Berbuka Puasa Bersama Jasmine Pusa Gold 1121

Bulan Ramadan adalah bulan yang paling Ruby nantikan, malah bulan ini memberi banyak keajaiaban. Masa ini lah kami berkumpul satu keluarga. Walaupun Ruby di Wangsa Maju, mak di Damansara, adik di Jalan Ipoh, tetapi kami amat susah untuk berkumpul makan bersama di rumah mak. Bila datang ke rumah mak mesti tak plan, dan kami bawa makanan beli dari kedai atau KFC dan Pizza. Hahaha. Tapi, mak tetap mak kan. Mesti masak bila anak-anak tiba-tiba balik terjah. Hahaha. Kali ini Ruby plan baik-baik dan maklumkan dekat mak. ” Mak jom berbuka puasa hujung minggu ni, along beli beras Jasmine Pusa Gold 1121 yang sedap tu. Kita masak nasi beriyani”. Mak pun cakap “okay! ajak adik sekali”. Jadi, kami akan berbuka puasa bersama Jasmine Pusa Gold 1121 dan ruby mula whatsapp adik. Dia pun setuju.

Menu makan malam untuk berbuka puasa simple aje. Kami lebih suka makan nasi dari beras asmine Pusa Gold 1121 sebab ia lembut dan bila mak masak nasi beriyani dia rasa lemak-lemak. Sedap sangat. Sedap ya amat! Hahaha.

Berbuka-Puasa-Bersama-Jasmine-Pusa-Gold-1121-7 Berbuka-Puasa-Bersama-Jasmine-Pusa-Gold-1121-2 Berbuka-Puasa-Bersama-Jasmine-Pusa-Gold-1121-3 Berbuka-Puasa-Bersama-Jasmine-Pusa-Gold-1121-8 Berbuka-Puasa-Bersama-Jasmine-Pusa-Gold-1121-4 Berbuka-Puasa-Bersama-Jasmine-Pusa-Gold-1121-5 Berbuka-Puasa-Bersama-Jasmine-Pusa-Gold-1121-6 Berbuka-Puasa-Bersama-Jasmine-Pusa-Gold-1121-1

Menu makan malam untuk berbuka puasa adalah nasi beriyani dari beras Jasmine Pusa Gold 1121. Lauk adalah kari kepala ikan, rendang daging, kari kambing, ayam sotong masak kunyit, daging goreng, acar timun, gulai lemak kuning nenas ikan masin kurau dan papadom. Huhuhu bila masak jadi banyak juadah pula. Sebab setiap anak permintaan masa bulan Ramadan ni memang nafsu lain macam skit. Tambahan seharian berpuasa. Hahaha. Mak pun memang terrer memasak. Jadi, makan sampai lebam. Hahahaha.

Resepi masak nasi beriyani bersama beras Jasmine Pusa Gold 1121 adalah

  • Resepi Nasi Beriyani (10 orang)
  • Bahan-bahan :-
  • 1 kg Beras Basmathi King
  • Segenggalm Kacang Gajus
  • Segenggam Kismis
  • Segenggam Kacang Almond
  • 4 ulas Bawang putih
  • 1/2 inch Halia
  • 5 biji Bawang Besar
  • 3 batang Cili Merah
  • 3 batang Cili Hijau
  • 4 biji Tomato
  • 2 helai Daun Pandan
  • 1’2 cawan Susu cair
  • 1 tin kecil Minyak Sapi

Cara memasak Resepi Nasi Beriyani Jasmine Pusa Gold 1121.

  • 1. Masukkan minyak sapi ke dalam periuk
  • 2. Goreng Kismis, Kacang Gajus dan Kacang Almond. Kemudian angkat dan letakkan di dalam mangkuk.
  • 3. Masukkan bahan blander seperti halia, bawang putih dan bawang besar ke dalam lebihan minyak sapi tadi.
  • 4. Masukkan beras Jasmine Pusa Gold 1121 yang telah dicampur bersama susu cair.
  • 5. Masukkan Bahan Goreng tadi, cili besar, tomato dan daun pandan.
  • 6. Tutup periuk, kemudian gaul-gaul dan siap.
  • P/S : Saya masak atas dapur, so cepat sikit masak. hahaha.

Resepi nasi beriyani yang ruby gunakan adalah sama seperti resepi nasi beriyani bersama beras Jasmine Basmathi King cuma buat warna putih seperti nasi minyak. Hehehe.. Boleh rujuk ke link ini http://ruby.my/2013/07/resepi-nasi-beriyani-jasmine-basmathi-king/

www.jasmine.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge