Lewat 15 Minit ke Canon Photomarathon 2015

      1 Comment on Lewat 15 Minit ke Canon Photomarathon 2015

Ini pengalaman Ruby. Kebiasaannya kalau ruby teruja nak datang awal, memang awal pagi dah terpacak depan kaunter pendaftaran. Tapi disebabkan masalah peribadi, ruby dan suami lewat 15 minit ke Canon PhotoMarathon 2015. 9.15 am kami sampai di Quill City Mall. Kaunter tutup 9 pagi!!! Kemudian kami mencuba nasib mencari kaunter pendaftaran. Tapi ruby nampak kaunter media. Hahahaha. Alah takpelah, nak jadi participant pula kali ni.

image

Ruby dan suami dah register online awal pada 16 September 2015. Tapi walau register awal dan bayar RM 30 pun tak guna juga bila kita dah lewat kan. Berbeza bila kita jadi peserta. Kalau jadi media tak dapat la feel jadi peserta. Itu sebab ruby dan suami register online. Hurmmm. Kaunter media masih lagi beroperasi masa ruby di Quill City Mall. Siap staff Canon muka bosan dah. Hahaha. Kalau nak press release tu boleh sangat dah ambil. Tapi hari ni nak beriadah dengan suami dan Adam. Jadi, tiada name card dikeluarkan untuk approach sesiapa.

image

image

Masa kami sampai di kaunter laptop semua masih ada. Cuma mereka dah tarik wayar dan berkemas. Huhu. Tak dapatlah mereka nak check database siapa peserta walaupun ruby tunjuk kad pengenalan. Mereka tak buat manual registration. Kami pulang dengan muka hampa. Tshirt tak dapat. Goodie bag? Lagi la tak dapat juga. Hahahahaha. Hampa gila. Sebab ruby tunggu lama nak join Canon Photomarathon 2015. Tahun sebelum ni kami tak dapat join sebab ruby hamil, pastu tahun seterusnya bersalin, tahun berikutnya kena jaga anak kecik. Tahun ni lewat pula! Huwaaaaa.

image

image

Takpelah. Lepas ni ruby utamakan event jemputan je lah. 17 Oktober 2015 banyak event ruby cancel. Citrawarna, Lifebuoy, Spa Bersama Blogger, Eat Travel Write Kuala Lumpur dan Food review. Hahahahaha. Sudahnya ruby pergi sarapan pagi di Warung Pak Hassan, shopping baju Adam di AEON Quill City Mall dan balik rumah sambung buat draft advertorial dari client.

Kita merancang, Allah s.w.t yang menentukan. Selamat berhujung minggu semua! Jangan lewat lagi walau anda ada masalah.

xoxo!

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

1 comment on “Lewat 15 Minit ke Canon Photomarathon 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge