Color Lens Blincon Elegance Topaz Brown

      No Comments on Color Lens Blincon Elegance Topaz Brown

Ruby mula pakai contact lens sekitar umur 20 tahun. Masa tu jenama Fresh Look sahaja yang ruby tahu. Cuba jenama tersebut dengan warna natural sahaja. Hehehe. Kemudian bila lambakan contact lens pakai buang dijual dengan harga murah dan dari negara Korea, Ruby berubah ke janama Geo Contact Lens, Freshkon, Acuvue dan Blincon. Semakin lama pakai semakin tertarik dengan kelebihan yang ditawarkan oleh syarikat contact lens ni. Ada yang bagi besarkan mata, bagi mata kita menyerlah dan ada juga yang memberi keselesaan berpanjangan walau dipakai lebih 8 jam. Jadi sekarang Ruby ingin mencuba Color Lens Blincon Elegance Topaz Brown.

Pada suatu masa dahulu warna biru, ungu, hijau, kelabu dan coklat adalah kegemaran ruby. Tapi kini lebih kepada warna natural. Hanya coklat dan kelabu sahaja dalam simpanan ruby. Hehehehe. Sebab, kalau boleh taknak orang sekeliling tahu yang ruby pakai contact lens. Hahahaha.

blincon-elegance-colour-contact-lenses-1box-1pair-flatshipping-fee-missingbrink-1401-02-missingbrink@8 Color-Lens-Blincon-Elegance-Topaz-Brown-4 Color-Lens-Blincon-Elegance-Topaz-Brown-3

Ia nampak lebih natural dan tidak terlalu menonjol gitu. Hehehe. Ini adalah Blincon Elegance dalam waran Topaz Brown. Ruby mula pakai jam 10 pagi sehingga 8 malam. Rasa kering tu tiada, cuma permandangan kabur sebab ini adalah color lens. Hehehe.

Apabila memakai contact lens, pastikan anda menjaga kebersihan contact lens dan juga jari anda. Sentiasa bersih adalah wajib bila ingin memakai dan menanggalkan contact lens. Sayangi mata anda!

Color-Lens-Blincon-Elegance-Topaz-Brown-11 Color-Lens-Blincon-Elegance-Topaz-Brown-5Ini semua gambar semasa memakai Color Lens Blincon Elegance Topaz Brown. Nampak natural sahaja. Mata ruby sepet je, jadi sesuai la kan. Kalau mata besar pakai color lens apa-apa pun orang akan nampak kan. Hahahaha.

Ruby beli Blincon Elegance Topaz Brown di kedai spek mata. Dua kotak RM 100. Ruby ambil warna Topaz Brown dan Crystal Grey dengan power 200. Huhuhuhu. Dah semakin rabun! Kena banyak makan lobak merah.

xoxo!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge