G Food Court Gurney Plaza

      1 Comment on G Food Court Gurney Plaza

G Food Court Gurney Plaza menawarkan pelbagai menu makanan. Dari masakan panas, claypot, western, laksa, ais kacang dan macam-macam lagi. Pada mulanya kami mencari kedai tepi jalan sahaja di sekitar Gurney Drive, tapi kedai mula beroperasi pada jam 6 petang. Ketika itu baru jam 4 petang. Hahaha. Memang macam pirana mencari makanan. Hahaha.

Kami berjalan dari Gurney Paragon ke Gurney Plaza. Itu pun disebabkan nampak logo sudu dan garfu di papan tanda Gurney Plaza. Hahaha. Kemudian masuk ke sana berjalan sampai hujung tidak nampak pun Food Court, akhirnya Ruby pergi bertanya dengan staf Famous Amous di mana Food Court. Rupanya di bawah eskalator dan belok kanan sahaja. Kami dah lalu Guardian dan jalan terus sampai blur. Hahaha.

Di G Food Court ruby makan Sizzling Chicken Yee Mee Claypot bersama telur dan Ais Kacang jer.. Hehehe.. Kemudian beli Nescafe Ais juga. Hahaha.

G-Food-Court-2

Sizzling Chicken Yee Mee Claypot bersama telur RM 7.70
G-Food-Court-1

Ais Kacang RM 4
G-Food-Court-3

Keluar dari Food Court pergi singgah Guardian dan cuba lipstick matte Revlon yang baru. Hahaha. Keseluruhannya makanan di Food Court sedap tetapi Logo Halal bergantung kepada tiap premis. Kebanyakan peniaga adalah orang tempatan. Jemput makan!

Percutian ini ditaja sepenuhnya oleh Air Asia dan myPenang, Saya menerima tajaan sebagai pertukaran untuk menulis ulasan ini. Walaupun percutian ini ditaja, semua pendapat adalah dari penulis sendiri.

1 comment on “G Food Court Gurney Plaza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.