Peraduan Mary Kay Dream Beautiful 2015

      1 Comment on Peraduan Mary Kay Dream Beautiful 2015

Produk Mary Kay adalah jenama yang tidak asing lagi di Malaysia. Dari penjagaan wajah hingga ke kosmetik, pasti semua wanita akan tahu produk best seller ini. Rata-rata jurumekap profesional juga menggemari produk ini. Jadi, jika anda pengguna tegar produk kecantikan Mary Kay, jom sertai Peraduan Mary Kay Dream Beautiful sekarang! Penyertaan layak dari 9 negara Asia Pasifik, ia termasuk Australia, China, Hong Kong, Korea, Malaysia, New Zealand, Philippines, Singapore dan Taiwan. Persaingan sangat sengit! Tetapi jika rezeki anda? Pasti anda juga berpeluang menjadi seperti pemenang Mary Kay Dream Beautiful 2014 iaitu Cik Shu Yu Wei.

Peraduan Mary Kay Dream Beautiful 2015

Pemenang Utama akan bergelar New Face of Beauty in Mary Kay Asia Pacific, malah sepanjang acara di Hong Kong anda akan berpeluang belajar catwalk, makeup, fashion dan styling. Kemudian dapat sesi photoshoot bersama jurufoto terkena. Best kan? Sepanjang peraduan ini anda akan diadili oleh jurI di Malaysia. Manakala di Hong Kong nanti, juri antarabangsa akan mengadili anda. Top 3 winner akan mendapat 6 hari 5 malam trip ke Hong Kong untuk Asia Pacific Finale pada 19 Februari 2015 – 24 Februari 2015. Hebat kan?

Peraduan Mary Kay Dream Beautiful 2015

Mary-Kay-Dream-Beautiful-Contest

 

Peraduan bermula dari 7 September 2015 hingga 22 November 2015. Ini adalah tempoh untuk anda menghantar hasil karya solekan anda ke laman sesawang www.mkdreambeautiful.com.my dengan memilih ENTER NOW.

Cara menyertai adalah mudah kerana anda hanya perlu mencari Mary Kay Independent Beauty Consultant dan dapatkan solekan dari mereka.

Kemudian anda perlu ambil gambar wajah anda sebelum dan selepas solekan semasa sesi solekan bersama Mary Kay Independent Beauty Consultant. Anda juga perlu mengisi borang secara online dan pastikan anda mendapat Participant Consent Form dan kongsikan personal informasi bersama Mary Kay Independent Beauty Consultant agar dapat melayakkan diri anda untuk submit penyertaan.

Mary-Kay-Dream-Beautiful-1

Produk Mary Kay yang paling Ruby suka adalah MARY KAY® MINERAL CHEEK COLOUR DUO sebab warna di yang pekat dan penggunaan pula sedikit. Banyak penjimatan ruby boleh dapat apabila menggunakan pemerah pipi ini. Hehehe. Mary Kay® Mineral Cheek Colour Duo palette mengandungi matte blush dan pearlized highlighting shade dan ia mempunyai dua warna menarik. Iaitu Juicy Guava dan Ripe Watermelon. Ruby guna Ripe Watermelon. Cara gunakan senang sahaja. Sapukan berus keatas MARY KAY® MINERAL CHEEK COLOUR DUO warna merah itu sekali lalu dan terus sapukan di pipi anda. Kemaskan agar ia nampak manis. Jangan risau jika warnanya masih pekat, kerana dengan meratakan dengan berus blusher semuanya akan nampak natural seperti yang anda inginkan.

www.mkdreambeautiful.com.my

Facebook: Mary Kay Malaysia

Instagram: @marykaymysg | @MKDreamBeautiful

#MKDreamBeautiful | #MaryKay

Good luck!

xoxo

1 comment on “Peraduan Mary Kay Dream Beautiful 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge