Masa kecil-kecil kalau ke rumah atok di kampung, mesti ada almari khas untuk simpan ubat, termometer, minyak urut dan keperluan kecemasan perubatan seperti plaster dan krim antiseptik. Ruby teringin miliki set kabinet begitu. Tapi tak tau nak letak dimana. Hahahahaha. Mak ruby pula ada kabinet kayu jati gantung di dinding khas untuk First Aid Kit. Jadi, pentingnya first aid kid untuk sebuah rumah agar boleh bersedia untuk apa-apa.
Untuk Ruby, ruby hanya ada first aid kit pemberian hospital sahaja. Box putih kecil ini sentiasa ruby jaga. Oleh kerana ia bersaiz travel, ruby akan bawa first aid kit ni semasa balik kampung. Jika ruby travel ke luar negara, hanya isikan semua keperluan ruby sahaja dalam bag kosmetik. Hehehe. Kalau untuk ruby, wajib bawa minyak cap kapak, balsem helang, panadol, ammeltz yoko-yoko heat patch, plaster dan vitamin pun dalam bag yang sama. Mudah kan.?
Jadi, adakah anda memiliki First Aid Kit khas? Hehehe. Dulu ruby letak barang-barang first aid kit dalam bag mekap. Bila check in luggage, bag mekap mesti kat dalam bag luggage kan. Ruby jenis akan pening kepala kalau naik kapal terbang terlalu lama melebihi 3 jam. Jadi kalau ada minyak cap kapak atau balsem boleh la membantu untuk relax kepala dan tidur.
Pengalaman mengajar kita kan. Hehehe. Baru-baru ini Adam dah mendapat pengajaran apabila bermain dengan kipas angin. Suka betul dia main dengan kipas angin lama milik arwah ayah ruby. Semalam, dia masukkan jari. Lepas tu panik tidak tahu keluarkan jari. Jerit-jerit dekat tepi kipas. Ketika itu ruby sedang basuh baju. Berlari pergi dapatkan Adam. Sekali haa.. Jari terlunjuk dalam kipas. Bila keluarkan jari tu okay je. Cuma macam ada kesan kena hiris. Dalam kepala terfikir ” mungkin cara ni boleh bagi dia takut dengan kipas dan jangan main lagi di situ”. Ruby terus ambil first aid kit dan balut jari dengan plaster. Tak selesa dia satu hari dan bila ayah balik. Drama dia pun mula la. Tunjuk jari kat ayah “akittt.. akittt.. akittt…”. Aiyo kuat pula drama ko ni Adam. Ingatkan ibu nak bg pengajaran, bukannya berdarah pun. Hahaha.
Pastikan anda memiliki First Aid Kit. Ia penting untuk anda dan keluarga anda.
Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3
3 thoughts on “Pentingnya First Aid Kit”
nikkhazami
(August 11, 2015 - 2:23 pm)first aid kid ni memang penting. wajib ade.
nikkhazami´s last blog post ..Sinopsis Plan Cinta Tak jadi di Astro Ria
Shaima
(July 9, 2015 - 12:12 pm)Memang kena ada, sampai ada vitamin special untuk anak buat standby sebelum dia demam.
akubiomed
(July 3, 2015 - 7:11 pm)Ya perlu ada dirumah. Untuk kes-kes kecemasan boleh diberi rawatan awal dahulu. Satu lagi dirumah juga perlu pasang pengesan asap.
akubiomed´s last blog post ..Jom sahut cabaran kempen #ErtiSosial Digi