Hamil Kali Ke-2 : 6 Weeks Pregnancy – Scan Hamil

      1 Comment on Hamil Kali Ke-2 : 6 Weeks Pregnancy – Scan Hamil

Tak sabar nak pergi scan perut. Hamil Kali Ke-2 : 6 Weeks Pregnancy – Scan Hamil. Tapi, perasaan macam tak boleh terima hamil kali ke dua dalam masa terdekat. Dengan Adam yang banyak pula drama. Hurmmm. Bayangkan hamil kali kedua dengan anak sulong cranky tetiba. Kemudian kita pula loya, muntah-muntah, sakit kepala. Rasa nak terbaring je tau. Tapi mana boleh buat macam tu. Nanti Adam tak makan, tak mandi, rumah bersepah, toys sana sini dan cebisan biskut bersepah-sepah. Hurmmmm.

Ruby scan perut di Pusat Perubatan Naluri di Wangsa Maju. Sebab disini ada perkhidmatan scan perut sehingga jam 8.30 malam. Jadi, suami dan Adam boleh datang sekali. Tak terkocoh-kocoh dan tunggu lama macam di KKIA. Dah tak larat nak menunggu di KKIA. Tambahan suami bekerja, masa hamilkan Adam, banyak juga kali suami ambil half day, mc dan emergency leave. Jadi, taknak ganggu kerjaya dia. Kita pergi hospital swasta. Untuk scan aje! Hehehe.

Suami kalau tengok baby dalam perut melalui skrin doktor tu. Muka dah sebak, tak sangka la tu ada anak nombor 2. Hahahaha. Hurmm rezeki Allah s.w.t bagi. Alhamdulillah.

image

image

Comel je kan bila doktor tunjuk baby di skrin. Hurmmm. Terus perasaan rasa was-was nak hamil kali ke 2 dan perasaan masa depan gelap tu hilang. Terus nampak cahaya. InsyaAllah semuanya baik-baik. Ruby akan berusaha dengan lebih gigih untuk bahagiakam keluarga ruby. InsyaAllah.

Doakan yang baik-baik ya untuk kehamilan kali ke 2 ni ya. Amin!

xoxo!

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

1 comment on “Hamil Kali Ke-2 : 6 Weeks Pregnancy – Scan Hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge