi. Lokasi mana mereka nak pergi. Bukannya tawaf semua kedai. Tidak semua kedai dapat lokasi best macam Melinda Looi di tepi eskalator kan? Orang dah nampak dari jauh.

Management je bermasalah. Tetapi para peniaga memang dikalangan mereka yang dah biasa buka booth. Promosi diskaun kaw kaw. Malah mereka ramah melayan pelanggan. Tawar menawar pun mudah. Bab ni memang ruby suka cara Mood Republik pilih vendor. Mereka walaupun dapat booth ceruk alam, masih lagi berjalan-jalan edar voucher dan buat happy hour. Mereka tahu apa perlu buat dan tidak seperti perniagaan suatu ketika dulu yang para peniaga agak pasif.

Ini apa yang ruby beli di KL Raya Fest. Ruby dapat beli tudung instant Siti Aisyah 2.0 dari SUCI by Yatt Hamzah. Beli 4 helai RM 39 sehelai. Jadi RM 156. Harga asal RM 59 sehelai. Jubah 2 helai ikut tema suami dan anak RM 240. Baju melayu Adam RM 50. Aksesori rantai untuk pergi event 3 jenis RM 120. Kasut wedges RM 30. Pin tudung dan headband RM 32. Jimat kan?

image

Bukan berbelanja sakan untuk perayaan aidilfitri yang bakal tiba. Tetapi untuk hari akan datang juga. Nak pakai kasut apa, aksesori apa dan etc etc semua ruby survey masa di KL Raya Fest. Kalau fokus untuk pakai waktu raya aje, memang pakai sekali je la pakaian tu. Kita kan nak berjimat.

Untuk Mood Republik, jika perlukan perkhidmatan ruby untuk beri pendapat. Ruby alu-alukan. Siap bawa anda ke event anjuran kawan-kawan di MIVEC lagi. Expo baby? Expo gadget? Expo photography? Semua anda boleh lihat. Supaya anda dan team anda boleh tengok cara management disana ambil hati pengunjung. Sampai ke malam ada goodie bag tau. Sesiapa aja boleh dapat goodie bag selepas register menggunakan kad pengenalan. Staff anda key in di dalam laptop. Jimat masa kan?

Semoga sukses Mood Republik.

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

8 comments on “Banyak Perlu Diperbaiki Acara Mood Republik KL Raya Fest 2015

  1. ahmad maslan

    sembang je lbh… pesan pada CEO & COO korang, BERDOSA menipu org & HARAM makan hasil infak pada anak yatim.. hasil infak anak yatim satu sen pun jgn usik! Pi ngaji la , lu sembah azizan osman mcm nabi, ape dia ade mukjizat? mane kereta2 mewah yang ko kate nak bg hadiah tu? sembang mambang la lu MOOD REPUBLIK… semua tu wayang ..strategi menipu org.. mmg MANAGEMENT ko hancur..xyah backup la, xyah nak pura2 komen sebagai pekerja… kepala bana ko..yang komen tu mmg antara ceo @ coo..puiii semua org tahu, lu mmg bermasalah…. ko panggil pekerja2 ko ANJING! habis lu org sape? BAPAK ANJING? .. FUCK MOOD REPUBLIK!

    Reply
  2. Suhaimi

    Apa cerita hadiah2 yg ditawarkan sewaktu Mood Republik YES KL 2015? Maaf kalau saya terlepas pandang dan dengar.

    Reply
  3. secret admire

    salam ruby , saya tergerak hati untuk balas artikel anda .. terima kasih atas teguran anda , saya merupakan salah seorang krew waktu event tu . ramai yang mengadu hal2 managment . Namun , tidak semua yang anda sangkal itu betul . Mood republik hanya baru setahun dalam event managment , mereka bertungku lumus untuk bagi yang terbaik pada Customer dan Client mereka .

    berkenaan dengan cop dan borang tu , kami cuba pelbaiki dari semasa ke semasa , kami masih mencari system yang mudah untuk memasukkan data pengunjung . cik ruby rasa sempat ke nak type dalam lappy kalau sekali datang 5ribu orang serentak ??? adakah cik ruby tahu sekira anda datang ke PWTC dengan anjuran PRIVATE EVENT MANAGMENT anda perlu bayar , macam KLIFASHION FESTIVAL setiap org rm1 . alhamdulillah , mood republik meletakkan FREE .

    memang benar Expo yang cik ruby senarai kan kemasukkan mereka sangat mudah dan friendly namun adakah ketika cik ruby kunjung ke expo tu , Kemeriahan seperti d mood republik ?? berpusu2 dan berebut2 untuk kejar diskaun ??? jika ya , kami akan ikut cara mereka .

    berkenaan Goodies sehingga ke hujung event , adakah cik ruby tahu bahawa goodies yang mereka dapat adalah hasil dari DERMA vendor kepada pengunjung ?? . EXPO2 yang cik ruby senaraikan itu , mereka mendapat tajaan besar dari syarikat2 besar .. adakah cik ruby tahu bahawa mood republik berjalan d atas kaki mereka sendiri tanpa bantu sesiapa berbanding EXPO2 yang ada .

    terima kasih atas perbelanjaan cik ruby d mood republik , in sha Allah kami akan cuba pelbagai dari semasa ke semasa . hope cik ruby boleh jadi krew mood republik untuk raya akan datang , untuk merasakan bagaimana kami bekerja 72jam dengan 500k pengunjung . dari situ cik ruby boleh tengok dengan lebih dekat keburukkan dan kebaikkan d mood republik . selepas tu boleh lah cik ruby tawar kan nasihat dan pendapat cik ruby .

    berkenaan jalan yang d beri , kami beberapa kali mengecilkan jalan namun para pengunjung menolak2 sehingga jalan itu jadi besar . ada yang menolak penghadang jalan sehingga jatuh .

    Reply
    1. Syahira

      Saya adalah salah seorang vendor.
      MoodRepublik sila belajar dengan pantas daripada kesilapan yang telah berlaku. ya anda masih baru, tapi jangan guna alasan ini berulang kali. Sila lakukan training/latihan yang mantap untuk semua krew anda jika anda jangkakan puluhan/ratusan ribu pengunjung yang akan datang. Jangan kondem pengunjung/vendor yang komen, semua orang minta anda improve, bukankah itu satu perkara yang baik? Minta anda improve? Saya pasti banyak dah yang komen, tak perlu saya senaraikan lagi, kita tengok YES 2015 ni, dah improve atau tidak.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge