Giveaway Hamper Istimewa Tollyjoy Malaysia bernilai RM100

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia atau lebih dikenali World Breastfeeding Week sudah tiba! Teruja ingin menyertai acara tahunan yang akan berlangsung selama 1 minggu dari 1 Ogos hingga 7 Ogos setiap tahun. Jadi, untuk tahun 2015 adalah tahun kedua Ruby dapat menyertai World Breastfeeding Week bersama para ibu di luar sana. Disamping itu ruby berbesar hati ingin mengadakan giveaway kepada 5 pembaca bertuah blog ruby.my. Hadiah berupa Hamper Istimewa Tollyjoy Malaysia bernilai RM100! Best kan? Teruskan membaca hingga ke akhir penulisan ruby untuk anda memenangi hadiah Giveaway Hamper Istimewa Tollyjoy Malaysia bernilai RM100!

Pengalaman menyusukan Adam memang sangat mencabar jiwa. Hahaha. Tetapi bila diingat balik, rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk menyusukan anak dan dapat melihat Adam membesar di depan mata. Ruby ambil keputusan berhenti kerja sepenuh masa dan meneruskan kerjaya sebagai freelance digital marketing. Jadi, ruby ada peluang untuk bekerja dari rumah dan meneruskan penyusuan ibu mengikut keperluan Adam. Alhamdulillah.

Tahun 2014, 12 Januari disaat Adam dilahirkan. Susu badan masih tidak keluar dan keadaan Adam yang lahir terlalu awal membuatkan dia masih di NICU. Ruby pulang ke rumah tanpa bayi dan dua-dua berjauhan. Adam lahir hari Ahad, tetapi pada hari Jumaat 17 Januari baru Ruby dapat menyusukan Adam setelah minum dan makan makanan untuk menambah susu. Sebab masa berpantang bukannya boleh makan apa yang kita suka kan. Jadi, kena cari makanan yang sesuai. Selain itu Ruby ada berurut tradisional juga. Hanya tuhan yang tahu betapa rindunya Ruby dekat Adam. Jadi, ruby ikhtiarkan minum susu dan campur bersama kurma nabi. Kemudian makan sayur sawi dan nasi putih. Makan suplimen protein soya dan elakkan makan jamu. Sebab Adam lahir awal, jadi dia akan kena kuning selama satu bulan. Itu memang pasti! Hehehe.
Baju Melayu Bayi Murah Jalan TAR

Jadi, susu pun semakin meriah. Doktor bagi Ruby bilik dan dapat menginap di hospital bersama Adam selama 3 minggu. Berpantang di sana, tidur di sana, mandi di sana. Semuanya di hospital selayang. Sebab Adam kena tambah berat lebih dari 2 kilogram baru boleh keluar hospital. Orang kata menyusu bayi selang tiap 3 jam. Tapi Ruby akan menyusu Adam mengikut keperluan dia. Malah Adam menyusu hingga tertidur dan kemudian ruby akan sendawakan dia. Hurmmm. Rindu saat ingin sendawakan dia. Burppp! Hehehe.

TollyJoy-1 TollyJoy-3 TollyJoy-6

Sepanjang menyusukan Adam, barang keperluan seperti ice box, botol susu / plastic bag storage, pam susu, mesin sterilizer, bantal dan nursing pad amatlah diperlukan. Dulu masa Adam duduk di wad, jururawat sering bantu ruby susukan Adam. Caranya dengan menyimpan stok susu ruby di dalam peti beku atau peti sejuk hospital. Jadi ruby akan labelkan ikut nama ruby, nama anak, masa megepam susu dan tarikh. Mereka akan bantu panaskan susu ruby dan berikan kepada Adam. Jadi, ruby akan berehat semasa berpantang di hospital.

TollyJoy-5 TollyJoy-7Kini sudah 1 tahun 7 bulan Adam menyusu badan. Seronok tiap kali dia menyusu dan mata dia mengintai pandang wajah ruby. Kemudian bila dia tahu kita pandang dia terus dia gelak. Hehehe. Menyusukan Adam memang banyak cabaran. Bayi lelaki, keperluan susu sentiasa kena ada. Kalau susu banyak, Adam boleh habis kan. Kalau dada membengkak penuh susu, Adam juga yang meredakan kesakitan. Dia akan minum sekenyang-kenyangnya.

Sebagai blogger yang sentiasa travel beberapa hari dan ke event beberapa jam, Ruby sentiasa akan berikan Adam susu badan secukupnya. Sama ada pam atau susukan terus sekenyang-kenyangnya. Kemudian suami akan jaga dia. Stok susu dalam peti defrost dah ada dan suami hanya perlu panaskan sekejap sahaja. Ruby juga akan membawa pam susu apabila keluar rumah lebih dari 3 jam. Kalau travel beberapa hari, ruby bawa ice box, pam susu, nursing pads dan storage plastic bag banyak-banyak. Adam sentiasa dapat penyusuan esklusif pada bila-bila masa. Ruby jarang menyimpan stok susu di dalam peti beku sebab Adam sentiasa nak susu, kalau pam pun dia taknak isap dari botol susu. Pelbagai jenis botol susu dan puting botol susu dah ruby cuba. Cuma Adam akan minum susu dalam cawan setelah dipanaskan dan bila Ruby dah balik dari travel mesti Adam akan lari ke ruby dan main-main tudung ruby dan kemudian “nenen, nenen, nenen”. Hahahaha.

Demi memberi yang terbaik untuk anak semuanya pasti boleh kan?

Produk TollyJoy sememangnya popular dikalangan ibu bapa. Teringat ketika Ruby sibuk menyediakan barang keperluan baby Adam. Sabun basuh pakaian TollyJoy digunakan untuk membersihkan pakaian baru. Kulit bayi selembut sutera, jadi Ruby risau jika berlaku iritasi. Jadi kena guna sabun yang sesuai. Kemudian beli nursing pads, mosquito net, sabun botol susu, baby blanket, pacifier, breast milk storage bottles, training cup with straw, baby bath set, cotton buds, baby wet wipes dan feeding bib Banyak kan produk TollyJoy tanpa disedari sudah penuh dalam kabinet Adam. Hehehe. Selain mudah di dapati, produk TollyJoy adalah BPA Free yang selamat untuk bayi anda. Anda boleh dapatkan produk Tolly Joy di cawangan Aeon & Aeon Big, The Store, Parkson, Pasaraya Billion dan pasaraya terkemuka diseluruh negara. Bersesuaian dengan tagline “For the baby you love”, semua keperluan tersedia bagi memudahkan anda menikmati saat indah bersama si manja.

TollyJoyNursingPads

Produk TollyJoy kali ini pastinya memberi semua ibu yang memberi penyusuan esklusif suka dan gembira dengan Nursing Pads terkini! Tollyjoy Day & Night Nursing Pads Day & Night dilengkapi dengan kawalan sampingan 3D unik untuk perlindungan tambahan daripada kebocoran susu, dan kuantiti besar gel polimer yang terkunci dalam kelembapan untuk kekeringan optimum sepanjang hari dan sepanjang malam! Ia adalah reka bentuk yang sempurna untuk ibu meneruskan penyusuan esklusif di luar sana! Tollyjoy Day & Night Nursing Pads Day & Night mengandungi 40 keping pads dan extra 8 keping pads sebagai promosi produk baru. Bernilai RM 24.79.

Tollyjoy Day & Night Nursing PadsYang menarik perhatian ruby adalah Tollyjoy Day & Night Nursing Pads Day & Night sangat nipis, 3D Sides Leakguards, 4 Waterlock Liner, penyerapan hebat, permukaan berkontur agar fit melekap dan dua jalur pelekat. 6 fungsi hebat ini amat diperlukan oleh semua ibu yang menyusu, agar tidak berasa gatal apabila memakai nursing pads terlalu lama, sentiasa berasa kering dan selesa. Kemudian paling penting tiada siapa dapat mengesan anda sedang memakai nursing pads, kebiasaanya nursing pads tebal dan sering tidak melekat di bra.

Untuk memenangi hamper bernilai RM 100 dari TollyJoy anda hanya perlu berkongsi dengan ruby pengalaman Penyusuan Susu Ibu dan menjawab 3 soalan mudah. Saja-saja nak buat sel otak berhubung. Hehehe.

  1. LIKE Facebook TollyJoy Malaysia
  2. LIKE Facebook Ruby.my
  3. Follow Twitter @rubydotmy
  4. Follow Instagram @rubydotmy
  5. Giveaway berlangsung dari 4 Ogos 2015 – 11 Ogos 2015
  6. Jawab 3 soalan berikut :
    1. Apakah tagline Tollyjoy?
    2. Nyatakan 2 produk penyusuan TollyJoy yang berada di pasaran?
    3. Ceritakan pengalaman penyusuan ibu anda. (Ruby ingin tahu kisah anda, versi anda dan pengalaman anda. Tidak kisah jika anda menyusu hanya sekejap atau lama, kerana memori indah menyusu bayi adalah pengalaman bermakna!)
  7. Muat naik gambar anda bersama anak anda ke laman social anda, instagram, twitter dan facebook dengan kapsyen “Saya ingin menang Giveaway Hamper Istimewa Tollyjoy Malaysia bernilai RM100 dari Ruby.MY #TollyJoyMY #rubydotmy http://j.mp/tollyjoywbw2015Anda juga wajib tag facebook TollyJoy MalaysiaTollyJoy1

  8. Setelah muat naik gambar dan kapsyen di instagram dan facebook, tinggalkan komen di ruang komen di bawah dengan butiran anda seperti berikut :
    1. Saya sudah muat naik gambar dan kongsikan di social media!
    2. Facebook Link :
    3. Instagram Link :
    4. Jawapan S1 :
    5. Jawapan S2 :
    6. Jawapan S3 :
  9. Keputusan pemenang adalah dari panel hakim TollyJoy Malaysia dan ruby.my. Kami akan memberi 5 unit Hamper Istimewa Set Breastfeeding Tollyjoy bernilai RM100 kepada 5 orang pemenang!
  10. Pengumuman pemenang akan dimaklumkan segera melalui media sosial @rubydotmy pada 17 Ogos 2015.
  11. Giveaway terbuka kepada semua pembaca Blog ruby.my.
  12. Pemenang akan dihubungi untuk butiran penghantaran hadiah tersebut.

Good Luck!

www.facebook.com/tollyjoymalaysia

9 comments on “Giveaway Hamper Istimewa Tollyjoy Malaysia bernilai RM100

  1. Munirah Izzan

    Saya sudah muat naik gambar dan kongsikan di social media!

    Facebook Link : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10207602401528521&set=a.1162040421591.25656.1545253311&type=1&theater

    Instagram Link : https://instagram.com/p/6RF0E3xT0a/

    Jawapan S1 : For the baby you love

    Jawapan S2 :

    i) Tollyjoy breast milk storage bottles
    ii) Tollyjoy Day & Night Nursing Pads Day & Night

    Jawapan S3 :

    Saya ada dua orang anak perempuan. Nur Aisya Syuhadaa (24/6/2012) dan Nur Aeera Shuhayra (14/9/2013).
    Pengalaman menyusukan keduanya hanya mampu diberikan sehingga 6 bulan pertama kelahiran. Selepas enam bulan tu masing-masing reject susu badan. Bila bagi je mengamuk. Menangis macam kena pukul. Huhu. Mungkin sebab masa tu dah campur dengan susu formula. Kenapa campurkan susu? Sebab paling utama, pengasuh kata leceh dan takde masa nak uruskan susu ibu ni. Such a waste kan. Huhu. Memang nak demand juga tapi fikirkan benda lain jadi kat anak-anak terpaksa juga turutkan.

    Sampai sekarang saya amat menyesal bila teringatkan perkara tu. Saya tau susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak-anak.

    Sekarang saya sedang mengandungkan anak yang ketiga dan saya takkan biarkan perkara macam ni berulang lagi. Saya dah awal-awal interview pengasuh yang baru ni if dia tau macamana nak handle susu ibu dan jawapan dia Alhamdulillah buat hati saya rasa gembira. Dan dia pun memang tekankan kepentingan susu ibu untuk dua tahun pertama.

    Doakan moga perjalanan breastfeed saya untuk anak ketiga ni dipermudahkan ya sis. ?

    Reply
  2. Ira

    Saya sudah muat naik gambar dan kongsikan di social media!

    .
    Fb: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10206068574371197&set=a.2250624502909.2121693.1167138456&type=1&theater
    .
    .
    Ig: https://instagram.com/p/5_v0Ezit-F/?taken-by=azrahira
    .
    .
    Jawapan S1 : For the baby you love
    .

    Jawapan S2 :
    Tollyjoy day and night nursing pad
    Tollyjoy bottle warmer
    .

    Jawapan S3 : Saya mempunyai 3 orang anak yang masing2 pengalaman yang berbeza.
    anak pertama yang diberi nama muhammad ar rayyan hanya dpt disusukan hanya pada selepas 2 minggu melahirkan nye kerana baby masa itu dimasuk kan ke icu ..tapi setelah keluar dari hospital hanya dapat menyusukan dengan susu ibu selama 3 bulan sahaja. Kerana susu tidak ada dan mungkin tiada pengalaman.
    Anak ke 2 ar riana nabila..alhamdulillah disusukan dgn susu ibu dgn jaya nye..dan pada masa itu juga dapat membantu sepasang family yang anak nye juga dgn susu saya .(menjadi ibu susuan)kerana masa itu anak itu hanya boleh minum susu ibu sahaja dan tidak menerima susu formula..dan saya fikir apa salahnye jika saya kongsi susu ini dgn baby yg memerlukan itu.
    dan anak ketiga yg lahir pd 2 june 2015 dan di beri nama ariq azshah..
    Pun di beri susu ibu sehingga skrg
    .
    .
    Ira : azrah_ira@yahoo.com.my
    016-3237285

    Reply
  3. ira azrah

    Saya sudah muat naik gambar dan kongsikan di social media!

    Fb: http://www.facebook.com/ira azrah
    Ig: http://www.instagram.com/ira azrah

    Jawapan S1 : For the baby you love

    Jawapan S2 : tollyjoy day and night nursing pad
    Tollyjoy bottle warmer

    Jawapan S3 : Saya mempunyai 3 orang anak yang masing2 pengalaman yang berbeza.
    anak pertama yang diberi nama muhammad ar rayyan hanya dpt disusukan hanya pada selepas 2 minggu melahirkan nye kerana baby masa itu dimasuk kan ke icu ..tapi setelah keluar dari hospital hanya dapat menyusukan dengan susu ibu selama 3 bulan sahaja. Kerana susu tidak ada dan mungkin tiada pengalaman.
    Anak ke 2 ar riana nabila..alhamdulillah disusukan dgn susu ibu dgn jaya nye..dan pada masa itu juga dapat membantu sepasang family yang anak nye juga dgn susu saya .(menjadi ibu susuan)kerana masa itu anak itu hanya boleh minum susu ibu sahaja dan tidak menerima susu formula..dan saya fikir apa salahnye jika saya kongsi susu ini dgn baby yg memerlukan itu.

    dan anak ketiga yg lahir pd 2 june 2015 dan di beri nama ariq azshah..
    Pun di beri susu ibu sehingga skrg

    Jawapan S2 :
    tollyjoy stor

    Reply
  4. Fadzi Razak

    Saya sudah muat naik gambar dan kongsikan di social media!
    Facebook Link : https://goo.gl/i92xhg
    Instagram Link : https://instagram.com/p/6BW32mnA0q/
    Jawapan S1 : For the baby you love
    Jawapan S2 : Tollyjoy Day & Night Nursing Pads Day & Night dan Tollyjoy Battery Operated Breast Pump
    Jawapan S3 :
    Sabtu – Anak saya, Aneeq Asyraf telah pun selamat dilahirkan secara normal pada pukul 12.47 pagi walaupun berada di dalam labor room 12 jam dan terdapat komplikasi semasa bersalin. Selepas dibersihkan, nurse menyerahkan Aneeq kepada saya untuk menyusu kali pertama. Allah saja yang tahu bagaimana perasaan saya sewaktu pertama kali meyusukan Aneeq – terharu, gembira, sayu.

    Ahad – Saya dibenarkan pulang dan mula berpantang di rumah. Saya sangkakan ilmu penyusuan saya sudah cukup dan Aneeq dah mendapat bekalan susu yang mengcukupi. Tapi rupanya semuanya salah. Saya berasa pelik bila Aneeq menyusu sangat lama, lebih kurang setengah jam ke 40 minit. Selain itu juga, Aneeq selalu menggigit-gigit hingga saya berasa sangat sakit di dada. Yang bertambah terkejut dan sedih bila saya terdengar perut Aneeq berkeriuk seperti orang yang sedang lapar.

    Isnin – Pagi itu, saya, suami dan mak cepat-cepat pergi ke Pusat Laktasi PPUM untuk bertemu dengan kaunselor. Setelah bertemu dengan kaunselor dan belajar teknik yang betul penyusuan, akhirnya saya dapat menyusukan Aneeq dengan sempurna. Pada awalnya, agak susah sebab Aneeq dah terbiasa dengan cara penyusuan saya yang lama tapi lama-lama kami berdua sama-sama pandai memberi susu dan hisap susu. Awal-awal dah pandai bekerjasama kami berdua ni. Heehehe.
    Petang itu pula, nurse dari Klinik Kerajaan datang untuk check keadaan saya dan Aneeq. Hati saya yang tadinya gembira tiba-tiba menjadi resah sebab Aneeq disahkan mengalami demam kuning. Hari itu juga saya, suami dan mak pergi ke Klinik Kesihatan Tangling untuk membuat pemeriksaan terhadap Aneeq. Bila berjumpa dengan doktor, bacaan demam kuning Aneeq agak tinggi. Kami dibernarkan pulang tapi perlu kembali ke klinik untuk membuat pemeriksaan pada keesokan harinya. Doktor sarankan agar beri susu ibu kepada Aneeq untuk kurangkan demam kuning.
    Malam itu, saya dan suami tak lena tidur untuk menyusukan Aneeq. Bayi yang menghidap demam kuning ni biasanya lebih kerap tidur dan tidak mahu minum susu. Jadi, pada malam itu, saya dan suami bersengkang mata menyusukan Aneeq setiap sejam sekali. Kami terpaksa kejut Aneeq bangun tidur walaupun dia tak mahu bangun. Ada masanya, sedang menyusu sekejap pun Aneeq boleh tertidur. Suami memang sangat membantu. Dia buat perbagai cara supaya Aneeq bangun seperti geletek kaki, picit lembut tangan, cuit pipi dan dagu. Mak pula sangat prihatin. Setiap jam, Mak akan buat susu panas dan sediakan biskut untuk saya alas perut dan rasa lebih bertenaga. Sejujurnya, malam itu saya dan suami sangat penat. Penat dan sakit bersalin masih belum hilang. Nak duduk pun susah, nak bergerak pun payah. Suami juga penat drive ke sana sini untuk menyelesaikan hal bersalin saya dan hal pendaftaran nama anak.

    Selasa – Petang itu, kami kembali ke Klinik Kesihatan Tangling untuk buat pemeriksaan Aneeq. Ya Allah, hati saya sangat gembira bila doktor sebut “Good job!” Doktor kata dia tak pernah jumpa bacaan demam kuning menurun sebanyak Aneeq selama ini. Doktor tanya saya buat apa, saya jawab “Bagi susu badan”. Bila dengar doktor cakap macam tu, saya rasa tak tidur malam hari sebelumnya itu untuk susu kan Aneeq, memang sangat berbaloi. Doktor suruh teruskan penyusuan badan sehingga Aneeq betul-betul sihat. Malam itu, saya dan suami masih tak tidur malam untuk menyusukan Aneeq.

    Pengalaman kali pertama menyusukan Aneeq dan tidak tidur malam 2 3 hari untuk menyusukan Aneeq untuk kurangkan demam kuning merupakan kenangan yang paling saya akan ingat sampai bila-bila. Alhamdullilah, walaupun Aneeq baru saja berumur 4 bulan, saya masih memberi Aneeq susu badan. Dan InsyaAllah saya mahu terus beri Aneeq khasiat susu badan sehingga 2 tahun. Doa kan saya 🙂
    Fadzi Razak´s last blog post ..Serpihan Sayap Di Pulau Reunion Sah Milik MH370My Profile

    Reply
  5. Aiin baharom

    Saya sudah muat naik gambar dan kongsikan di social media!

    Facebook Link :
    https://m.facebook.com/photo.php?fbid=935612549837173&id=100001653091879&set=a.508069772591455.1073741825.100001653091879&source=48

    Instagram Link :
    https://instagram.com/p/5_nyoHBIKU/

    Jawapan S1 :
    For the baby you love

    Jawapan S2 :
    1. Tollyjoy Nursing Pads Day & Night
    2. Tollyjoy Breast Pump

    Jawapan S3 :
    Alhamdulillah, saya diberi nikmat menyusu badan kedua anak saya secara ekslusif.Kerjaya sebagai suri rumah membolehkan saya memanfaatkan proses menyusukan mereka dengan mudah.Tahun 2011 adalah tahun dan pengalaman pertama saya menyusukan anak lelaki sulong. Alhamdulillah susu badan amat meriah… tak makan sebarang supplemeny pun tapi mungkin khasiat yang diperoleh dari pemakanan berkhasiat semasa berpantang.Sehinggakan saya mengalami bengkak susu akibat susu yang terlampau banyak.Alhamdulillah rezeki Adam Darwiish masa tu.Anak pertama tiada pengalaman, jadi tak standby breat pump… sampai demam akibat bengkak susu… hanya amalkan cara kampung ..tuam dan picit lembut dengan tangan.
    Alhamdulillah 2014 saya melahirkan Sophea Isabella.. pun sama menyusu badan.Kali ni saya dah prepair breat pump awal2 hehe.Disebabkan Isabella warded sebab jaundis… disitu saya belajar cara mengepam, menyimpan susu dengan betul untuk kekalkan khasiat dan nutrisinya. Sememangnya pemakanan amat ibu amat penting bagi menghasilkan susu yang banyak dan berkhasiat.Macam saya selalu makan lobak putih, kurma merah, sayuran dan yang penting air yang secukupnya.
    Aiin baharom´s last blog post ..Ikan Bakar Sri Banjar Terlajak SedapMy Profile

    Reply
  6. fatinkhairah

    Saya sudah muat naik gambar dan kongsikan di social media!
    Fb: http://www.facebook.com/fatinkhairah
    Ig: http://www.instagram.com/fatinkhairah
    Jawapan S1 : For the baby you love
    Jawapan S2 :
    1. Tollyjoy Electrical Breast Pump
    2. Tollyjoy Milk Storage Bottles

    Jawapan S3 :
    CERPEN IBU BARU
    Jom, baca cerpen saya!
    Selang beberapa bulan selepas melangsungkan perkahwinan terujanya rasa hati apabila doktor mengesahkan saya hamil 3 minggu, syukur alhamdulillah. Sepanjang tempoh kehamilan saya tidak putus-putus berdoa kepada Allah kerana amat risau jika tidak dapat menyusukan anak memandangkan saya penghidap epilepsy dan telah lebih 10 tahun memakan ubat epileptic.

