Laurier Night Safe ‘Permukaan Inovatif. Tiada Kebocoran!’

Benarkah Laurier Night Safe ‘Permukaan Inovatif. Tiada Kebocoran!’? Terpanggil untuk berkongsi pengalaman Ruby. Tuala wanita adalah perkara penting kita perlu titik beratkan apabila sudah mencapai usia akil baligh. Walaupun malu atau tidak tahu. Ilmu itu wajib dituntut agar anda kekal selesa dan bersih. Ketika anda alami menstruasi, kitar haid pada peringkat permulaan pastinya sukar untuk anda ketahui bila tarikh haid. Apabila anda tahu tarikh kedatangan haid, pastinya anda boleh bersedia dengan menyediakan tuala wanita siang, tuala wanita waktu malam, pantyliner, pencuci intim wanita dan tisu miss v.

Pada zaman Ruby ketahui berkenaan menstruasi, Ruby masih blur dan tidak faham. Sehinggakan ibu ruby membebel kenapa asik bocor? tidak catit ke tarikh bulan lalu? tuala wanita jenama apa along pakai? kenapa lama sangat di toilet? susah ke nak cuci? kenapa dan kenapa? banyak betul soalan. Hahahaha. Bila tahun kedua baru Ruby faham bahawa penggunaan tuala wanita tidak lebih 3 jam agar tidak berlaku iritasi kepada kulit dan Ruby tidak akan berasa kegatalan. Kemudian dengan mencatit tarikh setiap kali datang haid memudahkan kita untuk tahu sama ada haid teratur atau tidak. Perkara ini boleh membantu anda mengetahui kondisi kesihatan anda. kebiasaanya apabila tarikh mensturasi bakal tiba, pastinya anda dapat mengesan perubahan hormon dan tingkah laku pelik anda. Sakit perut, sengal badan, perut buncit dan selera makan dua kali ganda. Hehehe..

 

Ruby tertarik dengan video Kao Laurier Night Safe Wing yang baru. Babak remaja bangun dari tempat tidur dan dari tempat duduk tu. Jika anda peka dengan badan anda ketika datang haid, anda pasti perasan bila anda sudah berbaring lama atau duduk lama. Tiba-tiba aliran banyak mengalir. Gulp! Terdiam sekejap kan? Masa ni rasa nak ke toilet untuk cek. Tetapi kebiasaannya kalau cek, mesti dah terbocor terkena seluar dalam kan? Perkara ini amat membimbangkan Ruby sebab darah haid kalau kena pakaian mesti dah merosakkan mood kita seharian. Buatnya di sekolah? campus? pejabat? majlis formal? atau di majlis rumah terbuka? Arggghh malunya! 

Apabila menonton video ini, tertarik pula ingin mencuba! Ruby tidak pasti saiz yang mana satu sesuai dengan keselesaan Ruby. Jadi, Ruby beli Laurier Night Safe Wing 30cm dan 35cm. Dua-dua saiz panjang betul. Hahaha.

Laurier Night Safe Wing 30cm (16 pads) RM 8.00 (Harga termasuk 6% GST)

Laurier-Night-Safe-17 Laurier-Night-Safe-16 Laurier-Night-Safe-15 Laurier-Night-Safe-12 Laurier-Night-Safe-10 Laurier-Night-Safe-9 Laurier-Night-Safe-7

 

Laurier Night Safe Wing 35cm (12 pads) RM 8.00 (Harga termasuk 6% GST)

Laurier-Night-Safe-6 Laurier-Night-Safe-5 Laurier-Night-Safe-4 Laurier-Night-Safe-3 Laurier-Night-Safe-2

Ruby mencuba kedua-dua saiz tuala wanita ini dan mendapati ia amat selesa dengan gaya hidup Ruby ketika tidur di waktu malam. Ruby jenis bukannya tidur awal, kadang-kadang kena siapkan kerja melalui gadget sambil berbaring diatas katil kerana baby Adam tidak akan tidur jika Ruby tiada di sebelah. Kemudian Ruby perlu menyusukan Adam, kejap kena ke kiri, kejap kena ke kanan untuk penuhi permintaan susu dia. Kalau dah banyak bergerak, CONFIRM BOCOR kan? Tetapi dengan Laurier Night Safe Wing tidak berlaku apa-apa kebocoran. Jadi, Ruby tidak perlu bangun dari katil untuk ke toilet lagi pada waktu tengah malam. Kadang-kadang selepas menyusu terus tertidur kerana terleka susukan Adam. Esok pagi, bangun dari tidur dan terus cuci tuala wanita dengan aliran air sahaja. Senang kan? Rasa Selamat, Rasa Dilindungi dengan Laurier Nightsafe! Lena tidur semalaman!

LNSW KV

Saringan KAO Laurier yang berbentuk berlian, adalah teman terbaik seorang gadis. Permukaan Saringan Cepat Kering yang Inovatif Teknologi dari Jepun. Kao Malaysia menyediakan tuala wanita yang menawarkan perlindungan daripada kebocoran dan keselesaan yang unggul bagi memenuhi keperluan gadis-gadis aktif. Semua kebimbangan anda akan diserap, supaya anda boleh menjalani hari anda dengan penuh keyakinan.

Rangkaian tuala wanita Laurier dicipta menggunakan teknologi permukaan saringan cepat kering yang berbentuk daiman, dan fiber istimewa yang lebih jarang. Cecair mampu diserap dengan kelajuan 2x lebih cepat berbanding permukaan tanpa tenun. Dan, dengan sistem Quick Lock yang sangat berkesan, cecair diserap dengan cepat membuatkan pemakai berasa 5x lebih kering berbanding tuala wanita sebelumnya.

Apabila anda menggunakan tuala wanita Laurier Night Safe Wing, anda akan berasa kering dengan 80% daripada cecair dikurangkan secara inovatif menggunakan Quick Dry Mesh Surface kerana ia mempunyai 2x lebih cepat penyerapan melalui permukan tengah, mengurangkan rasa tidak selesa. Pasti anda akan berasa 5 kali lebih kering! Wide Hip Guard & Triple Back Guard berkesan mencegah kembali kebocoran! Kekeringan Superior. Bahagian tengah kusyen sesuai dengan sempurna untuk badan anda dan serta-merta menyerap cecair. Paling memudahkan adalah ia sangat mudah dicuci!

Print

Pihak Kao Laurier juga sedang mengakan peraduan untuk anda memenangi hadiah menarik iaitu 10 x Fashionable Hijabs and 75 x KAO Hampers! Peraduan bermula 18 Jun 2015 sehingga 31 Julai 2015. Caranya adalah seperti berikut.

Langkah 1 : Beli mana-mana pek berkembar Laurier Night Safe Wing (30cm 16pcs / 35cm 12pcs)

Langkah 2 : Like Facebook www.facebook.com/kaolaurier

Langkah 3 : Luahkan kata-kata “Rasa Selamat, Rasa Dilindungi dengan Laurier Nightsafe” bersama hashtag #LaurierSparkles@GiantLNSW 

Dapatkan Laurier Night Safe segera untuk memenangi hadiah menarik! Atau anda boleh dapatkan sampel PERCUMA  disini  http://bit.ly/1HLrbYa

Website : www.kao.com/my/laurier/

Facebook : www.facebook.com/kaolaurier

1 comment on “Laurier Night Safe ‘Permukaan Inovatif. Tiada Kebocoran!’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge