Pertama Kali Mencuba UBER Penang

      No Comments on Pertama Kali Mencuba UBER Penang

Seronoknya trip bersama Air Asia Blogger Community, banyak masa kami diberi untuk Free & Easy. Mereka beri kelonggaran untuk kami teroka sesuatu tempat dengan cara tersendiri. Ada blogger menaiki bas rapid Penang, ada yang menggunakan myTeksi dan ada juga yang menggunakan UBER! Yang guna UBER tu ruby lah. Hehehe. Di Kuala Lumpur, UBER tidak berada di kawasan Ruby iaitu di Wangsa Maju. Tetapi ada di kawasan bangsar, damansara dan KLIA2. Jadi tidak berkesempatan nak menggunakan UBER di KL. Maka, di Penang ni Ruby pertama kali mencuba UBER Penang. Pada mulanya saje-saje ON aplikasi UBER di Sony Xperia Z3 dan terkejut banyak kereta yang menyertai UBER sebagai pemandu!

Setelah memilih lokasi untuk pemandu UBER ambil di Olive Tree Hotel dan lokasi untuk kami pergi iaitu di Gurney Paragon, pemandu UBER iaitu Encik Ken terus hubungi Ruby dan memberitahu beliau akan tiba di Olive Tree Hotel lagi 5 minit. Setibanya En Ken terus beliau ramah memperkenalkan diri dan membuka pintu untuk kami semua. Hehehe. Si Fatin punyalah suka!

UBER-Penang-2 UBER-Penang-1 11862935_10153230652765000_1734079222_o 11882860_10153230653385000_554168276_o 11874379_10153230653555000_1533376320_o 11875634_10153230653610000_1552631157_o 11865292_10153230653220000_1112968607_o

Kos dari Olive Tree Hotel Penang ke Gurney Paragon RM 27.63. Memandangkan Ruby mempunyai UBER kredit, jadi Ruby menaiki UBER Percuma! Hehehe.

UBER-Penang-5 UBER-Penang-3 UBER-Penang-4

 

Sepanjang berada di dalam kereta En Ken, beliau banyak berkongsi tempat menarik di sepanjang perjalanan. Kami lalu di masjid paling lama di Penang, tempat makan Halal pun En Ken rekemen juga. Kemudian bercerita apa yang ada di sekitar hotel kami agar mudah untuk mencari makan atau nak mengeteh ke kan. Hehehe.

Follow social media Uber Penang untuk mengetahui apa lagi promosi yang sedang berlangsung.

www.instagram.com/uber_pg

www.facebook.com/pages/Uber-Penang

www.uber.com/cities/penang

Percutian ini ditaja sepenuhnya oleh Air Asia dan myPenang, Saya menerima tajaan sebagai pertukaran untuk menulis ulasan ini. Walaupun percutian ini ditaja, semua pendapat adalah dari penulis sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge