Uniknya Dubai

Dubai adalah salah satu negeri Emiriyah Arab Bersatu (United Arab Emirates). United Arab Emirates (UAE) terdiri dari 7 buah negara iaitu Abu Dhabi (Ibu negara), Ajman, Dubai, Fujairah, Ras al-Khaimah, Sharjah dan Umm al-Quwain. Agama rasmi adalah agama Islam. Tetapi berlainan Mazhab. Walaupun berlainan mazhab, kita saling menghormati. Yang menguatkan kita sebagai saudara Islam adalah cara berpakaian kita. Ruby ada membuat eksperimen semasa di Dubai dengan memakai beberapa pakaian berbeza. Apa yang ruby rasa apabila kita berpakaian seperti di Malaysia dan berpakaian menutup aurat keseluruhannya. Ia suatu pengalaman yang amat berbeza.

Islam In Different Country Islam In Different Country

Dubai adalah satu negeri yang pada pandangan ruby penduduknya lebih bersikap terbuka dengan cara berpakaian dan mempunyai pelbagai budaya. Lebih kurang dengan Malaysia. Di Dubai anda boleh pakai apa sahaja pakaian. Ikut keselesaan masing-masing, tetapi jika anda seorang Islam. Pastinya anda ingin berpakaian menutup aurat. Selama Ruby berjalan di pusat membeli-belah, ruby seronok melihat pasangan keluarga arab berpakaian jubah hitam bagi wanita dan berjubah putih bagi lelaki sambil menolak stroller anak kecil. Anda dapat merasai keharmonian hubungan apabila berada di sana.

Emirati National Cloth

Gambar contoh pakaian Emirati. Gambar ini ketika Zayed University menyambut kemerdekaan UAE yang ke 40. Dilaksanakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.

Lelaki UAE memakai jubah putih yang digelar sebagai Dishdash / Kanduras / Dish-dasha / Gandurah / Gandoora / Tawb / Taub dan bersama tudung yang digelar sebagai Keffiyeh. Bagi memberi kekemasan pemakaian Keffiyeh, Aghals bewarna hitam seperti bulatan paip diperlukan untuk dipakai di atas kepala agar nampak kemas dan tidak berterbangan kain tersebut. Manakala bagi wanita pula akan mengenakan Abaya, Hijab dan Niqab.

Pembangunan Dubai sangat efisyen dan pantas. Banyak bangunan tinggi, pengangkutan awam dan lambakan pusat membeli-belah! Di dalam pusat membeli belah pasti ada aktiviti rekreasi bersama ahli keluarga. Sebagai contoh di Mirdiff City Center ada iFly Dubai, Mall of the Emirates ada Ski Dubai, Dubai Mall ada Ice Rink Dubai, A380 Experience, Dubai Aquarium & Underwater Zoo, Kidzania, At The Top Burj Khalifa dan Sephora! Hahaha. Sephora di Dubai Mall memang best!

World's Highest Twisted Tower - Cayan Tower

At The Top Burj Khalifa

Sepanjang percutian Ruby pada musim panas ni. Cuaca 45 darjah celcius dan berdebu. Pandangan agak kabur dan sesi fotografi sering terjejas apabila ingin mengambil gambar semua bangunan nombor 1 di dunia. Hehehe. Dubai memiliki banyak anugerah dalam pembangunan. Antaranya “Burj Khalifa – The Tallest Building In The World” pada ketinggian 828 meter dan “Burj Khalifa – The Highest Restaurant” terletak di tingkat 122 pada ketinggian 441.3 meter dari bawah. Nama Burj Khalifa adalah bermaksud “Burj – Tower” dan “Khalifa – nama sempena presiden UAE iaitu Khalifa bin Zayed bin Sultan Al Nahyan”, “Dubai Mall – Largest Shopping Centre” berkeluasan 1,124,000 meter persegi, “Ferrari World – The Fastest Roller Coaster Made From Steel” 239,9 km/h pada ketinggian 52 meter condong dalam masa kurang daripada 4.9 saat, “Dubai Metro – Longest Driverless Metro” metro tanpa pemandu beroperasi selama 74.694km, “Cayan Tower – the World’s Tallest Twisted Tower” 90 darjah pusing.

Dubai mempunyai pengangkutan awam seperti bas, teksi, metro, tram, bot air, jalan raya dan pengangkutan udara. Dubai mempunyai plaza tol yang unik kerana tidak mempunyai pondok tol seperti di Malaysia. Sistem yang digunakan adalah Salik dari Dubai Roads and Transport Authority (RTA). Tiap kenderaan akan menampal kad Salik dibahagian cermin hadapan dan dengan cara itu tiap kali kenderaan melalui Salik plaza tol akan di kenakan bayaran.

Salik Tol Plaza Salik Dubai

Salik, bermakna terbuka atau jelas, adalah sistem kutipan tol jalan raya di Dubai. Pertama dilancarkan pada Julai 2007, Salik adalah sistem tol aliran bebas yang beroperasi tanpa pondok tol, halangan atau pintu, yang membolehkan trafik bergerak bebas melalui plaza tol pada kelajuan lebuh raya. Tengah-tengah sistem adalah tag Salik yang melekat pada cermin depan kenderaan dan menggunakan Teknologi Frekuensi Radio (RFID). Identiti kenderaan dan pemilik kenderaan akan diketahui apabila mereka melalui titik tol Salik. Setiap kali kenderaan berlalu di titik tol Salik, AED 4 ditolak daripada akaun prabayar pelanggan tol Salik.

Dubai mempunyai pelbagai penduduk, ada warganegara, penduduk tetap, pelawat dan pelancong dari seluruh dunia. Ada yang bekerja di sini, ada yang membeli hartanah di sini. Bandar Dubai juga adalah World’s Safest City In The World. Sepanjang Ruby bercuti di sini, Ruby dapat lihat CCTV dimana-mana sahaja. Tetapi tiada Polis. Teringin nak tengok kereta Polis. Hehehe. Kemudian apabila anda berjalan kaki seorang diri pun tiada gangguan. Jika anda melintas jalan atau berjalan di pedestrian walk di sekitar Dubai pasti kenderaan akan berhenti memberi anda melintas. Walaupun anda tiba-tiba nak melintas. Di sini tidak menggunakan “the power of hand” macam di Malaysia. Pemandu memang sentiasa berwaspada dengan pejalan kaki. Bagus kan? Jika ada traffic light sudah semestinya anda perlu ikut tanda lampu isyarat melintas! Hahaha. Walaupun semasa tiba di lapangan terbang tiada yang check bagasi ruby, tetapi jangan ingat anda tidak diperhatikan.

Pemerintahan di UAE dan Dubai mempunyai sejarahnya tersendiri, ruby ingin rungkaikan kerana ia sangat unik. Ia memberi kuasa mutlak kepada kepimpinan di United Arab Emirates dan Dubai. Jangan pening kepala dengan presiden dan perdana menteri ya. 7 negeri Emiriyah Arab Bersatu mempunyai Presiden (Emir of Abu Dhabi) dan Perdana Menteri (Emir of Dubai). Dua jawatan ini kekal dari Abu Dhabi dan Dubai kerana dua negeri ini memiliki kuasa veto untuk 7 negeri di UAE. Di sini lah bermula susur galur jawatan dari kekeluargaan Al-Nahyan dan Al-Maktoum. Kekeluargaan Al-Nahyan dari Abu Dhabi akan kekal sebagai Presiden U.A.E. Manakala kekeluargaan Al-Maktoum akan kekal sebagai Perdana Menteri U.A.E. Gelaran mereka adalah Duli Yang Maha Mulia. Walaupun mereka menggunakan nama diatas surat beranak, jangan kita lupa bahawa mereka adalah Raja dan Agong.

mohammed bin rashid al maktoum and Khalifa bin Zayed Al Nahyan

Dari kiri Perdana Menteri UAE Mohammed bin Rashid Al Maktoum (2006-sehingga kini) dan Presiden UAE Khalifa bin Zayed Al Nahyan (3 November 2004 – sehingga kini)

Semoga negara ini terus membangun dengan pesat dan diberkati Allah s.w.t.

Sumber : www.sheikhmohammed.co.ae , https://en.wikipedia.orgwww.dubai.ae

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

3 thoughts on “Uniknya Dubai

    Uncle Zuan

    (September 20, 2015 - 10:26 pm)

    bestnye dapat ke sana. inshaAllah suatu hari nanti
    Uncle Zuan´s last blog post ..Mifuki Inn Hotel, Tempat Penginapan Bajet Ho Chi Minh CityMy Profile

    Nurul

    (September 14, 2015 - 3:15 pm)

    Wah! Berjalan ke Dubai pulak. Nampak macam be je Dubai ni
    Nurul´s last blog post ..Testimoni Herb-LaxMy Profile

    akubiomed

    (September 9, 2015 - 10:25 pm)

    Beberapa tahu dahulu pernah terbang ke Dubai sebelum transit untuk Lebanon atas urusan syarikat. Masa sampai lapangan terbang antarabangsa Dubai boleh nampak kawasan keliling dalam pesat pembinaan. Sekarang tentu sudah siap dan mercu tanda yang cantik-cantik.

    Sampai lapangan terbang antarabangsa Dubai pun sudah tergangga mulut. Mulit kaget juga melihat khidmat pelanggan rata-rata bukan orang tempatan.
    akubiomed´s last blog post ..Aslah menang pingat emas di sukaneka tadikaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.