Haruman Indah Ambi Pur MoodTherapy

Ambi Pur adalah produk yang sentiasa menjadi kegemaran Ruby sekeluarga. Bukan sahaja kerana wangiannya, tetapi dengan jenis rekaan produk yang dikeluarkan. Sebagai contoh adalah Ruby suka ambi pur bau yang sama digunakan di rumah boleh digunakan di dalam kereta tetapi dengan saiz bersesuaian untuk diletakkan di dalam kereta. Jadi, perkara mudah sebegini membuatkan pengguna terus bersama Ambi Pur sehingga sekarang.

Kenangan dengan Ambi Pur bukan sahaja mengeratkan kita untuk sentiasa pulang ke rumah. Tetapi dengan rasa relax dan nyaman. Ia secara tidak sengaja menjadikan terapi setiap hari tanpa perlu berbuat apa-apa. Hanya duduk dan menonton televisyen anda boleh nikmati aroma wangian yang menenangkan.

Kini Ambi Pur mengeluarkan haruman indah Ambi Pur MoodTherapy. Ia wangian yang segar seperti di awal perhubungan – bunga-bungaan, pewangi, lilin berharuman mula hilang perlahan-lahan. Diselubungi pelbagai bau yang tidak menyenangkan seperti stoking kotor, ikan goreng minggu lalu dan rutin harian yang padat – sukar untuk pasangan yang sibuk mendapatkan mood untuk bercinta apabila dikelilingi bau-bau harian yang tidak dapat dielakkan.

Haruman-Indah-Ambi-Pur-MoodTherapy-11

Dari kiri Martin Soong, P&G Brand Operations Manager for Malaysia & Singapore, Dr. Jezamine Lim, Harith Iskander, and Ms Joon Wong President of the Malaysian Association of Professional Aromatherapists (MAPA).

“Wangian sangat berkuasa. Wangian yang berbeza diterima dengan berlainan oleh setiap individu dan boleh memberikan mereka mood yang tertentu atau mengimbas memori – terutamanya memori di awal permulaan hubungan,” jelasnya.

Harith dan Dr. Jezamine juga mengadakan sesi perkongsian dengan media dan orang ramai mengenai kepentingan menghidupkan asmara di dalam perkahwinan. Pasangan selebriti ini menasihatkan bahawa usaha yang kecil sangat bermakna dan boleh menyegarkan semula hubungan. Pelawak Malaysia dan isterinya ini juga berkongsi bagaimana mereka meluangkan masa untuk asmara dan bagaimana mereka melakukannya di rumah.

“MoodTherapy sangat membantu terutamanya jika anda mempunyai jadual yang ketat seperti kami. Dengan kerja dan anak-anak, sukar untuk kami mengekalkan kehangatan asmara – yang sangat penting sebenarnya. Setiap hubungan memerlukan usaha dan sangat senang bila ada penyelesaian yang mudah seperti ini,” kata Dr. Jezamine.

“Seronok sekali dapat menghidupkan semula saat-saat indah bersama isteri saya. Ia membantu anda mengingati mengapa dan bagaimana anda jatuh cinta dengan pasangan. Wangian adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat atau dirasa; tetapi anda tahu ia ada,” kata Harith.

“Begitu juga dengan bau busuk, anda tidak sedar bagaimana ia menjejaskan anda. Namun selepas anda menghilangkannya dan menyembur sedikit wangian, seluruh mood anda boleh berubah. Di rumah, kita sudah terbiasa dengan bau-bau yang tidak menyenangkan dan ini boleh menjejaskan kita tanpa disedari,” tambahnya.

Bau busuk boleh menjadi sangat tidak menyenangkan kepada seseorang. Ia perlu ditangani kerana boleh menjejaskan fikiran dan suasana tanpa disedari. Persekitaran yang harum boleh menggembirakan, menenangkan deria dan menaikkan mood.

Haruman-Indah-Ambi-Pur-MoodTherapy-7

Ruby juga ingin kongsikan pendapat Ruby setelah menggunakan Ambi Pur MoodTherapy untuk varian Love’s Bouquet. Kebiasaannya jika beli Ambi Pur mesti bau lemon je. Jadi kita bertukar angin untuk cuba Love’s Bouquet pula! Hahaha. Suami pula bila pulang dari kerja mesti cakap “hurmmm wanginya rumah”. Buat masa ini, bau yang paling tidak menyenangkan kami sekeluarga adalah bau pampers Adam! Iya bau pampers dia lagi kuat dari bau yang lain. Walaupun berada di toilet selama satu hari. Tengiknyaaaaaaaa! Boleh geram tau. Hahaha.

Haruman-Indah-Ambi-Pur-MoodTherapy-3 Haruman-Indah-Ambi-Pur-MoodTherapy-2 Haruman-Indah-Ambi-Pur-MoodTherapy-4 Haruman-Indah-Ambi-Pur-MoodTherapy-5

Kebiasaannya kalau Ambi Pur Set & Refresh atau Ambi Pur Gel Fresh Ruby akan letak berdekatan pintu masuk. Agar bila kita pulang dari tempat kerja atau event,  melangkah je masuk dalam rumah, kita lupa seketika kesibukan aktiviti harian.

Haruman-Indah-Ambi-Pur-MoodTherapy-6

Manakala untuk Ambi Pur Air Effects Ruby letak di kawasan kerja, ruang tamu dan di lokasi yang mudah untuk ambil. Sebabnya kadang-kadang bau tidak diingini tiba-tiba sepoi-sepoi bahasa lalu. Contohnya kentut suami la. Geram betul la!

Haruman-Indah-Ambi-Pur-MoodTherapy-1Sebagai anak perempuan, ibu dan juga kakak. Febreze Fabric Freshener penting sangat! Ini wajib ada di dapur dan bilik tidur. Ruby akan spray langsir selepas masak dan spray tilam selepas semua anak-anak dan suami bangun tidur atau selepas suami pergi kerja. Dalam masa kita spray tu, secara automatik satu kawasan bau wangi. Hehehe.Haruman-Indah-Ambi-Pur-MoodTherapy-9

Relax & Unwind Haruman-Indah-Ambi-Pur-MoodTherapy-8

Splash of Revival Haruman-Indah-Ambi-Pur-MoodTherapy-10

Love’s Bouquet

Ambi Pur mencipta tiga mood untuk citarasa yang berbeza dengan varian Love’s Bouquet, Relax & Unwind, dan Splash of Revival. Love’s Bouquet mengingatkan anda kepada cahaya lilin dan haruman bunga yang mengasyikkan. Relax & Unwind mengundang anda ke dalam taman di mana anda boleh berehat sambil menikmati secawan teh herba. Splash of Revival pula membawa anda memasuki hutan hijau dan beristirehat di bawah teduhan pohon-pohon besar sambil menikmati tiupan angin.

Setiap varian ini boleh didapati dalam bentuk Febreze Fabric Freshener (RM11.90), Ambi Pur Set & Refresh (RM18.50), Ambi Pur Air Effects (RM19.90) and Ambi Pur Gel Fresh (RM9.90).

www.facebook.com/AmbiPurMY

 

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Haruman Indah Ambi Pur MoodTherapy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.