Jom Bongkar Rahsia Ejen Berkeyakinan CLEAR Shaheizy Sam

Ruby ada berita gembira untuk anda yang meminati Ejen Berkeyakinan CLEAR Shaheizy Sam. Hehehehe. Kita akan bertemu Shaheizy Sam!! Hooray!!! Jom Bongkar Rahsia Ejen Berkeyakinan CLEAR Shaheizy Sam! Cara-caranya adalah?? Teruskan membaca sehingga akhir dan jawab beberapa soalan mudah untuk melayakkan anda ke High Tea dan sesi makeover dibawa khas oleh Clear! Mudah kan? Jom Sertai High Tea dan Sesi Makeover Bersama Ejen Berkeyakinan CLEAR Shaheizy Sam sekarang!

Bila bercerita mengenai syampoo anti-kelemumur CLEAR, mesti ramai daripada anda menggunakannya. Tidak kira lelaki atau perempuan. Bagi wanita bertudung, syampoo anti-kelemumur CLEAR mesti jadi sahabat sejati. Sebab ia sejuk dan menjaga kulit kepala agar sentiasa bersih dari kelemumur. Masa mula-mula cuba CLEAR, memang terkejut dengan keputusan kulit kepala. Siapa yang boleh beritahu keadaan kita kalau bukan ahli keluarga di rumah. Kan?. Mak ruby lah yang menegur “Eh dah takda kelemumur?”.

Seronoknya Adam main belon sabun ni. Emak dia pun excited juga. Hahahaha. Hargai insan tersayang dan mereka yang sentiasa support kita dari dulu. InsyaAllah Allah s.w.t sentiasa membantu mereka yang teraniaya. Rezeki Allah s.w.t luas. Seluas ruby kongsikan dengan Malaysia Lifestyle Blogger. Ruby bukan PR agensi, Ruby bukan tokan blogger. Just a person yang rasa hidup ini terlalu banyak rezeki! Walau tak kaya, tapi mana tau saham akhirat sana dah ada istana di syurga. #rubydotmy #kipidap

Untuk membina keyakinan diri memang tidak mudah, kita semua ada kekurangan. Tetapi kenapa perlu kekurangan yang kita lihat sedangkan banyak kebaikan, kelebihan, kemanisan dalam diri kita boleh menjadikan diri kita lebih yakin kan? Kekurangan dalam diri kita sentiasa menutup keyakinan diri kita kerana kita berada di dalam persekitaran bersaing ingin kuruskan badan? kulit yang cantik? anak ramai? perkahwinan? kerja bagus? dan senarai itu akan berterusan. Jom kita lihat apa kelebihan yang kita ada yang membolehkan anda lebih berkeyakinan.

  1. Berilmu! Perkara utama anda perlu lakukan ialah ikut gerak hati. Apa yang anda suka lakukan? Menulis blog. Dulu ruby sentiasa berasa rendah diri kerana bentuk tubuh badan yang comel, tetapi dengan pemikiran yang positif tiba-tiba ruby disenangi orang sekeliling walaupun kita rasa tidak layak berkawan dengan mereka.
  2. Jadi diri anda sendiri, untuk berasa yakin. Jauhi sikap tidak jujur dan suka putar cerita berbelit-belit tu. Sebab kita bergaul dengan ramai orang, jadi biar fikiran kita “worry free” dari terlebih cakap. Tapi janganlah jadi pendiam sangat sebab bukannya semua orang ada six sense nak baca apa kita nak. Hahaha.
  3. Berpenampilan menarik dan berkarisma. Berpakaian ikut mood anda. Pakaian sekarang tidak seperti dulu. Jika anda minat fesyen dan hijabi. Banyak pakaian disediakan dan anda cuma perlu padankan dengan stail anda sahaja.
  4. Cipta hobi yang memberi manfaat kepada aktiviti harian anda. Sebagai blogger, penampilan adalah perkara penting. Bukanlah melaram sampai jadi model atau selebriti. Tetapi bergaya kemas kan bagus? Solekan di muka juga penting agar pandangan pertama dari orang sekeliling menjadi positif. Kita tidak boleh ubah sikap orang, tetapi kita boleh kekal berkeyakinan jika dari diri kita sudah cantik dan berseri. Kan?
  5. Kreatif dan Invoatif, tiap apa yang kita lakukan. Kita berhak memilih dan membuat keputusan. Demi kebaikan diri kita dan keluarga kita. Sebagai contoh, ruby seorang blogger. Ruby kena selalu kemas kini social media dan blog dengan pelbagai aktiviti. Sehingga orang cemburu. Tetapi ingat niat kita. Kita ingin berkongsi apa yang sedang panas dan berlangsung di sekitar Kuala Lumpur. Seperti pembukaan restoran baru, ulangtahun produk kecantikan, fesyen terkini musim bunga / sejuk / luruh / panas. Haters akan sentiasa membenci, tetapi diri anda perlu kreatif dan invatif. Ignore dan lakukan perkara yang anda suka. Ketawa!

Meneruskan Mesej Keyakinan Melalui ‘Pelangi Cinta’, CLEAR terus memperkasakan kempen mesej keyakinan mereka menerusi siri video yang menyaksikan gandingan hebat pelakon Shaheizy Sam dan Juliana Evans.

