Triumph Find The One

Triumph Find The One! Assalammualaikum semua! Jenama pakaian dalam wanita kembali dengan kempen yang membantu para wanita di luar sana mencari keselesaan dan kesempurnaan. Walaupun ia pakaian dalam, tetapi ia memberi keyakinan luar biasa bila kita memakai saiz dan material bersesuaian. Walaupun hanya cantik di bahagian dalam. Tetapi kita happy. Hehehe.

Triumph Find The One

Lingerie pun nak beraya!! Hahaha! Triumph, jenama yang tidak asing dari kalangan wanita. Tetapi Ruby tidak pernah membeli pun disini dan ini adalah kali pertama membeli pakaian dalam wanita di Triumph. Sebab Ruby lebih banyak membeli jenama lain yang tiada sales assistant. Bila membeli tanpa pembantu jualan, makanya rajin la ke bilik persalinan. Kejap-kejap tukar saiz. Hehehe. Sebab apa ini berlaku? Sebab Ruby sangat segan dan malu nak minta bantuan orang untuk mengukur. Ketika itu zaman sekolah lah. Ruby hanya ukur sendiri. Ukur lilit dada untuk ketahui jenis cup bra (ala yang cup A, B, C, D, E, F tuuu…) dan ukur lilit bawah payudara untuk tahu saiz bra (saiz yang selalu orang belek-belek 32B, 38C, 40D gitu..). 

Triumph-Light-And-Shape-Sensation-Collection-Fitting-Session-45

Bertempat di Triumph Boutique Mid Valley, Ruby telah kesini sendirian. Hehehe. Malu la nak beli stok pakaian dalam bersama suami dan anak. Dah le fitting, pilih dan mencuba pakaian dalam wanita ambil masa yang lama. Paling kurang mesti 2 jam. Membeli pakaian dalam sama seperti kita membelek baju, seluar dam hijab juga. Dah dapat saiz sesuai, tengok pula rekaan, lihat harga dan kemudian baru pilih warna. Susah tau! Hehehe.

Find The One

Triumph Find The One!! Ini adalah kali pertama Ruby kena fitting, ahhh malunya. Ok just relax dan relax dan relax. Hahaha. Pembantu jualan di Butik Triumph sangat peramah dan bersahaja. Menjadi kerisauan seseorang wanita apabila seseorang mengambil ukuran badan dan mengetahui ukuran badan kita yang comel ni. Tetapi tiap dari kita ada keistimewaan masing-masing kan. Walau besar atau kecil aset anda, hargailah dan jagalah sebaik mungkin. Ia demi keyakinan diri anda juga. 

Pasti anda tertanya-tanya apa yang membuatkan Ruby ke Triumph Boutique di Mid Valley kan? Sebab di sini ada butik khas, tidak terlalu ramai orang dalam satu-satu masa, pembantu jualan yang selesa, koleksi Triumph yang pelbagai dan Ruby tertarik dengan promosi “Summer Blowout Sale”. Promosi ini memberi anda banyak untung! Boleh kongsi membeli-belah bersama adik, kakak atau bersama ibu anda. 

BUY 3 FREE 1 atau BUY 5 FREE 2 + RM 100 Triumph Cash Voucher atau BUY 6 FREE 3 + RM RM 100 Triumph Cash Voucher + Necklace With Crystals from Swarovski.

Triumph-Light-And-Shape-Sensation-Collection-Fitting-Session-44 Triumph-Light-And-Shape-Sensation-Collection-Fitting-Session-42

Promosi sah sehingga stok masih ada. Sebab kadang-kadang ada warna yang anda suka tetapi tiada saiz. Jadi, sebelum membeli jom fitting dulu.

Triumph-Light-And-Shape-Sensation-Collection-Fitting-Session-32

Ini adalah sesi untuk mencuba kesemua bra dan girdle yang sesuai dengan saiz badan Ruby. Kesemua gambar di bawah adalah koleksi bra dan girdle yang telah dipilih oleh pembantu jualan. Banyak kan? Untuk kepastian saiz yang sesuai. Mereka akan pilih dua saiz berlainan dan dua cup berlainan. Sama ada D85 atau E85. Ukur lilit dah betul, cuma cup yang anda selesa hanya anda sahaja boleh pastikan. Hahaha.

Triumph-Light-And-Shape-Sensation-Collection-Fitting-Session-30 Triumph-Light-And-Shape-Sensation-Collection-Fitting-Session-31 Triumph-Light-And-Shape-Sensation-Collection-Fitting-Session-29

Ruby mencuba seluar Triumph Shape Sensation. Berjoget juga lah nak memakai seluar tu. Kena pakai kemas-kemas, agar badan kita selesa. Hasilnya menakjubkan! Berbeza dengan gambar diatas ketika sedang fitting. Seronoknya! Sebab ruby memang susah nak slim di bahagian perut.

Triumph-Light-And-Shape-Sensation-Collection-Fitting-Session-33

Setelah mencuba kesemua bra dan girdle Triumph. Maka, jeng jeng jeng Ruby telah membeli 5 produk Triumph! Boleh pakai ketika Hari Raya Aidilfitri nanti!

Triumph Light Sensation Support Bra RM 329

Triumph-Light-And-Shape-Sensation-Collection-Fitting-Session-26 Triumph-Light-And-Shape-Sensation-Collection-Fitting-Session-35

Triumph-Light-And-Shape-Sensation-Collection-Fitting-Session-23 Triumph-Light-And-Shape-Sensation-Collection-Fitting-Session-24 Triumph-Light-And-Shape-Sensation-Collection-Fitting-Session-25

Bra jenis ini memberi lebih pengudaraan dan ringan. Sangat sesuai dipakai ketika ziarah ke rumah saudara mara ketika hari raya kerana di Malaysia cuaca panas. Pakaian dalam yang bagus juga penting. Bayangkan kalau pakaian raya anda baju kurung jenis satin, dah tentu panas berpeluh! Tetapi dengan Triumph Light Sensation Support Bra mesti anda yakin dan segar sepanjang hari.!

Mempunyai 4 warna menarik, iaitu biru, kuning, purple dan peach. Ruby pilih warna biru dan kuning. Sedondon dengan baju raya. Hahaha.

Triumph Butterfly Bra (Plain) RM 199

Triumph-Light-And-Shape-Sensation-Collection-Fitting-Session-37

Butterfly Bra jenis ini adalah diantara bra kegemaran sebab rekaannya kosong, berbentuk rama-rama dan bahagian bawah ketiak yang lebar. Bra jenis ini mempunyai besi dan fabrik yang selesa. 

Triumph Butterfly Bra (Lace) RM 199

Triumph-Light-And-Shape-Sensation-Collection-Fitting-Session-34

Butterfly Bra ini sesuai dipakai untuk apa-apa acara, warna dark blue adalah pilihan ruby. Fabrik nipis dan sokongan bawah ketiak yang bagus. Boleh tolak lemak-lemak kehadapan dan anda akan kelihatan fit.

Triumph Shape Sensation Girdle RM 429

Triumph-Light-And-Shape-Sensation-Collection-Fitting-Session-5 Triumph-Light-And-Shape-Sensation-Collection-Fitting-Session-38

Seluar girdle ini adalah penyelamat Ruby. Jika tiada seluar ini, maka tidak cun lah Ruby di pagi raya. Ewahhh. Banyak koleksi Triumph Shape Sensation yang boleh anda lihat dan pilih. Cuma untuk Ruby, Ruby suka warna skin color dan panjang sampai ke perut.

Koleksi Triumph Shape Sensation menggalakkan anda menjaga aset anda dengan lebih teliti. Ia boleh dietahui melalui umur anda dan apa yang anda bimbangkan. Ia bukan semata-mata untuk kita nampak kurus dan fit. Tetapi ia lebih kepada penjagaan badan yang telah berubah dari muda hinga dewasa. Bra untuk ibu kita yang umur 60 tahun pun ada. Pembantu jualan akan bantu anda nanti. Jangan risau ya.

Triumph-Light-And-Shape-Sensation-Collection-Fitting-Session-15 Triumph-Light-And-Shape-Sensation-Collection-Fitting-Session-18 Triumph-Light-And-Shape-Sensation-Collection-Fitting-Session-7 Triumph Find The One Triumph Find The One

Cara Membasuh dan Menjaga Bra

Jika dulu, Ruby basuh bra dengan masukkan ke dalam mesin basuh dan bercampur dengan pakaian harian yang lain, kini Ruby sudah belajar cara menjaga bra. Mudah dan cepat!

Triumph Find The One

1. Rendamkan bra di dalam air berisi sabun dan pewangi selama 3 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Ambil hujung tali seperti gambar diatas dan gosok perlahan-lahan di bahagian dalam bra.

 

Triumph Find The One

2, Untuk keluarkan air, bukan perah seperti selalu kita buat tu. Anda hanya perlu genggam sebelah tangan anda macam penumbuk tu dan letakkan di bahagian dalam bra. Kemudian tangan lagi sebelah memerah dengan cara menekan-nekan bahagian luar cup bra perlahan-lahan.

Triumph Find The One

3. Gantungkan bra dengan penyangkut baju seperti gambar diatas. Supaya ia dapat dikeringkan dengan mudah tanpa merosakkan tekstur tali bra dan fabrik.

Triumph Find The One

Dari kiri Ruby, Nicole dan Elaine

Triumph Find The One

Bersedia untuk kemas luggage suami dan anak. Tidak dilupakan koleksi Triumph Ruby. Semangat beraya ON!Triumph Find The One

Pakaian Ruby semasa Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Pertama walaupun berjubah dan tidak memakai kebaya yang menampakkan susuk tubuh. Ruby masih kelihatan kemas bergaya bersama Triumph Shape Sensation dan Triumph Ligh Sensation. Ruby memakai Triumph Shape Sensation dan Triumph Ligh Sensation. Triumph Shape Sensation adalah girdle seluar yang panjang dari lutut hingga ke paras bawah dada. Material yang sangat selesa dan tidak bergulung jika memakai terlalu lama. Ketika ingin menyarungkan girdle ini, anda perlu berjoget-joget chicken dance agar ia dipakai kemas dan selesa. Hehehe. Dengan cuaca panas di Malaysia dan pada hari raya perlu beraya ke rumah saudara mara, fabrik pakaian dalam memainkan peranan juga tau! Untuk pilihan bra pula, Bra Triumph Ligh Sensation adalah yang terbaik kerana lipatan jahitan dan material fabrik yang berudara memberi keselesaan berpanjangan. Bra ini juga nipis dan ringan. Selesa setelah 12 jam memakainya! Dari jam 6 pagi selepas solat subuh, sembahyang raya, pergi ziarah kubur dan beraya. Jam 6 petang pulang ke rumah dan masih selesa. Mandi dan rehat. Hehehe.
Triumph Find The One Triumph Find The One

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin! Ayuh join Triumph Find The One untuk keyakinan berganda setiap hari.

TRIUMPH BOUTIQUE MID VALLEY
F-083 FIRST FLOOR MID VALLEY MEGAMALL MID VALLEY CITY
58000 KUALA LUMPUR
Mobile: 60322820410

Waktu Operasi :
Isnin – Ahad : 10 AM – 10 PM

www.triumph.com.my

www.facebook.com/triumphmalaysia

www.instagram.com/triumphmalaysia

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Triumph Find The One

    mira

    (December 27, 2015 - 5:17 pm)

    hye nice post akak.. kita pon first time beli bra jenama triumph klo x selalunya rembat giant je.. very worth beli jnama ni selesaa walopon harga mahal tp aset kita lagi mahal ..kan kann berbaloi2 ??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.