Air Minuman Upin & Ipin TIDAK Mengandungi Dadah

Berita ini sangat mengejutkan Ruby, sebagai ibu bapa kita pasti risau dengan situasi ini. Sebab Adam pun minum air Upin & Ipin ni. Tambahan pula kedai makteh ruby pun jual air ini di Pasaraya Ummah Az-Zain Klang. Janganlah fitnah sampai begini kan. Risau pula Ruby dekat Adam, kot kot dia kecik-kecik dah rasa lalok dengan dadah tu ke. Tapi tengok takda pula jadi apa-apa. Ruby pun minum, takda pula rasa apa-apa selain rasa perisa buah laici. Hahahaha. Korang jangan macam-macam heh! Air Minuman Upin & Ipin TIDAK Mengandungi Dadah!!

Air Minuman Upin & Ipin TIDAK Mengandungi Dadah

 

Satu sidang media telah diadakan oleh syarikat Les’ Copaque Production untuk memberitahu kepada umum berkaitan dengan isu kandungan air minuman Upin & Ipin yang dikatakan mengandungi dadah jenis Ketamin.

“Berita mengatakan pengedar dadah menggunakan botol minuman Upin & Ipin memang betul. Mereka menggunakan bukan sahaja botol minuman Upin & Ipin tetapi banyak lagi jenama lain yang terkenal. Usaha mereka telah tertangkap dan pihak Polis sudahpun membuat pengumuman” ulas Tn Hj Burhanuddin Md Radzi selaku Pengarah Urusan Les’ Copaque Production. Oleh kerana ia dikeluarkan oleh pengedar dadah, sudah tentulah ia dijual dikalangan penagih dadah dan tiada di pasaran biasa. Oleh kerana itu, semua minuman kami yang berada di pasaran sudah tentu selamat diminum dan masyarakat tidak perlu lagi meragui kesahihan tentang kandungan air minuman itu yang dijamin selamat.

Air Minuman Upin & Ipin TIDAK Mengandungi Dadah

Malangnya terdapat penyebaran viral yang mengatakan minuman Upin & Ipin mempunyai dadah dan berbahaya untuk diminum. Ini amat mendukacitakan kerana pihak Les’ Copaque Production kerana menjadi mangsa. Minuman ini dijamin selamat untuk diminum.

www.lescopaque.com

www.kedaimakanupinipin.com

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Air Minuman Upin & Ipin TIDAK Mengandungi Dadah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.