Mudahnya Menyediakan Makanan Dengan THERMOS Food Jar

      6 Comments on Mudahnya Menyediakan Makanan Dengan THERMOS Food Jar

Sejak akhir-akhir ini mood memasak dah semakin Ruby cintai. Hahahaha. Mana taknya, bila Adam dan suami buat muka kelaparan pada waktu awal pagi dan malam. Ruby rasa sedih. Even masak lambat, riak muka mereka jadi sedih. Al maklumlah new mommy ni masih lagi tidak pandai mengatur masa. Teringat zaman mak Ruby dulu, jam 5 pagi bangun dan memasak. Ingat kan masak breakfast biasa-biasa. Tetapi bekal makanan untuk abah pergi kerja dan makanan Ruby adik-beradik ke sekolah. Nasi putih dan satu lauk pun jadi la kan? Bila Ruby dah bergelar isteri dan ibu, banyak juga Ruby ambil perkara mudah sebagai tanggungjawab. Sampaikan bekal makanan pun Ruby cerewet! Ruby risau kalau makanan dah sejuk bila waktu makan tengahari suami. Dah tak best masakan Ruby.

THERMOS adalah jenama yang tidak asing lagi bagi kita semua. Harga juga berpatutan dengan kualiti dan teknologi yang mereka perkenalkan. Sehingga ada yang menjadikan THERMOS adalah koleksi. Dari botol untuk bayi, botol sejuk, botol panas dan bekas makanan. Semuanya THERMOS ada, kerana ia keperluan setiap individu. Satu rumah pasti ada THERMOS kan? Hehehehe.

Ruby ada dua THERMOS Food Jar, satu untuk suami, satu untuk Adam. Untuk suami adalah THERMOS Vacuum Insulated 10 oz Food Jar dan mempunyai dua kali ganda penebat dinding vakum untuk pengekalan suhu maksimum , panas atau sejuk. Bahan keluli tahan karat yang tahan lama dalaman dan luaran. Tidak licin dan tahan calar. Sejuk apabila disentuh di luar bekas walaupun makanan panas di dalam. Penutup direka secara ergonomik. Ringan, padat dan mudah alih. Sesuai untuk dibawa kemana aja! Spesifikasi Kapasiti: 10 oz, ukuran : 3.7 ” lebar x 5.8 ” tinggi. Jika makanan panas di bekalkan di dalam THERMOS Food Jar ini, ia boleh kekal panas selama 5 jam! Kebiasaanya Ruby siap masak sekitar jam 8 pagi dan terus masukkan makanan ke dalam THERMOS Food Jar. Andai kata masak sup daging dan kentang masih belum empuk, THERMOS Food Jar mempunyai teknologi slow cook. Jam 12.30 tengahari suami akan makan tengahari dan makanan masih panas.

Thermos Food Jar
Thermos Food Jar
Thermos Food Jar

Jika nak masukkan pengat sejuk pun boleh ke dalam THERMOS Food Jar, ia akan bertahan sejuk selama 7 jam! Bagus kan?

Jom saksikan video penyediaan bubur untuk suami.

Adam pula Ruby pun masak awal bubur dia. Masak semasa siapkan bekalan makanan suami. Lepas masak terus masuk dalam THERMOS Blue Foogo® Vacuum Insulated 7 oz Food Jar. Bekas ini sangat cantik dan sesuai untuk baby seperti Adam. 7 oz tu banyak juga kan. Jadi bila-bila Adam nak makan, bubur dah siap! Hehehe. THERMOS Blue Foogo® Vacuum Insulated 7 oz Food Jar mempunyai dua kali ganda penebat dinding vakum untuk pengekalan suhu maksimum, panas atau sejuk. Bahagian dalam dan luar adalah keluli tahan karat. Penutup bekas ini direka secara ergonomik. Ia juga Bebas BPA dan boleh dicuci menggunakan pencuci pinggan biasa kita guna dirumah. Bekas ini sejuk disentuh dibahagian luar walaupun makanan panas di dalam. Spesifikasi kapasiti: 7 oz Ukuran : 2.9″ Lebar x 7.4″ Tinggi. 4 jam kekal panas dan 6 jam kekal sejuk.

THERMOS-Food-Jar-Recipe-3
THERMOS-Food-Jar-Recipe-4

Jom saksikan video penyediaan bubur untuk Adam.

Walaupun anak baru seorang, tetapi kelam kabutnya kehidupan Ruby dah macam ada anak lebih dari seorang. Ruby masih lagi belajar untuk pandai bahagikan masa. Kadang-kadang masa tidur pun tidak cukup. Kebiasaannya rutin kehidupan Ruby sebagai penulis blog, ibu dan isteri memang sibuk sangat. Ada kalanya sewaktu lipat kain pun Ruby menangis, kenapa Adam tak tidur lagi!! Sedang mop lantai, kenapa Adam bangun awal!!! Hahaha. Bukannya apa, jika dia masih belum tidur ada bangun awal, secara automatik rutin sebagai penulis blog, isteri dan suri rumah tangga terus skip. Fokus terus dekat Adam sahaja. Sebab tu Ruby berterima kasih sangat bila ada THERMOS Fuugoo tu, masak awal dan bimbang anak tak makan dan Adam menyibuk di dapur juga dah tiada. Sebab kalau Adam masuk dapur, memang lambat la masak akan siap. Nak dukung dia lagi. Dapur dah le sempit, nanti kesian Adam terjatuh langgar kerusi la, capai barang elektrik la. Huiishhh bahaya!

Resepi untuk bayi dan kanak-kanak usia macam Adam mestilah bubur. Aneka bubur semua Adam makan. Tapi Adam suka bubur lambuk stail Ruby masak. Nak tahu macam mana? Saksikan video ini.

Untuk suami, dia suka makanan yang tidak terlalu berat sebab nanti dia mengantuk di pejabat selepas makan tengahari. Nasi dan satu lauk berkuah pun dah cukup. Seperti Sup Kambing ini. Jom saksikan Sup Kambing special dari air tangan Ruby. Hehehe.

Rasa-rasa Ruby boleh jadi chef tak? Hehehe. Memasak ini kena rajin, jika nak asah bakat dan skill.

www.facebook.com/pages/Thermos-Malaysia

www.instagram.com/thermos_malaysia

www.thermos.com.my

6 comments on “Mudahnya Menyediakan Makanan Dengan THERMOS Food Jar

  1. sweetika

    Salam..kak Ruby, kalau kita letak bubur baby dalam ni, boleh tahan berapa lama ye?
    Kalau masak malam, boleh tahan sampai esoknya ke.Sebab bubur nasi cepat rosak kan.

    Reply
    1. Ruby Post author

      Waalaikumsalam, masak awal pagi supaya baby boleh makan breakfast dan lunch. Bubur nasi bayi bergantung kepada selera bayi. Jika dia tidak minat bubur ada ayam dan sayuran. Start bubur kosong. Ia akan tahan lama dari bubur yang dicampur dengan bahan lain. Cuba dulu. Sebab thermos food jar jenis THERMOS Blue Foogo® Vacuum boleh tahan panas sehingga 4 jam sahaja. 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge