Temui LEGO NINJAGO di The Curve

      1 Comment on Temui LEGO NINJAGO di The Curve

Jom temui LEGO Ninjago di The Curve. LEGO memang jenama tidak asing lagi kan? Banyak koleksi LEGO ruby miliki. Cuma sejak ada baby Adam, Ruby dah pandai cari LEGO yang sesuai untuk dia. Masa kecil dulu, doktor letak lego warna biru di hadapan Adam supaya Adam merangkak ke arah lego tu. Hehehe. Ruby pun beli LEGO Duplo untuk Adam. Memang dia suka sampai ke hari ini. Bila Adam usia 2 tahun, dia dah pandai main LEGO sama-sama dengan Ayah. Buat masa ni kegemaran mereka adalah LEGO Ninjago.

Teringat masa Ruby kecil dulu, kalau main LEGO mesti bina rumah, pistol, senapang, bangunan tinggi warna warni dan kemudian buka balik dan bina sesuatu yang baru. Tapi takda la LEGO Ninjago. Dulu kalau nak jadi Ninja, Ruby ambil kain batik emak dan ikat separuh muka. Kemudian terbalik kan kain tersebut. Kemas kan bahagian mata tu dan bersiap sedia untuk jadi ninja! Hahaha. Atau guna tshirt je. Hahaha. Zaman sekarang nak jadi ninja ada costume store, tapi sampai bila nak menyewa. Lebih baik main LEGO Ninjago. Boleh bina bersama-sama semua karakter LEGO Ninjago.

Jom lihat apa berlaku bila kami sekeluarga membina Airjitzu Kai Flyer, Airjitzu Morro Flyer dan Attack of the Morro Dragon. Semua ni ambil masa 3 jam untuk bina. Hahahaha!

LEGO-NINJAGO-6 LEGO-NINJAGO-7 LEGO-NINJAGO-3 LEGO-NINJAGO-5 LEGO-NINJAGO-9 LEGO-NINJAGO-8 LEGO-NINJAGO-1 LEGO-NINJAGO-2

Ruby tahu watak LEGO Ninjago ada empat pahlawan dan mereka ninja yang hidup dalam dunia naga dan menggunakan senjata mistik. Diperkenalkan pada tahun 2011 sebagai satu siri TV, LEGO Ninjago memounyai 4 Ninja – Kai, Cole, Jay dan Zane yang dilatih oleh tuan mereka Sensei Wu, mereka berjuang menentang kejahatan untuk melindungi tanah NinjagoTM, rumah kepada bandar-bandar moden dan kampung-kampung kuno dari cengkaman kejahatan Morro kerana ia makhluk dahsyat untuk memusnahkan Ninjago.

  1. Kai – Master of Fire
  2. Cole – Master of Earth
  3. Jay – Master of Lightning
  4. Zane – Master of Ice
  5. Morro – Master Of Wind (Musuh)

Bila dah tahu kesemua karakter LEGO Ninjago, pastinya anda dan anak anda teruja untuk berjumpa dengan LEGO Ninjago kan? Apa kata anda berkunjung ke The Curve Concourse, Mutiara Damansara bermula dari 16 September 2015 hingga 27 September 2015! Ya iya sudah bermula! Banyak aktiviti disediakan. Anda boleh bergambar dengan karakter LEGO Ninjago, main permainan LEGO Ninjago dan macam-macam lagi!

Lego Ninjago The Curve 2 Lego Ninjago The Curve Lego Ninjago The Curve Event Temple_Still_FINAL

Selain itu, anda boleh sertai peraduan Instagram LEGO MALAYSIA. Hadiah berupa set LEGO NINJAGO bernilai RM 600. Tiga pemenang bertuah akan dipilih. Hanya upload gambar anak anda dan tunjukkan aksi ninja kegemaran di Instagram!

Masukkan kapsyen “I want to win a #LegoNinjagoMY gift hamper from LEGO Malaysia. Here’s my #MoveLikeANinjago!” Good Luck!

Tempoh peraduan: 16 September 2015 hingga 27 September 2015 11:59PM.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom temui karakter LEGO NINJAGO di The Curve Concourse, Mutiara Damansara sekarang!

xoxo!

1 comment on “Temui LEGO NINJAGO di The Curve

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.