Gaya Travel & RTM Terbitkan Pasport Asean

Gaya Travel & RTM Terbitkan Pasport Asean!! Tahniah! Sebagai langkah untuk lebih dikenali umum serta berhubung dengan lebih ramai lagi penonton, majalah Gaya Travel Nusantara (lebih dikenali sebagai Gaya Travel) hari ini melancarkan program televisyen terbaru yang diterbitkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk ‘Pasport ASEAN’. Usaha ini merupakan perkongsian pintar antara Gaya Travel dan RTM selaku penyiar nasional, berserta Air Asia selaku syarikat penerbangan rasmi program tersebut.

Selari dengan perlantikan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN bagi tahun 2015, ‘Pasport ASEAN’
membawa para penonton Malaysia bersama-sama menjelajah destinasi-destinasi tertentu sekitar
ASEAN melalui 13 episod. Program ini akan ditayangkan di TV1 RTM setiap Ahad pada jam 9:30 malam, meliputi topik-topik berkenaan tarikan tarikan pelancongan, budaya komuniti-komuniti ASEAN dan tempat-tempat penginapan di destinasi-destinasi tersebut.

Hasrat pembikinan program ini adalah untuk mengembangkan minat masyarakat umum untuk melancong dalam rantau ASEAN sendiri serta menerima ASEAN sebagai satu pasaran besar tanpa batasan.

image

Juhan Kamaruddin, Editor majalah Gaya Travel Magazine berkata: “Gaya Travel sering mencari
pelbagai cara untuk meluaskan lagi capaian kami. Usahasama dengan RTM dan krew Pasport ASEAN memberikan kami pengalaman berharga dalam bekerjasama, membangunkan dan seterusnya
menyiarkan kandungan video ke paparan skrin, lantas melengkapkan lagi platform-platform Gaya Travel yang lain seperti percetakan dan dalam talian (online). Sebagai media pelancongan, kami lihat usaha ini sebagai langkah semulajadi bagi meneroka peluang-peluang baru untuk mencapai lebih ramai penonton.”

image

Radzi Ruslan, Penerbit TV Pasport ASEAN menambah: “Tujuan ‘Pasport ASEAN’ adalah untuk memberikan informasi terkini tentang pengembaraan dalam rantau ini serta keunikan destinasi-destinasi terpilih daripada segi sosio-budaya dan ekonomi. Pelancaran ‘Pasport ASEAN’ ini juga adalah bersesuaian dengan perlantikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia sebagai Sekretariat ASEAN. Selain mempromosi destinasi-destinasi ASEAN, program televisyen ini juga akan berkongsi dengan para penonton tentang perkara-perkara yang sudahpun dicapai oleh pihak ASEAN melalui pelan-pelan tindakan sebagai sebuah institusi.”

Penaja-penaja lain yang turut serta menjayakan program Pasport ASEAN adalah:

1. Agoda.Com (Malaysia & Indonesia)
2. Hotel Quickly
3. Hotel Pullman Saigon Centre
4. Hotel Tugu Bali
5. Rizqun International Hotel Brunei
6. Lara Djonggrang Tugu Restaurant
7. SelamatBercuti.Com
8. Qadariah Travel & Tours, Singapore
9. Freme Travel & Services, Brunei
10. Best Western Hotel
11. Ibis Vientiane Nam Phu Hotel
12. The Mode Sathorn Bangkok
13. Smile Vision Holidays
14. Bohol Tourism Centre
15. IndonesiaTIC
16. Tourism Malaysia, Brunei
17. Amorita Resort, Bohol
18. Garage51 by Coffee Societe

Sempena Aidilfitri, pelancaran program ‘Pasport ASEAN’ turut diikuti oleh majlis ‘Raya with Friends’ kelolaan Gaya Travel, dihadiri lebih 250 para tamu merangkumi wakil media, personaliti berpengaruh, pegawai kerajaan dan pemain industri pelancongan.

www.gayatravel.com.my

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.