Mee Kari Special

      3 Ulasan pada Mee Kari Special

Hahahaha. Tajuk blog post kali ni tak boleh blah kan? Mee kari special la sangat. Sebenarnya ruby dah buntu idea untuk masak. Tambahan untuk makan malam. Kami pula bertiga. Ruby, Adam dan Suami. Tiga tekak yang berbeza tetapi tidak kisah makan apa. Asalkan kenyang. Bila ada anak, ruby lebih fikirkan sesuatu yang lembut, tidak pedas dan Adam suka. Nasi, kicap manis dan telur dadar pun dia dah okay. Tapi itu kadang-kadang boleh la kan. Ni ha dia perlukan sesuatu untuk tumbesaran dia, jadi memang buntu hari-hari.

Nasi putih, sup ayam. Nasi putih, kari ikan. Nasi putih, kurma ayam. Nasi putih, gulai masam ikan. Nasi putih dan gulai yang lain lah. Hehehe. Kemudian sayur mesti sawi atau bayam goreng. Huhuhu. Nak masak kuew teow goreng, mee goreng atau bihun goreng nanti kelaparan bila waktu malam. Lepas tu kena masak lagi. Jadi, sekarang memang giler rajin ruby memasak! Heh!

image

Saje-saje nak ubah selera, masak mee kari. Mee kari stail ruby memang meriah dengan bahan-bahan. Wajib ada ayam, kentang, fish ball, tofu goreng, bawang goreng, mee kuning, telur rebus/goreng dan oleh kerana suami taknak ada sawi dan taugeh. Makanya mee kari ku tiada sayur. Hahahaha.

Cara masak mee kari atau apa sahaja dengan kari ni memang senang. Simpel je ruby masak. Ruby blender cili kering, bawang, bawang putih dan halia. Sikit je. Kang Adam takleh makan pula. Kemudian tumis bahan blender. Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang. Kemudian masukkan serbuk kari daging BABA’S dan daun kari. Gaul rata sehingga masak dan naik bau wangi.

Lepas tu masukkan santan pekat dan santan cair. Masukkan ayam dan kentang. Tunggu kentang empuk dan baru masukkan fish ball dan tofu goreng. Hah terus meriah kuah kari ku. Hehehe. Lepas tu perasakan dengan garam. Jangan lupa celur mee supaya bersih. Nak lagi sedap makan bersama sawi yang dicelur dan bawang goreng. Siap!

image

Bertambah-tambah suami dan adam makan. Alhamdulillah. Rezeki dari Allah s.w.t dapat makan mee kari. Kos beli barang sekitar RM 20 je. Dapat makan 8 kali. Jimat betul. Alhamdulillah.

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

3 comments on “Mee Kari Special

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge