Hamil Kali Ke-2 : 7 Weeks Pregnancy – Loya Dan Mengidam

Hamil Kali Ke-2 : 7 Weeks Pregnancy – Loya Dan Mengidam. Bab ni memang Ruby paling annoying. Serius tak tahan. Dia akan jadi simptom berangkai. Bila loya, badan tak larat, lepas tu malas, selera makan takda, tapi mengidam makanan pelik-pelik!

Dah 7 minggu dah hamil. Trimester pertama yang amat mencabar! Sob sob sob!

image

image

image

image

image

image

image

image

Lihatlah berapa banyak makanan ruby mengidam. Alhamdulillah semuanya ruby dapat makan apa yang ruby idamkan. Ruby balik kerumah mak di Damansara dan cakap teringin nak makan lauk tu lauk ni. Hehehe. Kemudian, mak masak kan. Hehehe. Sebabnya apa yang ruby mengidam ni bukannya boleh dapat dari restoran atau di tempat lain. Nak air tangan mak juga. Nak mak masak juga. Ruby ada cuba makan di kedai, tapi muntah balik. Huhu.

Ruby mengidam Gulai Lemak Nenas Ikan Masin Kurau, Asam Pedas Ikan Tenggiri, Nasi Impit Kuah Kacang, Sushi King, Kuih Bulan, Bihun Sup, Kari Ikan Tenggiri, Cekodok Bawang Kentang Ikan Bilis dan lain-lain. Hahaha. Orang kata Trimester Pertama ni memang hormon badan tengah berubah. Jadi bertabahlah nak mengharungi beberapa minggu yang sengsara. Letih layan muntah loya mual ni. Lagi letih bila selepas muntah jadi sakit badan. Pastu terbaring dan tidur. Huhuhuhu. Nasib baik suami memahami. Nasib baik mak memahami. Cuma nasib tak berapa baik bila adam nak melepek dekat ruby. Aduhhhhh memang tidak tidur la jawabnya. Mata berpinar-pinar je tengok kipas ceiling. Hahaha.

Doakan kehamilan kali ke-2 ini baik-baik ya. Amin!

xoxo!

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.