Hotel Manzil Downtown Dubai, UAE

      3 Comments on Hotel Manzil Downtown Dubai, UAE

Ruby tiba di Dubai dan menginap di Hotel Manzil Downtown Dubai. Lokasi sangat berdekatan dengan Dubai Mall. Ruby ambil masa 20 minit untuk sampai ke Dubai Mall sebab sibuk ambil gambar. Hahahahaha. Melintas jalan bergambar, jalan sikit bergambar, nampak pokok kurma bergambar, nampak pokok palma berlampu pun bergambar. Hahahaha. Mana tak 20 minit kan? Di sini kalau anda malas nak berjalan, teksi banyak. Malah pengangkutan awam yang lain juga ada.

Manzil-Downtown-Dubai-20

Setibanya di hotel anda akan diberi minuman dan kurma. Jom lihat-lihat persekitaran hotel.

Manzil-Downtown-Dubai-35 Manzil-Downtown-Dubai-36 Manzil-Downtown-Dubai-40 Manzil-Downtown-Dubai-41 Manzil-Downtown-Dubai-39 Manzil-Downtown-Dubai-34

Untuk 5 hari, Ruby menginap di Deluxe Room yang bernilai RM 6000, Jika rajin tengok di Agoda, Booking atau laman sesawang hotel ini. Anda boleh dapat harga RM 3540 untuk 5 hari 4 malam! Jika satu malam sekitar RM 1,000. Harga juga boleh mencecah RM 700 untuk satu malam. Ruby dapat bilik nombor 210 di tingat 2, permandangan dari bilik tidak secantik rakan-rakan lain yang menginap di tingkat 6. Walau apa pun tidak mengapa, syukur dengan nikmat dan peluang Allah s.w.t berikan.

Jom Tengok Apa Ada Di Dalam Bilik 210 Ruby

Manzil-Downtown-Dubai-22 Manzil-Downtown-Dubai-23 Manzil-Downtown-Dubai-12 Manzil-Downtown-Dubai-5 Manzil-Downtown-Dubai-10 Manzil-Downtown-Dubai-9 Manzil-Downtown-Dubai-11 Manzil-Downtown-Dubai-19 Manzil-Downtown-Dubai-7 Manzil-Downtown-Dubai-4 Manzil-Downtown-Dubai-3 Manzil-Downtown-Dubai-2 Manzil-Downtown-Dubai-6 Manzil-Downtown-Dubai-8 Manzil-Downtown-Dubai-1Manzil-Downtown-Dubai-38 Manzil-Downtown-Dubai-37 Manzil-Downtown-Dubai-24Manzil-Downtown-Dubai-25

Bilik Ruby dilengkapi dengan plug yang sama dengan Malaysia. Kemudian ada IPTV, nampak tu siap greetings “Ahlan Rabiatul Adawiyah”. Bilik air yang cantik dan telus. Walaupun telus, jangan risau.. Mandian pancur pun ada. Hahahaha. Kemudian susun atur kabinet semua selesa. Tilam dan bantal empuk. Pengering rambut, mandian, bag dobi, alat jahitan, alat memakai kasut, selipar, seterika, papan seterika, dan air minuman turut disediakan.

Ada kenangan ketika tiba di hotel ini. Masa sampai di hotel, Ruby ada 30 minit untuk bersiap. Baru sampai lapangan terbang kemudian ke hotel dan terus letak bag dan terus keluar balik. Tak sempat solat, tapi tak mengapa nanti ruby Qada’ solat pada waktu malam nanti. Yang sempat untuk tukar baju je. Pakai abaya sarung terus takda nak seterika dulu. Hahaha. Fuhhhhh! Sepantas kilat keluar dari bilik dengan bag ternganga dan semua barang entah kemana. Main letak aje. Tetiba bila balik bilik pada waktu malam ada pula strawberry dalam bilik. Aduiii. Malunya bilik bersepah dengan baju sana sini. Nah buah strawberry untuk anda!

Manzil-Downtown-Dubai-17

Ruang Makan & Menu Sarapan Pagi

Manzil-Downtown-Dubai-44 Manzil-Downtown-Dubai-45 Manzil-Downtown-Dubai-48 Manzil-Downtown-Dubai-47 Manzil-Downtown-Dubai-46 Manzil-Downtown-Dubai-42 Manzil-Downtown-Dubai-43 Manzil-Downtown-Dubai-30 Manzil-Downtown-Dubai-31 Manzil-Downtown-Dubai-32 Manzil-Downtown-Dubai-28 Manzil-Downtown-Dubai-29 Manzil-Downtown-Dubai-27 Manzil-Downtown-Dubai-15 Manzil-Downtown-Dubai-14 Manzil-Downtown-Dubai-13Manzil-Downtown-Dubai-16

Selama 4 hari sarapan pagi Egg’s Manzil. Ruby suka dengan menu tu! Serius! Lepas tu order extra veal bacon. Veal Bacon adalah dari daging anak lembu. Ia halal! Hehehe.

Permandangan Di Luar Hotel Manzil Downtown Dubai

Manzil-Downtown-Dubai-26 Manzil-Downtown-Dubai-49

Persekitaran hotel ini sangat sesuai untuk pelancong seperti Ruby. Dekat dengan pusat membeli-belah, mudah untuk dapatkan teksi, ada swimming pool, makanan sedap, suasan dalam bilik selesa. Ruby sangat enjoy menginap di Manzil Downtown Dubai. InsyaAllah jika ke Dubai, hotel ini pilihan Ruby. Next time nak bilik yang ada permandangan Burj Khalifa dan ada veranda. Baru cantik gambar untuk photoshoot kannnn. Layanan staff di sini Alhamdulillah semuanya ok. Walaupun kekangan bahasa, kita senyum aje. Heehehe.

Alamat : Mohammed Bin Rashid Boulevard, Downtown Dubai, Downtown Dubai, Dubai, United Arab Emirates

No Tel : +971 4 428 5888

www.facebook.com/manzildowntowndubai

www.instagram.com/manzildowntown

www.vida-hotels.com

3 comments on “Hotel Manzil Downtown Dubai, UAE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge