Dubai Essentials During Dubai Summer Surprises

Ruby ke Dubai pada 1 September 2015 hingga 5 September 2015. Masa ni adalah musim panas. 45 hari musim panas dan maka bermulalah Dubai Summer Surprises dari 23 Julai 2015 hingga 5 September 2015. Masa plan Dubai essentials during Dubai Summer Surprises, jenuh la fikir apa ingin dibawa. Ruby tanya-tanya dengan rakan-rakan yang pernah ke Dubai, buat google research dan tonton youtube berkenaan Dubai. Serius risau! Walaupun ia negara Islam dan cuaca lebih kurang Malaysia, tetapi kalau boleh tidak mahu percutian ini jadi tragedi. Hahaha. Mana taknya, nak kena pakai abaya berapa banyak? Betul ke cuaca macam Malaysia? Fesyen tudung setakat shawl yang biasa ruby pakai ok ke? Kemudian kasut apa nak pakai? Kasut sport ok tak? Bila tiba di Dubai… Jeng jeng jeng..

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, keluar je ambil bagasi dan mencari tour guide. Angin panas mula bertiup sepoi-sepoi di pipi. Adui hangat sungguh. Hangat, kering dan berdebu. Ahhh pakaian dah salah bawa dah ni. Cuaca panas kalau boleh nak pakai 1 helai baju dan seluar aje atau abaya jenis material kain cotton. Masalahnya Ruby bawa sehelai je Abaya. Selebihnya seluar dan tshirt. Bila pakai seluar dan tshirt pula sehari suntuk mana la tahan berlengas kan. Silap Ruby tidak bawa pakaian tambahan untuk sesi petang. Hurmm. By the way pengalaman mengajar kita. Hehehe.

Oleh kerana Ruby ke Dubai untuk melihat tempat menarik dan melakukan aktiviti seperti Ski, Skydiving, naik bot dan berjalan di dalam pusat membeli-belah. Jadi macam-macam juga ruby perlu bawa kehulu-hilir. Hahaha.

Top Dubai Essentials ketika melakukan aktiviti adalah seperti berikut :

  1. Duit Dirham banyak-banyak!
  2. Passport bag
  3. Sunblock
  4. Sunglasses
  5. Lip Balm
  6. Botol Air
  7. Kamera DSLR
  8. SJCAM
  9. Telefon Pintar
  10. Extra Memory Card
  11. Extra Battery
  12. Power Bank
  13. Kasut Sukan
  14. Pakaian selesa (rujuk musim yang sedang berlangsung di negara tersebut)
  15. Kipas

Dubai Essentials Wajib dibawa dari Malaysia :

  1. Duit Dirham banyak-banyak! Tukar siap-siap.
  2. Passport bag
  3. Laptop
  4. Diary / Note book
  5. Pen
  6. Makeup Bag
  7. Toiletries Bag
  8. Sunblock
  9. Sunglasses
  10. Lip Balm
  11. Botol Air
  12. Kamera DSLR
  13. SJCAM
  14. Telefon Pintar
  15. Extra Memory Card
  16. Extra Battery
  17. Power Bank
  18. Kasut Sukan
  19. Kasut Santai
  20. Pakaian selesa (rujuk musim yang sedang berlangsung di negara tersebut)
  21. Kipas
  22. Neck Pillow
  23. Makanan Segera (Maggie, Bubur Nasi)

Dubai-Essentials-1

Dubai Essentials

Cabaran nak berhias ketika travel di Dubai adalah penampilan diri dan mekap. Hentikanlah nak pakai mekap tu. Kahkahkahkah. Ruby bawa bag mekap lengkap tau. Hari pertama cuba, tertanggal semua mekap. Dalam hati fikir, mungkin kena tambah lagi foundation. Sekali haaaaa.

Dubai Essentials

Habis mekap kakak. Hahaha. Berpeluh sampai boleh perah tudung tu. Last sekali masuk washroom dan cuci mekap degan wipe tissue. Wakakakaka.

Dubai Essentials

 

Inilah hasilnya. Bare face! Memang dah tak fikir apa dah. Hanya nak enjoy semua tempat menarik di Dubai. Setiap saat tu amat bermakna!

www.visitdubai.com

www.facebook.com/visitdubai

www.instagram.com/mydubai

www.twitter.com/MyDubai

xoxo!

 

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Dubai Essentials During Dubai Summer Surprises

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.