Periuk dan Kuali Goreng Tefal Comfort Max

      1 Ulasan pada Periuk dan Kuali Goreng Tefal Comfort Max

Isteri mana yang tidak seronok bila dapat Periuk dan Kuali Goreng Tefal Comfort Max. Jenama Tefal pula tu. Boleh peluk periuk dan kuali siap bawa tidur sebab terlalu seronok. Kita semua sedia maklum teknologi yang digunakan Tefal adalah berbeza dengan jenama lain. Tetapi uniknya Tefal adalah rekaan yang ergonomik. praktikal digunakan bila-bila masa, keluli tahan karat dan pemegang yang selesa tidak panas.

Sesiapa sahaja boleh memasak dan menggunakannya. Kalau ahli keluarga datang kerumah dan ingin memasak. Ruby berbesar hati mereka menggunakan periuk dan kuali Tefal. Supaya mereka juga selesa memasak sama seperti Ruby. Hehehe.

Tefal-Nasi-Ayam-Hainan-16 Tefal-Nasi-Ayam-Hainan-17

Cantik tak periuk dan kuali baru Ruby ni? Hehehe. Jadi berkobar-kobar nak masak makanan istimewa bila ada set memasak macam ni. Hehehe. Memasak merangsang kreativiti anda di dapur. Sebagai ibu, ruby dah semakin kreatif nak masak menu berlainan setiap hari. Rasa nak berikan yang terbaik kepada suami dan anak. Ada kalanya kami masak bersama. Tefal sesuai untuk anda yang baru belajar masak, contohnya masak kari ayam? kari telur? Mereka yang dah profesional juga menggunakan Tefal. Yang memiliki restoran juga menggunakan Tefal, Jadi apa salahnya suri rumah tangga menggunakan Tefal. Keluli tahan karat juga penebat terbaik untuk kepanasan yang melampau.

Tefal-Nasi-Ayam-Hainan-2

Ruby pernah ada pengalaman membeli periuk dan kuali di pasar malam, sebab nak cari yang murah. Ia tidak tahan panas, pernah merebus sampai kering teruk air hanya berapa jam sahaja. Rosak sup daging. Kemudian kuali yang mudah terbakar pun ruby pernah guna. Nasib baik tidak terbakar rumah. Bahaya jika anak-anak kita pula gunakan untuk menggoreng. Baru tinggalkan sekejap dah terbakar. Ruby trauma melihat api sehingga hari ini. Tapi Alhamdulillah tidak trauma untuk memasak. Kita akan lebih berhati-hati. Hehehe.

Harga rangkaian Tefal Comfort Max bermula dari RM99.90 hingga RM169.

www.facebook.com/mytefal

www.tefal.com

 

1 comment on “Periuk dan Kuali Goreng Tefal Comfort Max

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge