OPPO Bekerjasama Dengan Ayda Jebat Di Dalam Muzik Video Siapa Diriku

Kemunculan telefon pintar OPPO dalam muzik video pertama Ayda Jebat di YouTube, Siapa Diriku, telah mendapat sambutan hangat daripada peminat-peminat baru-baru ini. Pembekal perkhidmatan elektronik dan teknologi terkemuka di dunia telah mengumumkan kerjasama rasmi dengan artis berbakat untuk muzik video pertama beliau. Lagu ini telah dipopularkan apabila ia dijadikan salah sebuah lagu asal daripada drama terhangat, M.A.I.D.,yang telah disiarkan di Astro Ria.

Ayda memulakan kerjayanya sebagai seorang selebriti semasa menyertai rancangan reality terkemuka, Akademi Fantasia Musim ke-9. Kemunculan beliau dalam drama Love You 200% (2014) dan M.A.I.D. (2015) bersama dengan artis terkenal Zul Ariffin, telah mencipta peluang sebagai artis yang semakin meningkat di Malaysia.

Visual Ayda Jebat Dengan R7 Plus di dalam Muzik Video Siapa Diriku

 

Personaliti Ayda yang positif, ceria dan comel telah membawa sambutan daripada peminat-peminat yang kuat dan berdedikasi dalam tempoh masa yang singkat.

OPPO Electronics meneruskan usaha mereka dalam menyokong bakat dalam pelbagai bidang, dan sentiasa berusaha untuk mencari bakat baru yang boleh mewakili golongan muda yang dinamik dan inovatif. Syarikat OPPO berharap bahawa mereka dapat menyaksikan kerjasama “Sejak penubuhan kami, OPPO telah berikrar untuk menonjol dalam bidang elektronik. Dengan misi untuk menyinar di dalam industri yang sangat kompetitif ini, kami akan berusaha untuk meneroka setiap peluang yang diberikan. Oleh itu, kami melihat kerjasama dengan Ayda sebagai sokongan motivasi bersama dalam menggalakkan lebih ramai bakat dalam penerimaan cabaran, dan berharap untuk menyemai darah baru melalui kerjasama ini,” kata William.

Di samping itu, Ayda Jebat juga telah muncul dalam Buletin Utama TV3 pada Khamis, 17 September 2015, untuk kongsi pengalamannya dengan siri terbaru OPPO, termasuk R7 Plus, R7 dan R7 Lite. Kerjasama dengan OPPO Electronics akan mengukuhkan kedudukan jenama OPPO di kalangan pengguna melayu.

OPPO Bekerjasama Dengan Ayda Jebat Di Dalam Muzik Video Siapa Diriku

Dalam beberapa tahun ini, OPPO telah mencapai populariti dunia melalui kerjasama dengan jenama antarabangsa. Ini termasuk kerjasama terbaru dengan FC Barcelona dan America’s Next Top Model. Pada tahun 2015, syarikat ini telah menjejakkan jenama mereka di lebih daripada 20 negara. Usaha OPPO dalam mencari kejayaan dalam pasaran Malaysia telah membuahkan hasil dengan pelancaran terbaru siri R7. Dengan Ayda sebagai penambahan portfolio, syarikat ini akan membawa perkembangan pasaran di Malaysia.

www.oppo.com/my

www.facebook.com/malaysiaoppo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.