Hamil Kali Ke-2 : 5 Weeks Pregnancy – Tanda-Tanda Hamil

Penulisan ini bukan untuk menunjuk-nunjuk atau ingin riak dengan kehamilan kali ke dua ini. Tetapi untuk berkogsi dengan pembaca. Agar mendoakan kesejahteraan Ruby dan bayi yang bakal lahir. Hamil Kali Ke-2 : 5 Weeks Pregnancy – Tanda-Tanda Hamil memang berlainan dengan anak pertama Ruby. Masa Adam dulu, ruby tahu ruby hamil ketika haid yang tidak datang selama sebulan. Jadi saja-saja check. Dah 6 minggu. Terlalu kecil, tetapi sebab teruja hamil pergi buat buku merah awal. Makanya banyak le pula temujanji dengan jururawat di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Hehehe.

Ruby pernah alami keguguran masa kandungan pertama, jadi bila dengan Adam ni. Ruby memang jaga baik-baik. Tapi Adam nak lahir awal pula. 32 minggu dah lahir. Alhamdulillah Adam sihat dan sempurna. Bayi yang lahir pramatang, ibu bapa mana yang tidak risau. Walau awal dia lahir, tapi dia sihat.  Semasa hamil ni lah kita kena jaga diri dan kandungan sebaiknya. Kita tak tau perancangan Allah s.w.t. Buatnya Adam lahir dan organ dalaman tidak sihat. Ruby tak tau camana nak lalui keadaan tu. Bersyukur dia sihat. Sekarang dah umur 1 tahun 10 bulan.

Ruby sebenarnya trauma lagi masa melahirkan Adam. Ruby pecah air ketuban awal, kemudian masuk wad di Hospital Selayang. Khamis check in, air ketuban makin banyak. Contraction dari fasa 30 minit, 15 minit dan akhirnya 1 minit semua ruby dah rasa. Allah je tahu betapa sakitnya. Tapi bukaan belum buka. Aduhhh. Ruby dah tak tahan sakit contraction dan sering pula doktor datang check bukaan. Jadi ruby berjalan dalam wad pada hari sabtu. Jam 10 malam darah menitik. Doktor check bukaan dah 4cm. Maka masuk dewan bersalin.

Ingatkan di dewan bersalin mudah lah nak bersalin. Tapi bisingnya jiran-jiran sampai ruby pun nak menjerit macam mereka. Hahaha. Nasib suami ajar istighfar dan selawat. Dia teman ruby 4 hari tu. Makan entah kemana, mandi pun tak. Sebab risau. Risiko baby lemas atau ibu ada masalah ke kan. Hurmmmmm. Nasib baik la suami ingat lagi teknik pernafasan masa kelas Antenatal. Bersalin normal juga akhirnya. Alhamdulillah.

Lihatlah, ibu bapa akan sampai bila-bila ingat saat melahirkan anak. Sampai trauma hah. Ruby siap rancang untuk jarakkan kehamilan dalam 4 tahun. Tapi Allah s.w.t lebih mengetahui. Ruby ada juga plan untuk hamil lagi, tapi tak pasti sama ada pada masa terdekat atau lagi 4 tahun. Serius ruby risau. Sebab ruby bekerja sebagai Blogger. Dateline banyak. Kerja banyak. Sebab ruby juga Freelance Digital Marketing. Kemudian dapat pula tawaran jadi Lecturer. Aduhhh. Rasanya kena lah beralah dengan mengutamakan kandungan. Sebab semua kerja tu ada jadual. Ia jadual yang padat. Mungkin Allah s.w.t nak Ruby lahirkan anak dulu beberapa orang dan lepas anak dah besar sikit boleh kejar balik impian. InsyaAllah. Sebab Allah s.w.t sebaik-baik perancang. Kan?

image

Lama juga ruby bermeditasi berkenaan hamil kali ke-2 ni. Ruby risau. Ruby takut. Ruby cemas. Hamil kali ini pula morning sickness teruk. Apa kerja pun tak boleh buat. Sedih betul. Ruby dah start Folic Acid hari ni. Hurmmm. Doakan ruby berjaya menempuhi mood swing dan malas berganda-ganda ni.

image

Pesan orang tua-tua jangan umumkan kehamilan jika belum cukup 3 bulan. Supaya tiada perkara buruk berlaku. Sebab kita tak tahu hati orang macam mana. Dengki dan khianat ke kan. Minta simpang malaikat. Semoga yang membaca penulisan ruby menerima dengan hati terbuka dan anggap ia perkongsian yang bermanfaat. Doakan yang terbaik ya. Sebab masa ruby tengok UPT test tu, serius Ruby tak jangka dan masa tu semua plan dalam kepala hancur berkecai. Bayangkanlah. Nasib baik suami ada tenangkan ruby. Orang kata itu memang normal bila ibu hamil kali ke dua stress. Sebab dia tak plan. Heh? Ini urusan Allah s.w.t lah. Ruby sentiasa guna protection apabula bersama. Pil perancang lagi. Tapi, macam Ruby cakaplah. Allah s.w.t maha mengetahui. Doakan semuanya selamat ya! Amin!

xoxo!

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge