Tonton Filem Korea Percuma Sempena Korean Film Festival

Jom tonton filem Korea PERCUMA sempena Korean Film Festival! Peminat filem Korea, tandakan kalendar anda dan tontoni beberapa filem terbaik Korea secara percuma pada Festival Filem Korea mulai 20 Ogos – 23 Ogos ini. Festival Filem Korea 2015 ini dianjurkan oleh Kedutaan Republik Korea di Malaysia dan menyediakan peluang unik buat peminat filem Korea untuk meneroka industri filem Korea yang rancak dan penuh gemilang. Sebanyak 10 filem akan ditayangkan di pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) yang mengambil bahagian di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Selain mengetengahkan dan mempromosi pengalaman filem Korea, Kedutaan Republik Korea ingin menggunakan peluang ini untuk memperkenalkan budaya dan tradisi Korea kepada masyarakat Malaysia.

Tonton Filem Korea Percuma Sempena Korean Film Festival

Bercakap pada pelancaran media Festival Filem 2015, Menteri dan Konsulat Jeneral Yoon Chang Yul, Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Republik Korea di Malaysia berkata, “Bagi pihak Kedutaan Republik Korea, saya berbesar hati mengumumkan bahawa Festival Filem Korea kini kembali di Malaysia. Kami teruja menganjurkan Festival Filem Korea 2015. Kami berharap dapat mengurangkan jurang budaya antara Korea dan Malaysia menerusi usaha ini dan sehubungan itu, mengukuhkan jalinan antara dua negara ini.”

Festival Filem Korea mewakili filem daripada pelbagai pilihan genre filem Korea yang merangkumi filem klasik terkini serta filem-filem yang meraih anugerah. Filem berbentuk drama, penuh aksi, romantis dan animasi antara deretan filem untuk menarik perhatian penonton daripada pelbagai latar belakang dan mengetengahkan kepelbagaian filem Korea. Pengalaman menonton filem Korea yang amat diminati ini tentunya akan menggembirakan peminat filem Korea dan pada masa yang sama, membolehkan penonton mendekati budaya kontemporari Korea.

“Kami teruja untuk menawarkan peminat filem Korea dengan pelbagai paparan filem yang meneroka pengalaman Korea di peringkat global. Acara selama empat hari itu akan dipenuhi dengan filem Korea yang menyeronokkan dan menarik yang sesuai dengan penonton daripada semua kelompok usia. Festival tersebut memaparkan barisan sepuluh filem yang dipilih dalam kalangan filem terbaik Korea. Barisan filem berkenaan termasuk drama, animasi yang mempesonakan dan komedi,” kata Encik Yoon Chang Yul.

Festival berkenaan membawakan sepuluh tajuk yang merangkumi filem thriller yang meraih anugerah, “The Thieves”, “Confession of Murder”, drama romantis, “All About My Wife”, “Marriage Blue”, filem sejarah “The Front Line”, drama keluarga, “My Paparotti”, “Duresori: The Voice of the East”, filem komedi “Man on the Edge” dan filem animasi, “The King of Pigs” dan “Green Days: Dinosaur and I”.

Semua tayangan filem tersebut adalah percuma berdasarkan pas yang boleh ditebus melalui www.koreanfilmfestival.com.my, www.gsc.com.my, My Maxis Mobile App, surat khabar The Star dan Harian Metro. Peminat drama Korea kemudiannya boleh terus ke pawagan-pawagan terpilih iaitu: GSC Pavilion KL, GSC 1 Utama, GSC Gurney Plaza Penang, GSC CityONE MegaMall Kuching dan GSC Suria Sabah Kota Kinabalu untuk menebus tiket-tiket anda sementara stok masih ada. Orang ramai boleh menebus tiket bermula daripada 20 hingga 23 Ogos.

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.