Accor Group Hotel Membersihkan Pantai Sempena Hari Laut Sedunia

image

Pullman Putrajaya mengadakan satu perjalanan ke Port Dickson untuk membersihkan kawasan sekitar pantai Port Dickson  bersempena Hari Laut Sedunia.

Ianya diadakan pada setiap 8 Jun, Hari Laut Sedunia adalah hari yang di iktiraf oleh bangsa-bangsa bersatu. Pada tahun ini bertemakan pengurangan penggunaan beg plastik yang akan memenuhi lautan jika tidak di bendung.

Satu kumpulan terdiri daripada 100 orang kanak-kanak dari SRKT Ladang Kerling telah di jemput oleh Rotary Club Metro Kuala Lumpur dan bersama 20 staff Accorhotel group untuk menyertai Hari Laut Sedunia ini.

Amalan ini bertujuan untuk memastikan keadaan pantai dan laut bersih dari sampah disamping untuk mengajar dan memberi kesedaran kepada kanak-kanak bertapa pentingnya untuk menjaga persekitaran alam semula jadi.

Sebagai permulaan staff hotel akan menerangakan keburukan beg plastik dan risikonya kepada ekosisitem hidupan laut, contohnya beg plastik yang terapung di atas laut seakan-akan obor-obor dan kura-kura akan menganggapnya sebagai makanan. Selepas itu, kanak-kanak dan staff hotel di asingkan kepada beberapa kumpulan untuk melaksanakan tugas membersihkan pantai.

imageGambar bersama ahli Rotary Club dan Accorhotel

imagePembersihan pantai bersama 100 kanak-kanak dan staff Accorhotel

imageAccorhotel menyerahkan Goodie beg kepada kanak-kanak

image

 

 

1 comment on “Accor Group Hotel Membersihkan Pantai Sempena Hari Laut Sedunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.