Diberi judul Pelangi Cinta, kisah tersebut berkisarkan mengenai karektor yang dibintangi oleh Shaheizy dan Juliana, yang berasal dari dua dunia berlainan. Juliana hadir dalam dunia yang penuh glamor dan popularity, dimana taraf sosial yang tinggi adalah sangat penting. Manakala Shaheizy pula hadir sebagai seorang jejaka yang menjalani hidup secara sederhana dan tidak pernah mempedulikan apa tanggapan orang terhadap dirinya. Adakah mereka mampu mencari diri mereka yang sebenar antara satu sama lain?

Jom Bongkar Rahsia Ejen Berkeyakinan CLEAR Shaheizy Sam

Sekarang! Ejen Berkeyakinan CLEAR Shaheizy Sam pula nak dating dengan Ruby!!! Hahahahaha. Bestnya! Kali terakhir bertentang mata dengan Sam semasa di event dan Tayangan Perdana filem terkini beliau. Tapi segan lah nak kacau dia kan. Tak sangka CLEAR pula nak bawa Ruby dan seorang pembaca blog untuk bersama-sama bertentang mata untuk sesi Hi Tea dengan Sam. Lepas tu ada pulak sesi makeover juga! Rasa nak pengsan tau! Arggghhhhhhh. Syok gila!

Cara-cara untuk memenangi jemputan High Tea dan sesi makeover bersama Ejen Berkeyakinan CLEAR Shaheizy Sam yang dibawa khas oleh Clear adalah seperti berikut :

1. Peraduan berlangsung dari 19 Oktober 2015 – 26 Oktober 2015
2. Wajib Follow Instagram @rubydotmy
3. Wajib Follow Twitter @rubydotmy
4. Wajib LIKE Facebook Ruby.my
5. Wajib LIKE Facebook CLEAR Malaysia
6. Tonton 4 Webisode Pelangi Cinta

 

 

 

 

7. Jawab soalan berikut :

Mengapakah rakan Sam begitu marah kepadanya?

A) Dia juga menyukai Juliana

B) Sam melepaskan impiannya untuk menjadi seorang pemain bola sepak demi Juliana

C) Sam tidak mahu pergi ke Jepun

Jom Bongkar Rahsia Ejen Berkeyakinan CLEAR Shaheizy Sam

8. Berikan jawapan kreatif untuk slogan berikut.

Saya ingin menyertai High Tea dan sesi makeover bersama Ejen Berkeyakinan CLEAR Shaheizy Sam yang dibawa khas oleh Clear Malaysia kerana (50 patah perkataan)

9. Tinggalkan jawapan di ruang komen di bawah dengan butiran anda seperti berikut :

Contoh :

Jawapan Peraduan High Tea Dan Sesi Makeover Bersama Ejen CLEAR Shaheizy Sam

C) Sam tidak mahu pergi ke Jepun

Saya ingin menyertai High Tea dan sesi makeover bersama Ejen Berkeyakinan CLEAR Shaheizy Sam yang dibawa khas oleh Clear Malaysia kerana.. (50 patah perkataan)

10. Keputusan adalah dari panel hakim CLEAR Malaysia dan ruby.my. Kami akan memilih 1 orang pemenang untuk High Tea Dan Sesi Makeover Bersama Ejen CLEAR Shaheizy Sam
11. Pengumuman pemenang akan dimaklumkan segera melalui media sosial rubydotmy pada 24 Oktober 2015.
12. Peraduan terbuka kepada semua pembaca Blog ruby.my yang berada di Klang Valley sahaja
13. Pemenang WAJIB hadir High Tea Dan Sesi Makeover Bersama Ejen CLEAR Shaheizy Sam pada 9 pagi, 29 Oktober 2015, Khamis. (Lokasi akan dimaklumkan)
14. Keputusan Panel Hakim adalah Muktamad.

Good Luck!

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

 

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

3 thoughts on “Jom Bongkar Rahsia Ejen Berkeyakinan CLEAR Shaheizy Sam

    […] mungkin. Satu contoh yang bagus kan? Syabas Sam! Sebelum ini ruby telah mengadakan peraduan di http://ruby.my/2015/10/jom-bongkar-rahsia-ejen-berkeyakinan-clear-shaheizy-sam/ dan seorang pemenang telah bersama-sama dengan ruby dapat bertemu dengan Sam di Hi-Tea Dan Sesi […]

    Fatin Bella

    (October 26, 2015 - 9:27 pm)

    Jawapan Peraduan High Tea Dan Sesi Makeover Bersama Ejen CLEAR Shaheizy Sam

    B) Sam melepaskan impiannya untuk menjadi seorang pemain bola sepak demi Juliana

    Saya ingin menyertai High Tea dan sesi makeover bersama Ejen Berkeyakinan CLEAR Shaheizy Sam yang dibawa khas oleh Clear Malaysia kerana saya merupakan salah seorang peminat ( huge fans ) Shaheizy Sam dari saya kecik sampai sekarang dan sangat kagum dengan bakat yang ada pada beliau. Dah lama gila teringin nak jumpa dia dan ingin tahu apa yang membuatkan dia sentiasa berkeyakinan di khalayak ramai. Realisasikan impian saya ye ! :’)

    Amelia Syahirah

    (October 26, 2015 - 11:23 am)

    Jawapan Peraduan High Tea Dan Sesi Makeover Bersama Ejen CLEAR Shaheizy Sam

    B) Sam melepaskan impiannya untuk menjadi seorang pemain bola sepak demi Juliana

    Saya sudah muat naik gambar dan kongsikan di social media!

    Facebook Page URL : https://www.facebook.com/emy.aisy/posts/1490365294593482?pnref=story

    Instagram URL : https://instagram.com/p/9SQlLWmjRa/

    Twitter URL : https://twitter.com/amyweirdo/status/658481498400694272

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.