WOW Run 2015

      No Comments on WOW Run 2015

Meraikan para wanita di dunia ini bukan hanya dengan wang ringgit dan harta benda. Tetapi memberi mereka peluang untuk bersukan demi kesihatan dan kecergasan minda. Ramai dikalangan kita wanita sering menguruskan aktiviti harian sehingga terlupa untuk menjaga diri sendiri. Untuk tahun ke dua Nashata telah mengadakan WOW Run. Kali ini lebih meriah dan lebih seronok. Inilah masa anda untuk keluar dari rumah dan melakukan larian 5km bersama wanita lain. Masa yang sesuai untuk lapangkan fikiran dan berlari. Terus berlari dan berlari. Walau anda di garisan terakhir, anda akan tetap dapat fisnisher medal. Objektif larian ini adalah untuk anda, ya untuk anda yang bergelar wanita. Ruby pun tidak selalu berlari. Ruby juga tahu ruby takkan jadi top 20 atau pemenang larian. Tetapi dengan fisinher medal, ia adalah sumber semangat untuk terus bersukan. Jom kita meriahkan WOW Run 2015!

Pada 25hb Oktober 2015, wanita dari semua lapisan masyarakat akan berlari  bersama-sama , berzumba dan menyertai dialog kepimpanan wanita di Cyberjaya. Ianya dianjurkan dan ditaja bersama oleh Nashata, dan disokong oleh Gorgeous Geeks, Malaysian Women Marathon dan Women’s Aid Organisation.

6 Negara pada Hari Yang sama, Masa Yang Sama

Pada 25 Oktober, 07:00 pagi, pelari-pelari wanita dari enam negara akan berjalan dan berlari 5km bersama-sama. Acara ini bermula di Singapura pada 2014 apabila oleh Muzdalifah Anuar mendorong 1,000 pelari wanita bersama. Pada tahun ini, WOW RUN, berkembang ke lima negara yang merangkumi Malaysia, Indonesia, Filipina, Australia dan Amerika Syarikat. Apabila ia dimulakan pada 2014, matlamatnya adalah untuk menggalakkan kecergasan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pada tahun ini dengan ber tema #embracewomenhood, Muzdalifah menyebarkan gaya hidup aktif dengan di negara lain dengan semangat persaudaraan.  Tujuan pada tahun ini adalah untuk memberi motivasi kepada wanita untuk bersatu dan  menjalani gaya hidup yang aktif  dengan mempertingkatkan semangat persaudaraan sesama wanita tanpa sempadan.

Semua warna dan budaya disatukan oleh persaudaraan

Di Malaysia, larian akan dirasmikan oleh Datin Paduka Marina Mahathir. Marina adalah antara pemimpin wanita yang aktif menyuarakan hak-hak wanita dan aktiviti sosial di Malaysia. Menurut kajian  UK Medical Journal, separuh daripada wanita di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk, dan kajian lain pada  Obesity  Journal menyatakan tahap obesiti Malaysia adalah paling tinggi di kalangan orang dewasa yang berumur 40-59 tahun.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Eda Fuzi, pengarah WOW RUN di Malaysia, yang kini aktif menyertai maraton dan ultra-maraton untuk menjaga kesihatan, pernah mengalami obesiti. Beliau menggesa wanita untuk menjaga kesihatan kerana ianya adalah aktiviti sukan yang paling mudah dan murah. “Anda boleh berlari di mana-mana dan bila-bila masa selagi mempunyai pakaian dan kasut sukan yang bersesuaian,” kata Eda. “Berlari adalah untuk semua, dan oleh itu, kami membawa bersama  kumpulan  wanita untuk membawa mesej WOW RUN secara menyeluruh,” tambah beliau.

Untuk memeriahkan lagi acara WOW RUN, Aida Mohd, tenaga pengajar Zumba yang terkemuka akan mengetuai senaman tersebut selama30 minit. Beliau juga merupakan pembaca berita sambilan di Astro Awani. Pada beliau Zumba adalah menyeronokkan dan ia adalah baik untuk  kesihatan fizikal dan mental. Wanita-wanita yang menyertai WOW RUN boleh membina persaudaraan dan pengetahuan di WOW RUN.  Alecia Heng, Presiden Gorgeous Geek menampilkan ahli panel pemimpin wanita untuk berdialog mengenai kepimpinan dalam bidang masing-masing.

flyer

Antara ahli panel dan tuan rumah adalah Dato’ Yasmin Mahmood, Nadiah Tan Abdullah dan Karen Loh. Alecia berkata walaupun lebih 50 peratus daripada semua wanita mendapat ijazah universiti atau lebih tinggi, hanya 30% wanita di peringkat pengurusan kanan, seperta dilaporkan oleh ia telah dilaporkan oleh Monitor Ekonomi Malaysia November 2012. Pemimpin wanita yang ditampilkan akan berkongsi dengan peserta larian pengalaman mereka. Nashata adalah penaja utama untuk WOW RUN 2014 di Singapura dan tahun ini peserta larian akan menerima pakaian larian dan pingat yang direka khas oleh Nashata.

WOWRun2015-3

Kesemua aktiviti yang menarik ini akan diadakan di Multimedia Development Corporation (MDeC), di Cyberjaya. Penaja bersama untuk acara ini juga termasuk Good Virtues Co, Biogrow, Tamek, Cyberview dan MDeC.

Tentatif Program

Lokasi : Multimedia Development Corporation (MDeC), Cyberjaya

6:45 am : Warm Up
7:00 am : Flag Off by Datin Paduka Marina Mahathir
Social activist & gender equality advocate
7:45 am : Zumba by Aida Mohd
Zumba fitness instructor, part time newscaster at ASTRO AWANI
8:15 am : Women Empowerment Dialogue Session on Leadership
by Dato’ Yasmin Mahmood, CEO MDeC & Women Leader Panelist
9:00 am : Prize Giving
9:15 am : End

Yuran Penyertaan
– RM50 (Early Bird) ends 15th July 2015
– RM60 (Normal Registration) 16th July – 30th September 2015 

Anda akan dapat Nashata Running Top, Goodie Bag dan finisher medal di WOW Run 2015 Malaysia. Tshirt dan Goodie Bag akan di pos kepada anda pada 16 Oktober 2015.

WOWRun2015-4

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran sila lawati bitly.com/WOWRUN2015MY. Kadar pendaftaran adalah sebanyak RM50 untuk wanita korporat. Larian ini terbuka kepada perempuan  berumur  12 tahun ke atas. Tarikh tutup perdaftaran adalah pada 30 September 2015.

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.