Temui Juri Dan Peserta MasterChef Asia Musim Pertama

Lifetime membawakan siri jelajah MasterChef Asia edisi sulung dan set dapurnya yang ikonik ke Malaysia. Saksikan sendiri set dapur MasterChef Asia dan temui juri dan peserta MasterChef Asia musim pertama yang mewakili Malaysia dalam rancangan masakan yang terhebat! Kenali mereka dengan lebih dekat di acara terbuka di Mid Valley Megamall.

Pameran Dapur MasterChef Asia

  • Tarikh : 19 hingga 23 Ogos 2015, Rabu hingga Ahad
  • Masa : 10 pagi – 10 malam
  • Tempat : Mid Valley Megamall | Centre Court, Aras Bawah
  • Info : Sebagai bonus tambahan, saksikan penampilan tetamu istimewa selebriti Datuk Chef Fazley Yaakob yang akan mengadakan demonstrasi masakan di lokasi yang sama pada hari-hari tertentu!

Sesi Beramah Mesra MasterChef Asia

  • Tarikh : 22 Ogos 2015, Sabtu
  • Masa : Dari 12 tengahari
  • Tempat : Mid Valley Megamall | Centre Court, Aras Bawah

Bermula 12 tengahari pada 22 Ogos, Sabtu, para peminat MasterChef berpeluang menyertai sesi beramah mesra bersama para juri MasterChef Asia yang pertama, Susur Lee, Bruno Ménard dan Audra Morrice; dan juga peserta-peserta dari Malaysia Jasbir Kaur, Marcus Low dan Sophia Zulkifli. Namun bukan itu sahaja, MasterChef Asia tidak akan lengkap tanpa Mystery Box Challenge! Saksikan cabaran memasak yang mendebarkan secara langsung di mana Jasbir, Marcus dan Sophia akan bertarung di hadapan penonton, dan saksikan bagaimana para juri menilai prestasi mereka. Tunggu dan lihat apa yang mereka bakal sajikan!

 

MasterChef Asia Malaysia

Musim pertama MasterChef Asia memaparkan tiga peserta Malaysia dengan latar belakang berbeza, masing-masing mempamerkan kehebatan sajian Malaysia: Jasbir peserta paling matang dalam musim kali ini yang suka menyediakan sajian Punjabi dengan mudahnya; Marcus, seorang kakitangan bank yang berminat dalam sajian molekular dan penggabungan makanan unik; dan Sophia, seorang ibu yang mencintai makanan dan dunia masakan.

MasterChef Asia Juri

Para juri turut mempunyai latar belakang dinamik, daripada seorang pengusaha restoran yang pernah memenangi anugerah dan pakar hidangan fusion, Susur Lee hinggalah kepada chef dengan 3 Bintang Michelin dan penasihat kulinari Chef Bruno Ménard, dan Audra Morrice yang disayangi ramai, peserta MasterChef Australia, pemilik bisnes katering dan penulis buku masakan.

Jangan lepaskan peluang sekali seumur hidup ini – cajkan bateri kamera dan telefon anda; bawa buku masakan dan pen untuk autograf; dan hadiri acara ini untuk merasai pengalaman menakjubkan! Untuk maklumat lanjut tentang jelajah ini, layarilah http://bit.ly/meetMCA.

MasterChef Asia Musim Pertama dipersembahkan oleh Lembaga Pelancongan Singapura dan Knorr, dengan kerjasama Panasonic, Changi Airport Group, Hotel Carlton Singapura dan Air Asia. Siri ini akan ditayangkan pada 3 September, setiap hari Khamis jam 9 malam di Lifetime (Saluran Astro 709). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di msn.com/masterchefasia.

MasterChef diwakili di peringkat antarabangsa oleh Endemol Shine Group. Rancangan ini pada asalnya dirakam semula sebagai MasterChef Goes Large pada 2005 oleh Shine TV di UK dan berdasarkan format yang direka oleh Franc Roddam.

www.facebook.com/MasterChefAsia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge