Tefal Comfort Max Nasi Ayam Hainan

      2 Comments on Tefal Comfort Max Nasi Ayam Hainan

Ruby masak gunakan Tefal Comfort Max Nasi Ayam Hainan! Sejak akhir-akhir ni memang kerap juga la Ruby google masakan enak. Hahahaha. Jadi seronok memasak bila ada yang sudi makan dan komen masakan Ruby walaupun tak sesedap masakan mak ruby, mak mertua mahupun restoran. Tetapi berjaya pikat perut suami. Masa plan nak masak Nasi Ayam Hainan ni, Ruby sedang sakit-sakit badan sebab penangan makan lemang dan daging Qurban. Takda selera nak makan, tapi perlu makan sebab untuk kesihatan diri. Hehehe. Jadi, bila dah dapat resepi nasi ayam hainan. Tulis dalam kertas bahan-bahan yang tiada lagi. Alhamdulillah banyak bahan yang memang dah ada di rumah.

Suami cuma kena beli Ayam bulat, cili merah, bawang putih, halia, salad dan daun ketumbar. Ini adalah kali pertama suami beli ayam bulat. Punyalah risau dia. Hahahaha. Ruby cakap ayam bulat tu bahagian dalam dah memang bersih tau. Beli yang jenis tu. Kemudian dia telefon, “ayam bulat tu ambil ayam biasa dan suruh tukang potong tu bersihkan ke?” Hehehe. “Abang ambil ayam yang dalam plastik yang dah siap potong kepala dan kaki tu lagi senang”. Lepas tu baru dia lega. Hahahaha. Dia rasa macam menyusahkan tukang potong ayam bila kena buangkan isi perut ayam tu.

Tefal-Nasi-Ayam-Hainan-18 Tefal-Nasi-Ayam-Hainan-19Tefal-Nasi-Ayam-Hainan-1 Tefal-Nasi-Ayam-Hainan-9

Bahan A (Ayam)

  • 1 Ekor Ayam Bulat
  • 3 Biji Bawang Putih (ditumbuk halus guna lesung batu)
  • 4 Inch Halia (dititik)
  • 1 Kiub Pati Ayam (Ruby guna jenama Maggie)
  • 1 Sudu Teh Minyak Bijan
  • Garam Secukup Rasa
  • Air 2 Liter

Cara masak, masukkan kesemua bahan dan biarkan mendidih. Senang kan?

Bahan B (Nasi Ayam)

  • 3 Biji Bawang Putih (ditumbuk halus guna lesung batu)
  • 1 Inch Halia (ditumbuk halus guna lesung batu)
  • 3 Cawan Beras
  • 3 Cawan Air Rebusan Ayam
  • 1/2 Sudu Teh Minyak Bijan
  • Garam Secukup Rasa (Ruby bubuh 1 sudu teh)

Tefal-Nasi-Ayam-Hainan-3 Tefal-Nasi-Ayam-Hainan-4 Tefal-Nasi-Ayam-Hainan-6Tefal-Nasi-Ayam-Hainan-7

Cara masak, masukkan kesemua bahan ke dalam periuk nasi. Senang kan?

Bahan C (Sos Lada)

  • 1 Biji Capsicum (blender)
  • 2 Biji Cili Merah (blender)
  • 4 Biji Bawang Putih (blender)
  • 1 Inch Halia (blender)
  • 1 Biji Limau Nipis
  • 2 Senduk Air Rebusan Ayam (hahaha patutnya guna sudu, tapi guna senduk sup tu. nasib baik sedap!)
  • 1 Sudu Teh Garam
  • 1 Sudu Besar Gula
  • 1 Sudu Teh Cuka Makan
  • 1 Sudu Besar Minyak Masak

Tefal-Nasi-Ayam-Hainan-2Tefal-Nasi-Ayam-Hainan-11

Cara masak, masukkan minyak, masukkan bahan blender, garam, gula, jus limau, cuka, air rebusan ayam dan masak di atas Tefal Comfort Max frypans. Masak sehingga pecah minyak.

Bahan D (Sos Kicap)

  • 1 Sudu Teh Minyak Bijan
  • 5 Sudu Besar Kicap Soya (Ruby guna jenama Camel)
  • 1 1/2 Sudu Besar Gula
  • 3 Senduk Air Rebusan Ayam

Tefal-Nasi-Ayam-Hainan-10

Cara buat, masukkan kesemua bahan dan kacau sehingga rata. Sehingga semua adunan bersatu. Hehehe.

Kemudian hidangkan bersama daun salad, daun ketumbar, timun dan tomato. Sup pula dari air rebusan ayam. Sedap! Serius Sedap! Kalau nak goreng ayam pun boleh. Tapi kami nak makanan sihat untuk hari ini. Hehehe.

Tefal-Nasi-Ayam-Hainan-5 Tefal-Nasi-Ayam-Hainan-15 Tefal-Nasi-Ayam-Hainan-14

Mudahkan? Ruby gunakan Tefal Comfort Max stainless steel cookware untuk merebus ayam dan Tefal Comfort Max frypans untuk masak sos lada. Sangat sesuai digunakan untuk memasak seisi keluarga! Harga rangkaian Tefal Comfort Max bermula dari RM99.90 hingga RM169.

www.facebook.com/mytefal

www.tefal.com

2 comments on “Tefal Comfort Max Nasi Ayam Hainan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge