AABC Penang Take Over

Selama 3 hari 2 malam, hari sabtu 8 Ogos 2015 ni lah acara yang kami teruja ingin lakukan. Hehehe. AABC Penang Take Over! Ia seperti pertandingan amazing race, tetapi lebih kepada berseronok. Sambil tu boleh berkenalan dengan kawan-kawan blogger berasal dari Penang. Tugasan AABC Penang Take Over semuanya senang, tetapi kami lebih berseronok di sini. Kahkahkahkah. Seronok dapat teroka Penang, siap dengan pemandu pelancong iaitu blogger Ling Zie dan CK. The food expert kami panggil mereka.

Penang sememangnya lokasi perlancongan yang paling mudah untuk kita teroka. Berjalan kaki dari Chowrasta Market, Armenian Street, George Town, Gurney Drive dan berkumpul balik di Chowrasta Market. Di George Town UNESCO World Heritage City adalah lokasi paling ramai pelancong. Di sini terdapat mural yang dilukis dan menjadi tarikan pengunjung. Cuma kenderaan keluar masuk tanpa henti dan menganggu pengunjung ingin bergambar. Malah ia membahayakan kami sebagai pelancong untuk menunggang basikal dan anak kecil berlari mendapatkan ais kepal juga susah. Jalan di sekitar itu kan sempit. Dengan van pelancong, kereta penduduk tempatan dan motorsikal keluar masuk. Risau jika ada berlaku kemalangan.

Pihak PDRM juga beberapa kali memberi amaran agar mereka mengosongkan ruang parkir dan tidak memasuki kawasan George Town UNESCO World Heritage City. Tetapi mereka tidak mengendahkannya. Mural di kawasan George Town UNESCO World Heritage City juga semakin ramai pengunjung ingin bergambar sehinggakan perlu beratur panjang. Jadi, bahaya sangat-sangat bila kenderaan masuk tidak henti-henti di kawasan itu.

Berbalik kepada aktiviti AABC Penang Take Over, 5 tugasan mudah perlu dilaksanakan.

AABC-Penang-Take-Over-11AABC-Penang-Take-Over-7

Tugasan Pertama : Best Breakfast In Penang “Discover Best Breakfast Place in Penang”

Sarapan pagi di Penang memang banyak sangat pilihan. Sampaikan blogger Penang CK Lam dan Ling Zie pun serabut nak fikirkan sarapan di mana. Sebab cari kedai halal untuk kami. Jadi boleh makan sama-sama. Hehehe. Tetapi ruby lagi tertarik dengan roti bakar di Penang. Masih dibakar menggunakan arang dan roti paun yang lama tu. Sedap!AABC-Penang-Take-Over-8 AABC-Penang-Take-Over-12 AABC-Penang-Take-Over-10 AABC-Penang-Take-Over-9 AABC-Penang-Take-Over-30

Tugasan Kedua : Penangness “Resamble Penang”

Apa yang membuatkan “Resamble Penang”. Bagi ruby adalah Mural dan dinding bangunan lama. Ini adalah sinonim dengan Penang. Sesiapa yang datang ke negeri ini pasti tidak melepaskan peluang mencari mural untuk ambil gambar bersama! Siap beratur panjang!AABC-Penang-Take-Over-25 AABC-Penang-Take-Over-24 AABC-Penang-Take-Over-34 AABC-Penang-Take-Over-15 AABC-Penang-Take-Over-14AABC-Penang-Take-Over-1

Tugasan Ketiga : Penang Essentials “Guide for tourists visiting Penang for food and heritage trail”

Untuk yang tugasan kali ini, kami pening skit. Ni nak buat apa ni? Banyak benda! Kami pula tak pula terfikir nak ambil gambar barang-barang kami bawa masa meneroka Penang! Buat collage banyak-banyak kan! Kaca mata hitam Gucci, Topi Ling Zie, Kamera CK Lam, Monopod Ruby, Henfon kami semua, WiFi Ila, Bag pack Amir, Sun Block, berjalan kaki, menaiki HOHO Penang, RapidPenang, Beca, Basikal, duit dan botol air! Anda boleh meneroka Penang dalam masa satu hari lengkap!AABC-Penang-Take-Over-2 AABC-Penang-Take-Over-4 AABC-Penang-Take-Over-3AABC-Penang-Take-Over-32 AABC-Penang-Take-Over-33

Tugasan Keempat : Heritage Trail

Heritage Trail di Penang terlalu banyak! Macam mana tak banyak? Semuanya sejarah! Hahaha. Dari infrastuktur bangunan, bangunan kedai lama, lokasi tempat bersejarah dan muzium! Semuanya ada tersedia! Tunggu anda untuk teroka je.AABC-Penang-Take-Over-13 AABC-Penang-Take-Over-19 AABC-Penang-Take-Over-18 AABC-Penang-Take-Over-23 AABC-Penang-Take-Over-17 AABC-Penang-Take-Over-20 AABC-Penang-Take-Over-21

Tugasan Kelima : Eat Penang Style

Cara orang Penang makan? Mesti la makan di mana-mana aje. Hahaha. Sebab banyak gila hawker food stall. Cuma nak cari yang kedai halal tu je payah skit. Kebanyakan pork free. Kalau nak halal, kita pekena nasi kandaq! Terbaik! Tapi kami mengidam laksa! Hahahaha! Lepas tu nak ais kepal! Lepas tu nak kopi ais pula! Memang Penang Food Heaven!AABC-Penang-Take-Over-31 AABC-Penang-Take-Over-28 AABC-Penang-Take-Over-26 AABC-Penang-Take-Over-22

Sebenarnya semua tugasan ni senang, tetapi Penang terlalu banyak aktiviti, makanan, mural, sejarah dan budaya. Hahahaha! Jadi team ruby enjoy aje buat semua task. Best giler!

Percutian ini ditaja sepenuhnya oleh Air Asia dan myPenang, Saya menerima tajaan sebagai pertukaran untuk menulis ulasan ini. Walaupun percutian ini ditaja, semua pendapat adalah dari penulis sendiri.

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “AABC Penang Take Over

    Uncle Zuan

    (September 20, 2015 - 10:31 pm)

    mashaAllah, bestnye dapat travel bersama dengan rakan blogger macam akak
    Uncle Zuan´s last blog post ..Jom Kita Travel ke EropahMy Profile

    Iskandar JomJalan

    (September 8, 2015 - 11:56 am)

    Ruby,

    Boleh tau apa nama kedai mamak masa breakfast tu?

    Bila turun Penang, boleh kami terjah juga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.