Inspirasi Fantasi Butik Naquirkee Suria KLCC

Menjejakkan kaki ke butik Naquirkee di Suria KLCC terasa bagaikan di satu dunia yang penuh dengan keseronokan. Pelbagai idea disediakan dalam bentuk keperluan seharian. Corak dan warna sangat bewarna warni dan menaikkan mood anda. Bagi ruby, “Inspirasi Fantasi” Butik Naquirkee Suria KLCC adalah tagline sesuai tatkala berada di sini. Ruby tertarik dengan semua koleksi yang disediakan oleh Naquirkee. Dari kasut, tas tangan, dompet, bag 3D dan aksesori. Semuanya mempunyai cerita tersendiri.

Butik Naquirkee adalah butik yang menyediakan ragkaian kasut wanita, bag dan aksesori dari pelbagai jenama terkenal antarabangsa dan jenama ini tidak dijual di mana-mana butik di Malaysia. Naquirkee adalah gabungan nama co-founder Bud & Naq iaitu En Syed Naqiz bersama perkataan Quirky dan gabungan nama isteri beliau iaitu Puan Nor Eliza. Cuma ejaan sahaja berbeza agar ia lebih catchy sebagai Naquirkee.

Naquirkee-KLCC-10 Naquirkee-KLCC-1 Naquirkee-KLCC-9 Naquirkee-KLCC-16 Naquirkee-KLCC-17 Naquirkee-KLCC-12 Naquirkee-KLCC-11 Naquirkee-KLCC-2 Naquirkee-KLCC-3 Naquirkee-KLCC-5 Naquirkee-KLCC-7 Naquirkee-KLCC-4 Naquirkee-KLCC-6 Naquirkee-KLCC-8 Naquirkee-KLCC-14 Naquirkee-KLCC-19 Naquirkee-KLCC-18 Naquirkee-KLCC-20

Diantara jenama yang berada di Butik Naquirkee adalah Zona Centro dari Italy, Alma En Pena dari Spain, Kanna dari Spain, Carrano dari Brazil, San Miguel dari Mexico, Inuovo dari Turkey, Gabs dari Italy dan Braccialini dari Italy. 8 jenama ini menghasilkan kualiti yang berbeza, malah setiap koleksi menampilkan keistimewaan tersendiri. Ruby lihat jahitan dan material produk sangat kemas. Koleksi kasut juga terdapat untuk kanak-kanak umur lingkungan 5 tahun ke atas.

Butik ini juga memudahkan ibu bapa ingin membeli belah bersama anak perempuan, kerana dalam satu butik telah menempatkan pelbagai variasi kasut. Jadi, kenapa tidak anda anak-beranak menghabiskan masa di Naquirkee? Hahaha. Jika ruby ada anak perempuan, pastinya Naquirkee adalah lokasi sesuai untuk kami menghabiskan masa. Dari aksesori gelang tangan, rantai leher, kasut ballerina, high heels, dompet comel, bag tangan dan bag sandang. Semuanya sudah tersedia di butik dan menunggu anda untuk membeli sahaja kerana kesemua unit yang dibawa adalah koleksi terhad. Setiap koleksi akan berubah seperti 4 musim di kebanyakan butik. Jadi, anda akan lihat kepelbagaian koleksi dan ia pastinya membuatkan anda tersenyum dengan warna dan kualiti produk.

Dapatkan 10% diskaun di Butik Naquirkee setiap kali anda membeli belah disini dan diskaun tambahan 5% jika anda memberitahu pihak butik anda pembaca blog RUBY.MY! Yay!!! Dapat 15% potongan harga! Tawaran bermula dari 15 Jun hingga 12 Ogos 2015!

Naquirkee

Lot 2013c, Level 2, Suria KLCC

Tel: +603 2181 5147

www.facebook.com/naquirkeeofficial

www.instagram.com/naquirkee_official

www.naquirkee.com

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge