Majlis Amal emel by Melinda Looi di PPUM

Majlis Amal emel by Melinda Looi di PPUM telah dianjurkan untuk pesakit kanak-kanak Penyakit Jarang Jumpa dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bersama Melinda Looi, Emma Ma’embong dan Liyana Jasmay. emel by Melinda Looi merupakan inisiatif kesedaran sosial yang diusahakan pereka fesyen Malaysia Melinda Looi. Setiap tahun, sebahagian daripada hasil jualan koleksi Raya Tahunan disumbang kepada kebajikan. Penerima tahun ini adalah Pusat Perubatan Universiti Malaysia, dimana sumbangan dikhususkan kepada wad kanak-kanak.

Bersempena dengan usaha ini, jenama emel by Melinda Looi mengadakan majlis amal dan berbuka puasa bersama pereka fesyen Melinda Looi dan selebriti tempatan; Emma Ma’embong dan Liyana Jasmay; yang bekerjasama untuk Baju Raya 2015 koleksi di bawah label ’emel x Emma Maembong’ dan label ’emel x Liyana Jasmay’ masing-masing.

DSC_0149

Majlis Amal emel by Melinda Looi di PPUM

Melinda Looi berkata, “Sejak jenama emel by Melinda Looi ini bermula, visi kami adalah untuk meningkatkan kesedaran amal ibadah di kalangan rakyat Malaysia. Nama “emel” ini emel by Melinda Looi menganjurkan Majlis Amal untuk pesakit kanak-kanak Penyakit Jarang Jumpa dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bersama Melinda Looi, Emma Ma’embong dan Liyana Jasmay berasal dari perkataan amal dalam bahasa Arab. Amal bermakna harapan atau aspirasi manakala dalam Bahasa Malaysia, ia bererti kebaikan atau kebajikan.”

“Sempena bulan Ramadan ini, program yang berteraskan amal adalah tanda kesyukuran disamping memberi sumbangan amal jariah dan memberi peluang kepada kami dan wakil-wakil media untuk mendampingi para pesakit Penyakit Jarang Jumpa bagi memberi kesedaran dan sokongan.”

Turut hadir untuk berbuka puasa dan menyerikan majlis tersebut ialah Emma Ma’embong dan Liyana Jasmay. “Kedua-dua Emma dan saya sendiri amat mengambil berat tentang kesihatan kanak-kanak dan yakin sepenuhnya menyokong kerja-kerja PPUM kerana begitu banyak penyakit yang mereka merawat tidak disedari orang ramai dan justeru itu, kurang menerima pembiayaan. Kami berharap lebih ramai orang akan memahami usaha-usaha PPUM dan memberi sokongan dalam apa jua cara yang mereka boleh, “kata Liyana, yang mempunyai seorang anak perempuan berusia satu tahun.

Menurut Emma Ma’embong, “Selepas berkecimpung dalam usaha amal ini, baru kami memahami lebih lanjut tentang Penyakit Jarang Jumpa dan bahawa seorang daripada 4,000 warganegara Malaysia menghadapinya. Saya amat bersyukur kerana selain daripada diberi peluang untuk mereka fesyen baju raya bersama Melinda Looi malah saya boleh membantu dalam projek amal ini untuk menyedarkan orang ramai tentang penyakit ini.”

Majlis Amal emel by Melinda Looi di PPUM

Penyakit Jarang Jumpa lazimnya melibatkan sakit kronik, memudaratkan, melarat dan membahayakan nyawa serta menjadikan seseorang kurang upaya. Di Malaysia, dianggarkan tiga hingga lima peratus bayi yang dilahirkan mengalami kecacatan kelahiran yang mungkin sebahagiannya adalah Penyakit Jarang Jumpa.

Majlis Amal dan Berbuka Puasa bersama Emel by Melinda Looi diraikan bersama kanak- kanak pesakit Penyakit Jarang Jumpa dalam suasana yang meriah. Ini juga merupakan salah satu cara pereka fesyen Melinda Looi beraspirasi untuk berkongsi kegembiraan dan kejayaan yang telah dicapai sejak berkecimpung dalam industri fesyen.

www.melindalooi.com

www.emelbymelindalooi.com

www.instagram.com/melindalooi

www.facebook.com/melindalooi

www.twitter.com/melindalooi

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.