Ruby's Thoughts

Hamil Kali Ke-2 : 8 Weeks Pregnancy – Jus Delima Sahabat Sejati

Hahaha. Ruby dah tak tertanggung dah loya, muntah, sakit kepala dan malas. Hamil Kali Ke-2 : 8 Weeks Pregnancy – Jus Delima Sahabat Sejati. Ruby ada google berkenaan Jus Delima. Kemudian tanya kawan Ruby, kak Ayu tu. Apa makanan tambahan organik yang dia makan sepanjang hamil. Sebab Ruby ni paling malas nak makan banyak-banyak pil. Folic Acid tu je yang ruby masih teruskan. Tapi itu untuk baby. Untuk Ruby pula macam mana? Sebab Ruby lemah sangat.

Sampai malas melayan dunia luar. Jemputan ke event ruby dah tak pergi. Hanya hantar assistant je. Kemudian apa berlaku di social media juga ruby malas ambil tahu. Masa kena fitnah beberapa minggu lepas, memang terkejut lah. Takpe-takpe lebih baik ruby jaga keturunan ruby dari perangai jahat macam tu. Nanti terkenan pula kan. Tapi walau Ruby tak melayan, ads juga provokasi. Entah kenapa mereka ni. Tak boleh teruskan kehidupan kot. Ke bayang-bayang ruby menghantui mereka. Hahaha. Yang lepas tu lepas lah kan. Macam lah mereka tu tuhan. Sedangkan mereka pernah mengutuk kawan sesama sendiri. Tetiba nak hentam ruby? Kelakar lah! Memang bila kita berkawan ofkoz ada tersentap dan rasa tidak puas hati. Tapi please move on la. Maafkan dan beri peluang. Itu yang sepatutnya. Tapi kemain cucuk baik punya. Takpelah biar Allah s.w.t je yang balas. Ruby dah takda apa-apa kaitan dengan mereka.

Ruby mencari Jus Delima. Jenama apa pun takpa. Tapi jenama Gulsan juga yang ruby confident. Hahaha. Biasa makan buah delima ni tak rasa sangat masam dia. Bila minum Jus Delima Gulsan. Mak ai pekat oiii. Masam!!

image

Kawan ruby cadangkan minum campur air pada waktu pagi dan malam sahaja. Tapi Ruby dah tidak tahan loya, muntah, pening, mengidam. Ruby ambil sudu dan minum tiap kali tekak rasa tak sedap. Hahahaha. Sehari 10 kali makan. Kahkahkah. Lega betul rasa. RM 17 satu botol. Beli dekat stokis jamu. Hehe.

Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran). Antara khasiatnya adalah :-

MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.

DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI 
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.

MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki sel yang rosak. Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga dapat mencegah ketidaksuburan dan kemadulan. Delima juga dikenali sebagai ‘natural viagra’ dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.

MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.

MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima 3 bulan dapat merendahkan atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksidan yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis”.

MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MOCROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat meyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan sernagan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.

MENGELAKKAN KANSER KALENJAR PROSTAT
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kalenjar prostat. Kebayakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.

DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Winsconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.

MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.

MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyayuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.

MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik ( vitamin C ) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitamin-vitamin A, B1, B2, B3 dan C. Mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan ‘morning sickness’Menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya)Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungdi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)Menjadikan kulit bayi sihat, gebu dan cantikMenunjuang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)

MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juda dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.

Sumber bacaan dari : https://m.facebook.com/notes/wwwmumdreamscommy/khasiat-buah-delima-untuk-ibu-ibu-mengandung/625090107533406

xoxo!

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

3 thoughts on “Hamil Kali Ke-2 : 8 Weeks Pregnancy – Jus Delima Sahabat Sejati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge