Impian Mengembara Tercapai Dengan Menulis Blog

Hari ini terasa nak bercerita berkenaan “Game Changing” dalam kehidupan Ruby. Dalam kehidupan ini, banyak masa Ruby habiskan dengan muhasabah diri dan kenang balik kenangan. Kemudian fikir beza perubahan kehidupan Ruby masa dulu dan kini. Ternyata banyak perkara berubah dan Ruby semakin kuat menjalani liku-liku kehidupan. Tetapi perkara yang membuatkan “Game Changing” adalah kerjaya, perkahwinan dan anak! Serius semua ini banyak membuatkan Ruby lebih buka mata untuk sentiasa bersedia dengan kemungkinan yang akan berlaku.

Cerita ini agak personal, tetapi Ruby berharap ia menjadi sumber semangat pembaca semua. Ruby seorang yang inginkan sesuatu perkara dengan cara yang sangat mengikut takdir dan akan mengubah takdir apabila Ruby rasa masanya sudah tiba. Itu bermakna Ruby memberi peluang kepada persekitaran dan manusia di sekeliling. Matlamat Ruby adalah mengembara ke seluruh dunia dan “Saya Ruby Dan Ini Cerita Saya”. Kerjaya Ruby, hurmmm panjang ceritanya. Hahaha. Ruby memang jenis suka belajar. Jika anda lihat resume Ruby, banyak tempat kerja ruby pernah bekerja dan sering juga lompat-lompat kerja di tempat lain. Setiap perkara yang Ruby lakukan mesti memerlukan internet dan ketika itu hanya P1 yang memenuhi limit penggunaan Ruby.

Perancangan ingin mengembara ke seluruh dunia tidak selalunya mengikut jadual yang dirancang. Bila dah teruja nak mulakan pengembaraan, tiba-tiba perancangan Allah s.w.t lagi besar, iaitu perkahwinan. Setiap apa yang terjadi pasti ada sebab. Bila ruby menerima lamaran dan ketika itu dalam kepala dah fikir “alamak! nak travel macam mana ni!”. Sebab suami adalah orang yang bekerja 24 jam dan susah nak ambil cuti. Kemudian dah bertambah tanggungjawab. Fikir punya fikir, ruby teruskan majlis sebab dalam masa yang sama ruby bersyukur kerana bernikah juga akhirnya dengan kawan baik. Kenal dari 2006 dan akhirnya bernikah pada 2012. Duit tabung untuk travel ruby gunakan untuk majlis ruby.

Broadband Internet, Mobile Internet

Menjalani kehidupan bersama insan yang kita percaya boleh menjaga kita sampai ke-tua secara Halal. Siapa yang tak nak? Tetapi tahukah anda kehidupan selepas perkahwinan perlu ada banyak kesabaran? Hahahaha. Untuk orang seperti Ruby yang cepat buat kerja, tidak boleh ada alasan dan sentiasa nak segalanya jelas & terang. Ia agak merumitkan keadaan. Suami seorang jurutera yang perlu relax dalam meneliti setiap lukisan. Kontra sangat kami berdua kalau diikutkan dari segi kerjaya. Kemudian lahirnya baby Adam, tiap kali dia senyum dan sebut perkataan baru, semua penat lelah ibu terus hilang. Bu bu bu, Balloooonnnn, Bulannn, Birddd, Ball, Mintabbaaaa. Hahahaha. Apa-apa je la Adam. 

Broadband Internet, Mobile Internet

Dalam kepayahan, ruby nampak manisnya kehidupan apabila dapat mengembara. Suami benarkan Ruby mengembara! Itu adalah hobi Ruby dan dia izinkan. Hooray!! Travel adalah cara Ruby melihat sisi kehidupan lain di luar sana. Baru kita tahu erti bersyukur. Walaupun travel seorang diri, itu cara ruby tolak ansur. Kita tidak boleh paksa seseorang meninggalkan kerja kerana memenuhi minat kita. Tapi tidak mustahil satu masa nanti peluang bercuti bersama keluarga pasti ada. InsyaAllah. Setakat ini ruby dah mengembara ke Indonesia, Kochin di India dan Thailand. Allah s.w.t beri rezeki dengan cara begini, ruby bersyukur dan hargai mereka yang nampak kualiti dalam blog ruby.my.

Broadband Internet, Mobile  Internet

Broadband Internet, Mobile  Internet

Matlamat hidup kita yang membuatkan game changing kadang-kadang bukan dari senarai cita-cita kita. Tetapi dari segi perjalanan kehidupan. Jika anda rasa susah, pasti ada yang lebih susah. Ada orang rumah besar dan kaya tetapi tidak dikurniakan anak, tetapi ada yang anak ramai tetapi rumah kecil. Kehidupan ini terlalu rapuh untuk menyalahkan takdir. Kita perlu teruskan agar kita lapang dada. Sedar tak apabila melaksanakan tanggungjawab dan kerjaya kita memerlukan sesuatu liputan internet wifi untuk terus berhubung? Spoiler detected. Hahaha.

Ruby ada terbaca Kempen #ReadyToP1ay dan mengetahui bagaimana anda boleh mengubah kehidupan anda melalui #P1. Broadband Internet atau mobile Internet percuma selama sebulan akan diberikan kepada semua pelan P1 – ForHome®, ForBiz®, atau ToGo® dengan kontrak selama 24 bulan. Daftar sekarang (ia begitu mudah untuk mendaftar! Hanya isikan butiran di dalam www.readytop1ay.com.my RM0 yuran pendahuluan & penghantaran percuma ke rumah anda)

Broadband Internet, Mobile  Internet

P1 sedang menjalankan pelbagai aktiviti dan giveaway di laman sosial mereka. Kunjungi laman sosial Facebook, Twitter & Instagram P1 untuk maklumat lanjut.

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Impian Mengembara Tercapai Dengan Menulis Blog

    Huda

    (September 1, 2015 - 11:30 pm)

    sama la kita suka travel, tapi tak sanggup tinggalkan suami dan anak dan tak pernah travel sorang2. Tabik dengan ruby yang berani.

    Tommy Tong

    (August 19, 2015 - 9:58 pm)

    Jom sama2 pergi cari rezeki ….haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.