Olive Tree Hotel Penang

Pada 7,8 dan 9 Ogos 2015 Ruby berpeluang menyertai Air Asia Penang Take Over bagi bersama-sama meluaskan lagi rangkaian blogger #AABC (Air Asia Blogger Community). Terima kasih Air Asia kerana memilih Ruby untuk bersama-sama blogger lain untuk memeriahkah Air Asia Penang Take Over. Penginapan selama 3 hari 2 malam di Penang adalah di Olive Tree Hotel Penang yang terletak di Bayan Baru. Uniknya di sini adalah lokasi berhadapan PISA (Penang International Sports Arena).
Terletak di sepanjang koridor industri dan korporat Pulau Pinang, Olive Tree Hotel adalah hotel yang mematuhi Indeks Bangunan Hijau (GBI)  yang menawarkan akses mudah ke tempat utama dan menjadi tuan rumah kepada persekitaran yang selesa dan kondusif untuk perniagaan dan pelancong. Hotel ini mempunyai 25 tingkat, 228 bilik dan 24 suite. Hotel ini sangat dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas. Semasa menginap di hotel ini, Ruby masih lagi blur tidak tahu untuk mencari makan di mana dan apa boleh buat di sekitar hotel ini. Hahaha. Oleh kerana itu, Ruby berkesempatan menggunakan perkhidmatan UBER Penang. Hanya menggunakan apps sahaja Ruby mencari pemandu UBER yang berkelapangan ketika itu.

Olive-Tree-Hotel-Penang-3

Ini adalah bahagian kaunter pendaftaran dan pertanyaan Olive Tree Hotel. Staf di sini sangat mesra dan peramah. Dari penyambut tetamu hingga ke kaunter, semuanya mesra melayan kami.Olive-Tree-Hotel-Penang-1

Cafe Cups & Mugs menyediakan hidangan masakan panas, sandwich dan western. Manakala minuman juga pelbagai, seperti jus buah, kopi dan minuman panas yang lain. Harga juga berpatutan.
Olive-Tree-Hotel-Penang-2 Olive-Tree-Hotel-Penang-4

Ruby sebilik dengan Rosila, seorang penulis majalah dan novel. Ruby juga seorang yang dedikasi bila bekerja, jadi sesuai sangat sebilik dengan Ila. Balik bilik buat kerja, keluar dari bilik sama-sama enjoy menikmati Pulau Pinang. Hehehe. Hari pertama tiba di Penang, kami berdua dah kroh kroh di bilik. Kemudian jam 2 petang selepas zohor kami menaiki UBER ke Gurney Paragon. Jom kita lihat-lihat apa yang menarik di bilik Deluxe yang bernilai RM 650++ untuk satu malam. Bilik Ruby 1004 berdekatan dengan lif.Olive-Tree-Hotel-Penang-8 Olive-Tree-Hotel-Penang-5 Olive-Tree-Hotel-Penang-7 Olive-Tree-Hotel-Penang-6

Sistem penghawa dingin yang mesra alam. Ini adalah kali pertama ruby masuk hotel menggunakan teknologi begini. Hehehe. Jakun sekejap. Kemudahan yang terdapat dalam bilik Deluxe adalah :

  • Berkeluasan 30 meter persegi
  • Tilam Chiro Tech dan bantal microfiber
  • 40 inci televisyen LED HD
  • Pelbagai saluran kabel plug
  • Akses Internet WiFi berkelajuan tinggi
  • Peti keselamatan
  • Seterika & papan seterika
  • Sarong & selipar tidur
  • Kemudahan membuat kopi & teh
  • Peti ais mini
  • Pengering rambut
  • Plug Antarabangsa
  • Perabot bergaya dengan meja kerja
  • Penunjuk arah kiblat

 

Olive-Tree-Hotel-Penang-17 Olive-Tree-Hotel-Penang-9 Olive-Tree-Hotel-Penang-10 Olive-Tree-Hotel-Penang-11 Olive-Tree-Hotel-Penang-12 Olive-Tree-Hotel-Penang-21 Olive-Tree-Hotel-Penang-18 Olive-Tree-Hotel-Penang-13 Olive-Tree-Hotel-Penang-15 Olive-Tree-Hotel-Penang-16 Olive-Tree-Hotel-Penang-14

Permandangan dari bilik Ruby adalah PISA (Penang International Sports Arena). Masih lagi dalam pembinaan.

Olive-Tree-Hotel-Penang-19 Olive-Tree-Hotel-Penang-20

Olive Tree Hotel Pulau Pinang menyediakan perkhidmatan ruang mesyuarat, konvensyen, jamuan dan majlis perkahwinan. Ia menempatkan Grand Ballroom dengan Galeri mezanin yang selesa yang boleh menampung sehingga 720 orang dan 7 bilik majlis dengan pelbagai dimensi yang tersedia untuk keinginan anda.

Pengangkutan juga turut disediakan oleh pihak hotel. Sama ada dengan bantuan agensi travel and tour, limosin dan teksi, tempat parkir kereta valet atau perkhidmatan ulang-alik berjadual percuma. Sila bincang dengan pihak hotel untuk perancangan yang lebih teliti. Bagi blogger seperti ruby, akses internet adalah soalan pertama ruby akan tanya. Hahaha. Oleh kerana Olive Tree Hotel adalah hotel baru dan ruby teruja dengan akses internet berkelajuan tinggi dalam bilik. Selain di bilik penginapan, akses internet kelajuan tinggi dalam bilik-bilik majlis dan dewan besar juga turut disediakan. Gimnasium, bilik yoga, spa, sauna, kolam renang dan perkhidmatan dobi juga terdapat di hotel ini. Hotel ini menawarkan 24 jam perkhidmatan bilik dan pengawasan CCTV 24 jam.

P/S : Hotel ini bagus untuk anda yang inginkan keselesaan bercuti. Tetapi bagi ruby perabot berasaskan kaca di dalam bilik penginapan tidak sesuai untuk percutian bersama anak kecil atau pun kanak-kanak. Risau pecah meja tu. Phewww.

No 76, Jalan Mahsuri
11950 Bayan Lepas Penang, Malaysia
Tel.: +604 637 7777
Fax.: +604 637 7788
reservations@olivetreehotel.com.my
www.olivetreehotel.com.my

www.facebook.com/pages/Olive-Tree-Hotel-Penang

www.instagram.com/olivetreehotelpenang

Percutian ini ditaja sepenuhnya oleh Air Asia dan Tourism Penang, Saya menerima tajaan sebagai pertukaran untuk menulis ulasan ini. Walaupun percutian ini ditaja, semua pendapat adalah dari penulis sendiri.

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Olive Tree Hotel Penang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.