    Di laman sesawang facebook saya turut serta dalam group “TEAM EPILEPSY”. Saya bertanya kepada mereka samada pengidap epilepsy dapat breastfeed anak atau tidak. Soalan saya dijawab oleh seorang wanita dari negara Belgium dan baru sahaja melahirkan twin baby. Dia menyatakan bahawa saya tidak perlu risau kerana dia juga breastfeed anak, twins pulak tu, lagi mencabar ujiannya sebagai seorang ibu yang menghidap epilepsy. Dia memberi sokongan kepada saya “Congratulations. Good Luck my friend, you can do it.” Terharunya rasa mendapat feedback yang baik darinya. Lega rasa hati dan terus timbul semangat baru untuk saya menyusukan anak sekurang2nya dalam tempoh 2 tahun.

    Pada 22/5/2015, saya selamat melahirkan anak perempuan (Ulya Diyanah) secara pembedahan kerana emergency cord proplapse. Setelah selamat melahirkan saya ditempatkan di wad berasingan dengan Ulya Diyanah. Selepas 3hari di dalam wad baru saya dibenarkan melawat Ulya di NICU. Seronok apabila melihat ibu-ibu lain dapat ke bilik penyusuan untuk menyusui anak-anak mereka tetapi tidak saya. Doktor tidak membenarkan saya menyusukan Ulya sepanjang dia ditahan di NICU. Keesokan harinya saya dibenarkan pulang, alangkah sedihnya Ulya masih dalalm NICU. Sedih semalaman tidak bersama Ulya dan masih belum menyusukannya buat kali pertama.. Keesokan hari suami mengajak saya ke hospital untuk melawat anak tercinta. Alhamdulillah, pada hari yang sama Ulya dapat pulang bersama setelah mendapat penerangan dari doktor yang saya boleh menyusukan Ulya cuma tidak digalakan.

    Dalam tempoh pemeriksaan jururawat yang datang ke rumah-rumah ibu bersalin, saya diberitahu bahawa kolestrum masih ada dalam jangka seminggu awal kelahiran. Gembiranya rasa hati kerana Ulya masih boleh mendapat kolestrum dan tidak mengalami demam kuning, jururawat juga menasihati saya bahawa penghidap HIV pun menyusukan anak dan kenapa saya perlu khuatir. Allahuakhbar. Ya, percayalah setiap kejadian ada hikmahnya.

    Dua minggu sebelum naik kerja saya telah membeli set penyusuan dan mula menyimpan susu perahan. Saya dan suami berusaha agar Ulya dapat menerima puting susu dan tidak keliru antara puting Ummi dan puting botol. Saya banyak membaca blog berkaitan dengan susu perahan.
    Sekarang Ulya sudah 2bulan ++.Alhamdulillah setelah sebulan bekerja, Ulya boleh menerima puting susu dan tidak keliru dengan puting umminya. Pada waktu rehat, sudah menjadi rutin seusai solat saya akan memerah susu untuk dijadikan simpanan.

    Saya akan berusaha untuk menyusukan Ulya Diyanah binti Mohamad Norfirdaus dalam tempoh 2 tahun, InshaAllah…

    FATIN KHAIRAH
    0177595808

    Reply
  7. yoorin

    Saya sudah muat naik gambar dan kongsikan di social media!
    Facebook Link : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10205586251189717&set=a.1078976368736.2012148.1056087239&type=1&theater

    Instagram Link :https://instagram.com/p/5_jF0aMCKS/

    Jawapan S1 :For The Baby You Love
    Jawapan S2 : i. Tollyjoy Breast milk storage bottle
    ii. Tollyjoy Cooler bag
    Jawapan S3 :

    Pengalaman menyusukan Irine memang sangat mencabar hingga ke harini usianya 19 bulan. Sebelum mengandung lagi dah berangan nak menyusukan anak yang bakal lahir nanti, sepenuhnya. Maklumlah, tiada pengalaman. Bila tiba waktu Irine dilahirkan, saya sendiri berasa tertekan. Jangkaan saya selama ni silap! Saya ingatkan hanya sua kan puting badan kepada bayi, dia akan terus menyusu. Rupanya tidak. Puaslah saya paksa Irine menyusu, tapi dia masih tercari-cari . Tindakan saya? Hanya menangis. dah la rasa geli..hehehe.. Kesian.Sampaikan jururawat dihospital menggelarkan saya “ibu kekok”.. sumpah, rasa sentap sangat. Sampai lah hari ke-3 berpantang, Irine terkena demam kuning. Risau dan tak sampai hati tengok Irine kena cucuk. Saya gigih bersengkang mata nak bagi dia kerap menyusu. Dan alhamdulillah, 3 hari je kuning dia dah takde.

    Awal-awal lepas bersalin, saya memang tak beli pam menyusu. menyebabkan susu banyak keluar dan habis basah baju.Memang tak selesa dan geli. Waktu tu memang terpaksa la perah susu pakai tangan masukkan ke dalam botol . hehehe.. penat, memang penat. Tapi demi Irine , saya sanggup.

    Bila usia dia 2 bulan dan saya nak kembali bekerja, baru dapat beli pam susu elektrik. Seronok sangat bila tengok hasil didalam peti ais 1 pintu, hanya penuh dengan susu ebm.. Tapi, pernah juga susu ebm yang disimpan rosak. adoi..luluh rasa hati..Tapi bila tengok anak , gigih lagi nak pam susu untuk bekalkan dia di rumah pengasuh.

    Bila umur Irine 1 tahun, dia dah pandai memilih susu ebm. Susu ebm yang 2-3 hari punya dia taknak. Nak yang fresh baru dipam. Memang tertekan ya bila anak tak nak menyusu. Mana larat nak bekalkan 28oz sehari. Terpaksa juga standby susu tepung lain.. Lagi satu , sebab aku bekerja, hanya dirumah pengasuh sahaja Irine nak minum pakai botol susu. Kalau kat rumah, langsung tak nak. Hanya nak directfeed. Lagi lah dia dah setahun lebih. Agak tekanan disitu. Sampai rasa give up nak wean off . Tapi bila sewaktu kita menyusukan dia, dia pandang muka kita, rasa sayu je . Tak sampai hati nak menganiaya dia taknak kasi menyusu. Takpelah.bertabah sahaja. Ada lagi tempoh 4 bulan untuk dia menyusu sehingga genap 2 tahun. Samaada, putus susu sendiri atau tidak, kita tengok lah nanti. Hehehe..menyusukan Irine memang kenangan terindah buat saya sendiri. Rasa bersyukur, sebab ia adalah rezeki dari Allah. Jimat pon ye..
    yoorin´s last blog post ..3 Lauk Dalam Masa 30 MinitMy Profile

    Reply
  8. Lynda

    Saya sudah muat naik gambar dan kongsikan di social media!

    Facebook Link :https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10153216471380547&set=a.10150096012600547.274910.650310546&type=1&theater

    Instagram Link :https://instagram.com/p/5-3sIZCf2m/

    Jawapan S1 : For the baby you love

    Jawapan S2 :
    Tollyjoy Day & Night Nursing Pads Day & Night.

    Tollyjoy storage milk

    Tollyjoy bottle warmer

    Jawapan S3 :
    NIAT
    Saya di sahkan hamil selepas beberapa bulan selepas bernikah dengan suami saya, Mohd Firdaus. Perempuan mana yang tidak gembira bila dapat tahu dirinya mengandung. Pastinya, teruja dan tidak sabar-sabar nak ketahui perjalanan seorang ibu yang sedang hamil. Sepanjang tempoh kehamilan. Saya tetapkan niat untuk menyusukan anak saya dengan susu badan saya sepenuhnya.

    KEHAMILAN 7 BULAN
    Bulan ketujuh kehamilan saya. Saya mula merasakan ada susu badan sudah mula keluar. Orang-orang kata kene rajin cuci tempat susu badan, supaya tidak tersumbat pengeluaran susu itu nanti. Saya bertambah teruja apabila melihat ada susu dah mula keluar, walaupun sedikit.

    PENYUSUAN ANAK PERTAMA
    Pada 22 Mac 2013, keluarlah seorang puteri saya bernama Dhia Batrisya. Di lahirkan secara emergency ceaserian. Selepas pembedahan selesai, Dhia Batrisya terus di masukkan ke NICU untuk pemerhatian. Saya sangat berdukacita kerana tidak dapat menyusukan untuk kali pertama. Gigih pam susu di Hospital Serdang. Hospital Serdang adalah sebuah rkan bayi iaitu hospital yang support penyusuan ibu sepenuhnya. Segala botol susu tidak di benarkan di bawa masuk ke dalam. Nasib baik, mereka menyediakan pam susu elektrik untuk di pinjam oleh ibu-ibu di wad Hospital Serdang. Gigih saya mengepam untuk dapatkan kolustrum pertama untuk anak yang berada di NICU pada waktu itu.

    MENGANDUNG ANAK KEDUA
    Dhia Batrisya masih menyusu dari susu badan mummynya sahaja. Pada umurnya 6 bulan, kami telah menerima berita gembira. Iaitu telah mengandung kan adik kepada Dhia Batrisya. Teruja dengan kehamilan sekali lagi. Dalam masa yang sama, saya amat risau tentang penyusuan Dhia Batrisya. Sedih untuk putuskan penyusuan badan. Doktor juga meminta saya berikan alternative lain untuk Dhia. Nasib pada masa itu umurnya sudah 6 bulan. Dhia sudah boleh di berikan solid food. Syukur, Allah maha kaya dan maha mengetahui mana yang terbaik untuk hambanya. Sepanjang kehamilan anak kedua. Saya amalkan pemakanan sihat dan juga suplemen. Kerana saya mesti menjaga 3 orang punya piramid makanan (diri sendiri, anak yang sedang menyusu dan anak yang sedang di kandungi).

    Sepanjang kehamilan saya, Dhia terus tidak mahu minum susu badan melalui botol susu. Dhia hanya mahukan direct breastfeed. Rezeki anak-anak, saya dapat di terima bekerja di sebuah syarikat swasta berdekatan dengan rumah saya. Setiap kali waktu rehat. Saya korbankan masa rehat saya untuk menyusukan Dhia. Saya tidak membuat EBM (simpanan susu beku). Hanya direct breastfeed sahaja sepanjang tempoh kehamilan anak kedua. Saya akan menyusukan direct breastfeed pada waktu pagi sebelum pergi ke pejabat, waktu rehat dan balik kerja. Alhamdulillah, susu badan mencukupi untuk Dhia sepanjang kehamilan kedua saya.

    KELAHIRAN ANAK KEDUA
    25 Jun 2014, saya telah melahirkan seorang putera bernama Dzal AIdi Fiqry. Bersalin secara pembedahan juga. Ada yang berkata, bersalin secara pembedahan ni. Susu badan tidak akan ada pada hari pertama? Ok itu tidak benar sama sekali. Saya dapat menuyusukan anak saya sejurus selepas pembedahan. Setelah pulang ke rumah dari hospital sehingga hari ini. Saya masih menyusukan dua orang anak saya.

    JADUAL MENGEPAM SUSU
    Saya sudah mula buat EBM kembali, alhamdulillah susu badan saya mencukupi untuk 2orang anak saya. Stok EBM (susu simpanan) juga masih boleh di simpan. Saya cuba untuk mengepam susu sebanyak 2 kali di pejabat. Jam 10/11 pagi dan ¾ petang. Sehari saya boleh daptkan sekurang-kurangya 12oz.

    MENYUSUAN SECARA TERUS
    Saya lebih suka penyusuan badan secara terus (breastfeeding), lebih fresh dan hygiene. Apakan daya, saya seorang pekerja, blogger separuh masa dan juga ibu kepada anak-anak saya. Maka, pada siang hari, saya bekalkan susu badan (EBM) ke rumah pengasuh.

    Saya juga kerap menyusukan kedua-dua anak secara serentak atau dikenali sebagai tandem.

    TIPS SUSU BADAN BANYAK
    Saya tiada apa-apa rahsia sebenarnya. Saya selalu positif. Let it go bak kata FROZEN hehehe. Dan, saya kerap makan, ibu yang menyusukan anak ni cepat lapar. Sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam adalah wajib. Waktu diantara waktu itu, saya lebih gemar mengambil snek setiap 2 jam. Snek pilihan ialah buah-buahan, biskut, atau roti. Air masak 3 liter sehari juga adalah wajib bagi saya. Selain makanan berkhasiat, saya juga ada mengambil makanan Sunnah dan suplemen.

    KESIHATAN ANAK
    Alhamdulillah, benar kata-kata pakar laktasi. Anak-anak yang menyusu badan ini jarang jatuh sakit. Bukananak-anak saya tak pernah sakit. Ada juga demam, batuk dan selsema. Tipu lah, jika anak sihat sentiasa kan.

    Kini, Dhia Batrisya berumur 2 tahun masih menyusu badan lagi. Dzal Aidi Fiqry pula, berumur 11 bulan. Saya akan teruskan tanam semangat untuk menyusukan badan saya untuk Dzal Aidi Fiqry sehingga 2 tahun. Insyaallah.

    Azlinda Azman
    Fb: http://www.facebook.com/azlinda.alin.3
    Ig: http://www.instagram.com/azlinda.alin
    URL: http://www.azlindaalin.com
    012-6460421

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge