Car Maintenance 101 di TOC Automotive College

      1 Comment on Car Maintenance 101 di TOC Automotive College

Ruby berkesempatan belajar Car Maintenance 101 di TOC Automotive College pada sabtu lepas. Kelas asas penyelenggaraan kereta ini mempunyai 4 skop pembelajaran yang Ruby tidak terfikir pun ia penting. Hahaha. Kebiasaanya Ruby hantar kereta ke bengkel je. Nampak je kilometer dah hampir limit, Ruby terus telefon bengkel untuk set jadual hantar ke bengkel. Senang kerja kan. Lepas tu kena cas melambung. Dah sedih kira duit. Hahaha.

Lokasi TOC Automotive College di Petaling Jaya menawarkan Diploma in Automotive Technology, Diploma in Motorsport Technology, Certificate in Automotive Technology, TOC Short Courses dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Ruby berkesempatan melawat kawasan sekitar TOC Automotive College yang menawarkan kelengkapan pembelajaran kepada pelajar.

Car Maintenance 101 di TOC Automotive College Car Maintenance 101 di TOC Automotive College Car Maintenance 101 di TOC Automotive College

Perpustakaan

Car Maintenance 101 di TOC Automotive College

Kelas Kuliah

Car Maintenance 101 di TOC Automotive College

Kantin

Car Maintenance 101 di TOC Automotive College Car Maintenance 101 di TOC Automotive College Car Maintenance 101 di TOC Automotive College

Bila bercerita tentang TOC Automotive College, mesti Ruby teringat Alex Yong. Sebab masa zaman Ruby belajar di universiti. Iklan TOC Automotive College mesti ada di dada akhbar dan bualan rakan-rakan sekuliah. Sebab Alex Yong kan pemandu F1. Minat sangat dengan dia. Hahahaha. Sekarang bila dah tahun 2015, dah ada anak. Takda la nak tahu perkembangan TOC Automotive College sehinggalah tawaran Car Maintenance 101 ini dimaklumkan kepada Ruby.

Pengalaman menyertai Car Maintenance 101 adalah peluang yang sangat berharga, Ruby dapat belajar empat perkara yang mempunyai sub kategori lain.

Praktikal 1 : Chassis System Inspection

Praktikal 2 : Engine Electrical Inspection And Repairs

Praktikal 3 : Body Electrical Inspection And Repairs

Praktikal 4 : Under Hood Maintenance Inspection

Sebelum memulakan keempat-empat praktikal Formula 1, En. Harun akan menerangkan Safety Briefing, Objektif kursus dan langkah keselamatan di dalam kawasan bengkel. Jam tangan, cincin dan lanyard perlu dibuka dan disimpan di tempat yang selamat. Apabila mengendalikan sebarang peralatan, sila pakai sarung tangan.

Car Maintenance 101 di TOC Automotive College Car Maintenance 101 di TOC Automotive College

Praktikal 1 : Chassis System Inspection oleh En. Jimson. Ia adalah praktikal tentang cara menukar tayar, anda tidak terus buka tayar kan? Anda perlu pastikan kereta di permukaan tanah yang rata, nyalakan lampu hazard, kemudian letakkan tanda amaran segitiga reflektif diantara jarak 15 meter dari kenderaan (jika anda perlu tukar di tepi jalan), kemudian ambil tayar ganti dan peralatan. Check keadaan tayar ganti, mana lah tau jika tiada angin juga. Kemudian anda perlu jack kereta, buka 4 biji nat tayar, keluarkan tayar pancit tu, kemudian gantikan tayar tersebut. Skru 4 biji nat tayar ikut alur nat. Kemudian turunkan jack kereta. Siap! Nampak mudah kan? Hahaha. Nampak mudah bila lelaki tukar, bila perempuan buat. Lambat sikit. Hehe.

Car Maintenance 101 di TOC Automotive College

Praktikal 2 : Engine Electrical Inspection And Repairs oleh En. Amin adalah praktikal berkenaan Alternator, Jumper dan Bateri. 3 perkara asas yang sering kita check bila kereta tidak boleh start. Hehehe. Ruby pernah ada pengalaman kereta tidak boleh start dan tiada isyarat berlampu dari combination meter yang dekat steering tu. Masa ni buka hood dan check bateri kereta, kuis-kuis skit dah boleh start kereta. Hahaha.

Car Maintenance 101 di TOC Automotive College

Jumper atau Jump Start kereta adalah sesuatu teknik bantuan untuk kereta boleh dihidupkan dengan bantuan sebuah lagi kereta yang memiliki bateri. Hahaha. Semua kereta ada bateri kan? Tetapi tidak semua kereta ada jumper cable yang di dalam bahasa melayunya adalah kabel pelompat. Jadi, sebaiknya dalam kereta anda wajib ada jumper cable. Nak minta bantuan orang sekeliling mudah le nanti kan?

Car Maintenance 101 di TOC Automotive College

Alternator adalah sebuah penjana elektrik yang menukarkan tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik dalam bentuk arus. Atas sebab-sebab kos dan memudahkan, alternator menggunakan medan magnet berputar dengan angker pegun. Definisi lain adalah Alternator adalah alternative current! Hahaha. Terangkan panjang lebar, tapi Ruby tahu Alternator adalah alternative current.

Car Maintenance 101 di TOC Automotive College

Praktikal 3 : Body Electrical Inspection And Repairs oleh En Harun dan En Zuhairi. Ia berkenaan lampu dan combination meter di bahagian hadapan steering kereta. Combination meter akan menunjukkan tanda seperti minyak engine, tali pinggang keledar pemandu, lokasi tangki minyak, Jika lampu terbakar atau anda perlu tukar lampu, anda boleh tukar bulb sendiri tanpa perlu mengupah mekanik. Malah trainer ajar bagaimana ingin buka bahagian tertentu lampu kenderaan.

Car Maintenance 101 di TOC Automotive College Car Maintenance 101 di TOC Automotive College Car Maintenance 101 di TOC Automotive College

Praktikal 4 : Under Hood Maintenance Inspection oleh En Ramesh. Bahagian ini Ruby paling suka bertanya berkenaan minyak dan bila waktu untuk tambah minyak atau servis. Kebiasaannya ruby akan tengok kilometer dan hantar servis tetapi bukan semua minyak ikut kilometer yang sama. Seperti minyak break, minyak engine dan coolan boleh di servis pada 40,000 km. Manakala minyak automatik / manual, dan air filter perlu di servis pada 20,000 km. Jadi, kita kena sentiasa peka dengan kereta kesayangan kita. Kan?

Car Maintenance 101 di TOC Automotive College Car Maintenance 101 di TOC Automotive College Car Maintenance 101 di TOC Automotive College Car Maintenance 101 di TOC Automotive College

Setelah selesai kesemua praktikal sesi soal jawab bersama trainer. Kemudian sesi pemberian sijil kepada semua peserta oleh En. Allan A. Cabiles, Training Director of TOC. Nampak mudah kan? Jadi itulah objektik Car Maintenance 101. Supaya anda boleh buat sendiri.

Car Maintenance 101 di TOC Automotive CollegeCar Maintenance 101 di TOC Automotive College Car Maintenance 101 di TOC Automotive College

Berminat ingin menyertai Car Maintenance 101 di TOC Automotive College? Yuran bernilai RM 250 dan anda akan menerima pembelajaran praktikal Formula 1, buku panduan, makanan dan Sijil Penyertaan dari TOC Automotive College. Kursus ini bermula jam 9 pagi hingga 1 tengahari dan rehat 30 minit selepas 2 sesi Formula 1. Anda akan dibahgikan kepada 4 kumpulan supaya dapat gilir-gilir belajar di setiap 4 praktikal Formula 1.

The Otomotif College Sdn. Bhd.(608073-W)

No.10, Jalan 19/1

46300 Petaling Jaya, Malaysia

Tel: +603 7960 8833

Fax: +603 7960 4355

E-mail: info[@]toc.edu.my

www.facebook.com/TOC.edu

www.instagram.com/tocmalaysia

1 comment on “Car Maintenance 101 di TOC Automotive College

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge