Huckleberry Food & Fare

      No Comments on Huckleberry Food & Fare

Huckleberry Food & Fare adalah sebuah restoran yang memberi pelbagai menu seperti salad, pasta, roti, kek, pastri, kopi dan teh. Kesemua roti, kek dan pastri adalah dibuat sendiri oleh “master baker” iaitu En Christophe Gros yang berasal dari kota Perancis. Tatkala memasuki restoran ini, terasa eksklusif dengan dekorasi kedai dan paparan hidangan pastri di sini. 

Huckleberry-Food-&-Fare-7 Huckleberry-Food-&-Fare-15 Huckleberry-Food-&-Fare-14 Huckleberry-Food-&-Fare-8

Menitik beratkan kualiti dan kesedapan tiap hidangan, restoran ini sentiasa menyajikan hidangan baru pada setiap hari dan setiap hari pasti Chef Christophe Gros tidak cukup tangan. Waktu operasi restoran ini seawal jam 7.30 pagi adalah masa yang terbaik untuk kita menikmati sarapan yang berkhasiat. Terdapat seleksi roti dari berserat tinggi, roti putih, roti bijirin dan kekacang. Manakala hidangan pastri dan kek pastinya memenuhi selera anda yang inginkan kemanisan buah-buahan. Ruby sangat suka Apple Turnover dan minum pula teh “o”. Yummy!
Huckleberry-Food-&-Fare-6 Huckleberry-Food-&-Fare-4 Huckleberry-Food-&-Fare-5

Ruby berkesempatan melawat ke ruang dapur Huckleberry Food & Fare dan Chef menunjukkan jenis tepung, yis dan garam yang digunakan. Semuanya di import dari negara luar. Chef juga menunjukkan ruang oven dan warmer beliau. Cara memasukkan roti yang telah disiap uli ke dalam ketuhar juga ditunjukkan. Barulah ruby tahu Chef menggunakan kayu seperti gambar dibawah. 

Huckleberry-Food-&-Fare-3 Huckleberry-Food-&-Fare-2 Huckleberry-Food-&-Fare-1 Huckleberry-Food-&-Fare-13

Berikut adalah seleksi makanan yang ruby telah cuba di sini. Semuanya menaikkan selera dan rasa di lidah. Seperti dapat menikmati hidangan segar dari ketuhar. Sangat berbeza dengan roti, pastri, kek yang kita beli di kedai roti biasa tu. Lembut dan segar, itulah yang ruby boleh gambarkan. 

Huckleberry-Food-&-Fare-33

Bread: Multigrain (RM11.90), Milk Loaf (RM9.90), Miche Sourdough Walnut Raisin (RM11.90)

Huckleberry-Food-&-Fare-32 Huckleberry-Food-&-Fare-31 Huckleberry-Food-&-Fare-30

Superfood Salad – RM25.90

Huckleberry-Food-&-Fare-28

Chilli Cheese Toast – RM13.90

Huckleberry-Food-&-Fare-27

Smoked Duck Bacon and Egg Pasta – RM25.90

Huckleberry-Food-&-Fare-29

Salt Beef Sammie with Rye Caraway Bread with sides of gherkins – RM32.90

Huckleberry-Food-&-Fare-22

Eclairs – Vanilla Twix and Coffee Marshamallow – 9.90

Huckleberry-Food-&-Fare-23 Huckleberry-Food-&-Fare-24

Vanilla Slice – RM12.90

Huckleberry-Food-&-Fare-21

Strawberry Lemoncurd cake – RM14.90

Huckleberry-Food-&-Fare-17 Huckleberry-Food-&-Fare-19

Apple Turnover – RM7.90

Huckleberry-Food-&-Fare-18 Huckleberry-Food-&-Fare-25

Banana French Toast – RM24.90

Huckleberry-Food-&-Fare-16

Sticky-sticky Buns – RM4.90

Huckleberry-Food-&-Fare-12 Huckleberry-Food-&-Fare-10 Huckleberry-Food-&-Fare-11

Jom nikmati hidangan hebat ini di Huckleberry Food & Fare. Sekali datang, pasti nak lagi. Hehehe.
 HUCKLBERRY FOOD & FARE

2G & 4G, Jalan Medan Setia 2, Plaza Damansara, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur.

Tel : 03-2098-7933
Email : finn@huckleberry.my
Waktu Operasi : 7:30 pagi – 6 petang (Rabu hingga Isnin)
Tutup pada hari Selasa

www.facebook.com/MYHUCKLEBERRYKL

www.instagram.com/MYHUCKLEBERRYKL

www.huckleberry.my

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge