Kenangan Menaiki Bas

Bas ada bermacam jenis bas. Teringat kenangan menaiki bas, masa mula-mula ruby belajar naik bas. Sebenarnya tercetusnya idea nak naik bas bayar terus ni setelah pakcik bas sekolah sering tinggalkan ruby. Hahahaha. Ruby kalau sekolah pagi, mesti tertinggal bas.  Mak pula bayar bulanan mahal. Jadi, tanpa pengetahuan mak. Ruby belajar naik bas mini. Huih gila berani kan?

Pengalaman yang menakutkan sebenarnya. Tapi doa, cekal dan tawakal je kepada Allah s.w.t. Sebab niat nak pergi sekolah. Bukan je pergi sekolah untuk kelas harian sahaja, tetapi untuk masa latihan pakaian seragam, hari sukan dan ko-kurikulum. Ruby sering tak join aktiviti sekolah sebab takda kenderaan nak pergi sekolah. Sekolah jauh, harapkan bas sekolah harian je. Tapi sabtu ahad macam mana kan?

Pencetus nak naik bas ni apabila Putra LRT di kawasan stesen Universiti sedang dalam pembinaan. Ramai menunggu bas di bawah bukit tu. Jadi ruby pun tunggulah bas. Nak tunggu bas apa? Pun tak tahu. Hahaha. Tiap kali bas berhenti, mesti tukang tiket jerit-jerit lokasi mereka kan. Ruby pun cakap la nak pergi Sekolah Rendah Alam Shah. Setiap satu bas tak lalu, tapi mereka kata boleh berhenti di hadapan KWSP dan nanti terus jalan kaki. Ruby pun cuba.

image

image

Pergggghh penat gila jalan kaki. Jauh dari sekolah rupanya. Memang ruby sampai di sekolah. Tapi program dah habis. Sedihnya. Kemudian ruby tunggu bas. Ruby catit nombor tiap bas yang lalu dan lokasi kemana mereka pergi. Kadang-kadang ruby bertanya. Pergi tak Flat Kampung Kerinchi? Konduktor bas bagi tahu, flat tu tak lalu. Tapi adik boleh turun di Universiti Malaya dan jalan kaki balik. Jadi, ruby pun cuba. Bila dah okay dengan jarak dari sekolah dan ke UM. Ruby berulang dari UM ke sekolah. Gigih kan?

image

Bila bas Intrakota mula beroperasi, ruby lagi yakin naik bas. Sebab nombor bas yang sama akan lalu di hadapan Stesen Putra Universiti. Jadi tidak perlu turun di Universiti Malaya lagi. Bila ruby dah pandai naik bas, mak mula tanya. Kad Pendidikan Along ni semua bagus. KoKo pun bagus. Bila along pergi? Pergi naik apa? Masa ni lah ruby bercerita dengan mak. Terus mak cakap lepas ni nak pergi mana-mana bagi tau. Kalau hilang kena culik macam mana?

Serius masa tu ruby takda rasa ketakutan yang orang sekeliling ni jahat. Semua banyak membantu. Alhamdulillah. Tapi itu zaman dulu, mungkin masih lagi mengekalkan budaya sopan santun dan saling membantu. Zaman sekarang kalau nak tanya arah jalan pun ruby takut. Hahaha.  Melainkan tanya staf bertugas di pasaraya atau polis.

image

Pengalaman naik bas masih diteruskan apabila ruby pindah rumah di wangsa maju. Pergi sekolah jalan kaki, tapi nak ke kedai buku naik bas. Nak ke pusat tuisyen naik bas. Kemudian bermula bas rapidkl dan metrobus. Dua-dua bas ni sering seiring masa dan waktu. Nak selesa dan selamat? Semestinya naik bas rapidkl. Nak adventure, naik bas metrobus. Confirm sampai cepat ke lokasi. Hahaha.

image

Ruby stop naik bas ketika usia 25 tahun. Selepas bernikah. Hahaha. Sebab dah ada kenderaan sendiri dan hamil pula ketika tu. Naik bas ni memang seronok. Tapi kena tepati masa, kalau tak… Mesti tertinggal bas. Hahahaa.

image

Bas yang ruby naik sekarang lebih kepada untuk duduk dan lihat permandangan kota Kuala Lumpur. Bas Hop On Hop Off tu le. Hehehe.

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Kenangan Menaiki Bas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.