Tips Melatih Anak Menabung

Ruby tak pasti sama ada tips ini berguna atau tidak. Tetapi tips inu ruby sedang amalkan dekat Adam. Tips melatih anak menabung ni kita boleh gunakan bila-bila masa bila terjumpa duit. Tak kisah duit syiling atau duit kertas.

image

Barang yang anda perlu sediakan adalah beberapa unit tabung. Duit pula anda boleh gunakan dari wallet anda sendiri atau baki dari shopping tu ke. Sambil ajar anak menabung, dalam masa yang sama anda juga menabung.

image

Permulaan ruby ada tabung untuk Adam adalah ketika Pesta Buku Antarabangsa 2014. Masa tu mak Ruby hadiahkan tabung Ana Muslim untuk Adam. Jadi, bila adam dah mula kutip syiling dekat atas lantai, ruby terus cakap “Adam masuk duit dalam tabung”. Sejak dari tu kalau dia jumpa duit, mesti panggil “abung abung abung”. Jadi ruby ready tabung di dapur, di ruang tamu, di bilik dan di meja kerja ruby. Bila dia bak tabung tak perlu ruby lari jauh untuk ambil tabung. Hehehe. Sebab bab duit syiling ni kena pantas. Kang dia start nak masuk mulut. Satu benda ruby tengok si Adam punya perangai adalah dia jenis cepat. Semua nak cepat. Kalau lambat-lambat dia ignore dan buat hal lain. Hahaha. Sama perangai ruby. Wakakakaka.

image

Sekarang kalau menabung dah makin seronok bila Adam dah besar ni. Tiap kali ruby balik dari kerja atau ayah dia balik dari kerja dan salin pakaian. Ada baki duit syiling, mesti dia hulur tangan nak duit tu. Nak masuk tabung. Hehehe.

Harap-harap tips menabung dari kecil ini dapat membantu.

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Tips Melatih Anak Menabung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.