Tahniah Juara AirAsia Runway Ready Designer Search 2015

Juara AirAsia Runway Ready Designer Search 2015 diumumkan di Pentas Peragaan KL Fashion Week. AirAsia terus menyokong pembangunan bakat muda. Pencarian pereka fesyen unik yang memberi platform bagi pereka memulakan perjalanan mereka dalam industri fesyen. 10 pereka muda memperaga hasil kerja mereka di KL Fashion Week Ready To Wear 2015. Pusingan akhir AirAsia Runway Ready Designer Search, yang bertujuan memberi platform kepada pereka muda memperaga bakat mereka dan membantu mereka memasuki industri fesyen mengambil tempat hari ini di pentas acara fesyen yang paling dinanti-nantikan di Malaysia; Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear 2015 (KLFWRTW2015).

10 pereka muda telah diberi peluang seumur hidup untuk memperaga rekaan mereka di pentas peragaan berprestij KLFWRTW2015. Tempat 3 teratas AirAsia’s Most Promising Designers telah diumumkan selepas sesi penghakiman pusingan akhir. Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif  AirAsia Berhad bersama Andrew Tan, Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week RTW mempersembahkan hadiah bagi 3 tempat teratas. Kedua mereka adalah sebahagian dari panel hakim bagi program pencarian pereka ini termasuk pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie dan Khoon Hooi, sertaKhairul Abidin Ishak, Editor Majalah gaya hidup berbahasa melayu paling laris di Malaysia– EH!

photo1

Pemenang tempat pertama membawa pulang sepasang tiket penerbangan pergi balik ke Tokyo, 60,000 BIG Points, satu unit komputer riba Dell Inspiron 11 3000 dan jaminan slot bagi memperaga koleksi penuh mereka pada KL Fashion Week RTW 2016!

Pemenang pertama dan kedua menerima sepasang tiket penerbangan ke Sydney dan Hong Kong, dan juga 60,000 BIG Points dan 33,000 BIG Points; Trofi serta satu unit komputer riba Dell Inspiron 11 3000 setiap seorang.

Seorang finalis bertuah turut diumumkan untuk dilatih oleh Jovian Mandagie bagi terus menerima pengalaman industri fesyen yang sebenar bersama beliau dan pasukan beliau di House of Jovian Mandagie.

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata, “AirAsia sentiasa menyokong pembangunan remaja dan bakat di rantau ini. Kami merasa kagum menerusi koleksi pereka-pereka muda ini dan kami lihat potensi yang besar dalam diri mereka. Memperaga di pusingan akhir ini juga adalah satu kemenangan dan saya harap kesemua 10 pereka muda ini mengambil peluang dan pendedahan ini sebagai langkah pertama untuk terus melanjutkan impian mereka dalam menempa nama dalam industri fesyen”.

“Penghabisan AirAsia Runway Ready Designer Search hanya bermaksud satu permulaan perjalanan mereka dalam industri fesyen. Pemenang pencarian pereka ini akan mempersembahkan koleksi penuh di KL Fashion Week Ready to Wear tahun hadapan – dan kami sangat menantikan apa yang akan dipersembahkan tahun hadapan!,” Tambah beliau.

Grand Winner – AirAsia Most Promising Designer

Lee Bao En, UCSI University

Inspired by the ancient ruins of Angkor Wat and Khmer people in Cambodia

Grand Winnerlee bao en -2 GRAND Winner Lee Bao En - 1 Grand Winner - LEE Bao En

1st Runner Up – AirAsia Most Promising Designer

Shazmin Hashim, Universiti Teknologi MARA

Inspired by the nature destruction in the region, issue of deforestation. Shazmin combines her painting and artistic skills  to the collection.
1ST RUNNER UP - Shazmin Hashim 1st runner up- shazmin hashim

2nd Runner Up – AirAsia Most Promising Designer

Ter Mei Ching, Esmod Kuala Lumpur

Collection inspired by Penang bridge.
2ND RUNNER UP- TER MEI CHING 2ND RUNNER UP - TERMEICHING- 2ND RUNNER UP - TER MEI CHING

Andrew Tan, Pengasas KL Fashion Week RTW berkata, “Kami memuji komitmen AirAsia bagi membantu pereka muda yang beraspirasi ini mencapai impian mereka. Menjadi sebahagian dari KL Fashion Week RTW adalah sesuatu yang besar dan hari ini kami melihat bukan satu atau dua tetapi 10 pereka muda yang diberi peluang untuk memperaga rekaan mereka di KL Fashion Week RTW. Keseluruhan pengalaman – dari pembentangan lakaran, sesi menyesuaikan baju (fitting), nasihat dari pakar, dan akhir sekali peluang untuk mempersembahkan koleksi mereka dan berkongsi pentas peragaan dengan pereka fesyen yang berjaya tempatan dan antarabangsa adalah satu platform yang menakjubkan”.  

Pencarian pereka ini telah diumumkan pada May 2015, menerima lebih dari 340 pennyertaan dan sebahagian dari usaha berterusan AirAsia dalam membangunan remaja dan bakat di rantau ini, yang juga termasuk pelbagai bakat sukan muda di rantau ini.

Sejumlah 62 pereka di senarai pendek bagi membentangkan inspirasi dan lakaran mereka dan 10 finalis telah dipilih selepas sesi penghakiman bagi mempersembahkan koleksi mereka di KL Fashion Week RTW 2015 Runway today.

Kesemua sepuluh finalis dinilai berdasarkan keaslian, kreativiti, rekaan, persembahan dan konsisten dalam koleksi mereka. Sepanjang proses, mereka telah didedahkan kepada pereka yang terkenal dan penasihat fesyen, yang berkongsi tips dan nasihat dalam usaha menempa nama dalam industri. 

AirAsia adalah syarikat penerbangan pilihan utama juga menerbangkan pereka fesyen  YE’S dari China, Saveus dari Australia, Thomas Wee dari Singapura dan Mel Ahyar dari Indonesia untuk menjadi sebahagian dari beriasan pereka di KL Fashion Week RTW 2015, menghubungkan bakat fesyen di rantau ini menerusi jaringan perhubungan dan laluan.

AirAsia BIG, program loyalti antarabangasa syarikat penerbangan tersebut adalah penaja AirAsia Runway Ready Designer Search 2015, dengan penghargaan istimewa buat JW Marriott Hotel, dan Dell.

Ikuti perjalanan AirAsia Runway Ready Designer Search 2015 di saluran AirAsia YouTube (youtube.com/airasia) bagi menonton episod web, dibelakag tadbir dan wawancara eksklusif dan banyka lagi;ikuti juga Facebook AirAsia (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia) untuk aktiviti dan kemas kini mengenai syarikat penerbangan ini.  

 

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.