Shopping Barang Keperluan Bayi di Tesco Baby Fair

Pada hari sabtu lepas, Ruby ke Tesco Mutiara Damansara sebab nak beli bahan-bahan keperluan barbecue bersama saudara mara. Daging Qurban juga banyak, jadi apa salahnya buat family gathering. Hehehe. Pergi Tesco memang tidak sah kalau tidak ambil katalog jualan, mana lah tau kot ada jualan murah. Ruby pun kena restock barang dapur, pampers dan susu Adam. Adam minum susu formula pada waktu siang, Ruby lebih suka Adam minum susu dari minum produk malt chocolate sebab nanti najis dia keras. Hahaha.

Belek punya belek katalog Tesco, ada Tesco Baby Fair sedang berlangsung lah! 24 September 2015 hingga 7 Oktober 2015. Manakala untuk produk susu formula, jualan Lebih Jimat untuk si Comel bermula 23 September 2015 hingga 21 Oktober 2015. Boleh dapatkan katalog untuk dapatkan kupon jualan istimewa di Kaunter Pekhidmatan Pelanggan.

Tesco Baby Fair Tesco Baby FairTesco Baby Fair

Susu formula di sini banyak pilihan. Tinggal anda untuk baca dan pilih yang terbaik untuk si manja. Ada promosi siap dengan bekas simpanan susu, ada yang bagi potongan harga RM 10 dengan pembelian kedua. Uishhh banyak jimat tu. Ruby ambil untuk Adam Dugro 3, RM 26.99. Harga asal RM 32.20. Jimat!

Tesco Baby Fair Tesco Baby FairTesco Baby FairKemudian pampers ruby ambil Drypers Wee Wee Dry saiz L. Ada 176 keping sekotak. Bermaksud 4 pek. RM 79.99 sahaja dan lebih murah berbanding pek jumbo biasa! Jimat giler!!!Tesco Baby Fair Tesco Baby Fair

Banyak ha barang keperluan untuk barbecue dan campur pula dengan susu dan pampers Adam. Meriah shopping. Hahaha.Tesco Baby Fair

Ruby kalau ke Tesco memang akan datang pada hari minggu sabtu atau ahad. Di Tesco parking mudah dan pada hari minggu lebih banyak promosi jualan murah. Kadang-kadang ada persembahan istimewa dan penampilan selebriti. Pada hari minggu begini, peluang untuk mencuba makanan dan minuman juga banyak. Sebagai ibu bapa, ruby lebih gemar cuba dahulu. Kemudian baru buat keputusan nak beli ke tidak. Yang menariknya adalah kalau ke Tesco, datang bersama suami dan anak. Jadi kami bertiga boleh rasa makanan dan minuman tersebut. Bila dah rasa sedap, beli borong terus. Hahaha. Contohnya minuman yogurt dan carrot noodle.

Jika tidak berkesempatan ke Tesco, anda boleh membeli secara dalam talian di laman sesawang seperti berikut. Mudah kan? Jadi anda tidak ketinggalan untuk membeli barangan di Tesco semasa jualan murah dan Tesco Baby Fair.

www.tesco.com.my

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Shopping Barang Keperluan Bayi di Tesco Baby Fair

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.