Kulit Bersih & Cantik dengan Masker Vietnam

      4 Comments on Kulit Bersih & Cantik dengan Masker Vietnam

Bila bercerita berkenaan kecantikan. Ia sangat subjektif kerana kita semua memiliki masalah berbeza dan jenis kulit yang pelbagai juga. Tetapi, untuk bersihkan dari luaran, Ruby rasa masker Vietnam sangat sesuai untuk semua jenis kulit.

Ruby beli masker Vietnam ini semasa beraya di Kuantan Pahang. Saja-saja beli. RM 8 satu botol. Botol saiz kecil dan hanya 22g je. Kecil sangat dan mudah untuk dibawa kemana-mana. Ruby beli je produk, nak pakai belum tentu lagi. Pencetusnya untuk cuba masker Vietnam ni adalah suami Ruby. Dia bising sangat whitehead kat muka dia dah banyak dan dia jenis taknak orang lain usik muka dia selain Ruby. Jadinya kena la ambil besi pemicit jerawat untuk buat facial. Kalau masa Adam belum ada lagi takpe la kan? Ni tengah buat facial si Adam pun nak sibuk buat facial juga. Hahaha.

Suami belek-belek meja mekap ruby dan tanya. Ni apa, ni untuk apa, pakai macam mana dan etc etc. Lepas tu dia jumpa masker Vietnam ni. Mula lah dia nak eksperimen. Pakai je la abang oiii. Masker Vietnam tu macam gam tau.

Dia pun pakai, result sangat mengagumkan. Banyak betul whitehead, blackhead, minyak dan bulu roma! Hahahaa. Bulu roma pun tertanggal sekali. Hebat!

Bila tengok hasil begitu, Ruby pun cuba pada hari ini. Wakakakaka.

image

image

image

image

image

image

image

Tadaaaa. Lihatlah kulit ku. Bersih dan gebus. Hehehe. Tak rugi bersusah-susah dahulu tepek-tepek masker dan kertas. Hehehe.

Cubalah!

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

4 comments on “Kulit Bersih & Cantik dengan Masker Vietnam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge