TECHBIZ Di Malaysia IT Fair 28 – 31 Ogos 2015

      5 Comments on TECHBIZ Di Malaysia IT Fair 28 – 31 Ogos 2015

Bila teringat tentang expo pendidikan dan expo usahawan yang biasa Ruby kunjungi di luar negara, ia tidak tertumpu kepada produk yang telah terkenal di pasaran. Tetapi memberi peluang untuk produk dan idea baru diketengahkan. Panel hakim dari negara lain akan mengadili hasil yang dicipta. Maka, dengan cara begini lebih mewujudkan budaya persaingan sihat demi menghasilkan produk lain dari yang lain atau lebih bagus dari yang berada di pasaran. Di Malaysia, expo sebegitu amat kurang diadakan melainkan melibatkan pelajar universiti untuk pameran final year project mereka. Untuk mendapat markah cgpa yang terbaik, kemudian hasil ciptaan dan rekaan terkubur begitu sahaja. Sama ada mewakili universiti atau mewakili diri sendiri. Ia pasti menjadi separuh jalan kerana di Malaysia para pelabur juga tidak banyak untuk memberi dana kepada mereka kerana mereka adalah status pelajar. Jadi, dengan adanya TECHBIZ di Malaysia IT Fair 28 – 31 Ogos 2015 ini. Dapat memberi peluang kepada anak muda untuk terus berimaginasi dan kita sebagai pemilik syarikat di Malaysia menggunakan produk hasil dari generasi kita sendiri.

PLATFORM PERNIAGAAN TERBARU, SEMINAR & PAMERAN DI GABUNGKAN

Penambahan terbaru kini dalam Solusi Perniagaan! MITF teruja untuk mengumumkan pernambahan terbaru dalam Techbiz@Malaysia IT Fair, “Platform perniagaan terbaru mengabungkan pameran dan seminar”, menjadikanya saluran komprehensif yang pertama kali dalam industry ICT di Malaysia.

Kunjungi kami dan alami platform perniagaan yang membolehkan anda menerokai trend teknologi terkini di dalam pameran dan menimba ilmu pengetahuan terkini dengan menghadiri seminar yang sesuai untuk keperluan peribadi dan perniagaan.

Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk menyertai 200,000 pengunjung kami yang lain untuk mendapatkan tawaran terhebat dalam gadget IT, telefon pintar dan pelbagai lagi solusi korporat dengan lebih daripada 80 jenama global yang meliputi lebih dari 300 tapak pameran

Jangan lepaskan peluang untuk melawat Tecbiz@Malaysia IT Fair! Masukan adalah PERCUMA

TECHBIZ Di Malaysia IT Fair 28 - 31 Ogos 2015

KENAPA PERLU HADIR?
MENEMUAI teknologi Terbaru
PENILAIAN Penyelesaian
BERHUBUNG dengan Rakan- Rakan
MENGEMASKINI Tred Terkini
MEMBINCANGKAN Inisiatif
RANGKAIAN dengan Rakan Perniagaan

SIAPA yang Patut Hadir??

Pengurus IT Perniagaan, Konsultan Rangkaian, Arkitek Maklumat, Arkitek Data, Arkitek Perniagaan, Arkitek Insfrastruktur, Arkitek Perisian, Pengurus Maklumat , Penguna Perniagaan, Konsultan Teknikal, Pengarah & CIO, CTO, PMO atau Pengurus Projek, Ketua Projek, Jurutera/ pengaturcara Perisian, Ketua pembangunan Perniagaan, Pakar Intergrasi, Pemegang Saham Perniagaan dan Pelajar IT

IT Seminar Mengikut Trend Terkini, 60,000 Kaki Persegi dan 200,000 Pengunjung. Daftar sekarang untuk menerima hadiah misteri dan mengesahkan tempat anda untuk seminar!

MITF floorplan

TECHBIZ@Malaysia IT Fair

Tarikh : 28-31 Ogos 2015
Lokasi : Mid Valley Exhibition Centre Kuala Lumpur

www.facebook.com/malaysiaitfair

www.instagram.com/malaysiaitfair

www.malaysiaitfair.com.my

5 comments on “TECHBIZ Di Malaysia IT Fair 28 – 31 Ogos 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge