HITMAN : Agent 47

Hitman : AGENT 47 adalah pembunuh elit yang di program secara genetik dan ibarat mesin pembunuh yang sempurna. Nombor 47 adalah nombor dua digit terakhir pada kod bar tatu di belakang lehernya. Beliau merupakan kemuncak penyelidikan dan antara empat puluh enam awal klon Agen. Program ini menganugerahkan beliau dengan kekuatan, kelajuan, stamina dan kecerdasan. Misi terbarunya adalah menghentikan perbadanan mega iaitu Syndicate International yang merancang untuk membuka kunci rahsia bagi mencipta lebih ramai agen. Lalu mewujudkan tentera pembunuh yang berkuasa dan sukar untuk dibunuh.

Oleh kerana ingin mencipta agen tidak mudah, maka Syndicate International perlu mencari saintis yang berjaya menghasilkan agen sebelum ini iaitu Litvenko. Tetapi untuk mencari Litvenko adalah melalui anak perempuan beliau yang berada di Berlin. Katia adalah anak Litvenko yang juga telah diprogram secara genetik. Kebolehan Katia lebih bagus dari Agent 47, cuma perlu banyak latihan dan kebolehan beliau adalah mempunyai “vision” pada masa lalu dan pada masa akan datang. Selain itu, dia juga boleh berfikir dengan cepat untuk melepaskan diri dari sebarang masalah. 

HITMAN : Agent 47

Setelah Agent 47 berjumpa Katia, mereka bekerjasama dan mencari Litvenko di Singapura. Pelbagai aksi menarik dan memberi impak kepada filem ini. Dengan meggunakan senjata yang paling hebat, sistem komputer yang terkini, kereta Audi yang lasak dan pakaian blazer 24 jam. Itu adalah tanda HITMAN sedang beroperasi. Hahaha. Berlawan tanpa belas kasihan demi menyelesaikan misi. Selamat menonton!

Hitman Agent 47

HITMAN Agent 47

HITMAN Agent 47

HITMAN Agent 47

HITMAN Agent 47

Director: Aleksander Bach
Producers:
Chuck Gordon, Alex Young, Adrian Askeriah
Cast: Rupert Friend, Zachary Quinto, Ciaran Hinds, Thomas Kretschnmann, Hannah Ware
Genre: Action / Adventure

Masa tayangan :  96mins
Rating : 18 tahun ke atas.

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.