Scholl Velvet Smooth Express Pedi

      5 Comments on Scholl Velvet Smooth Express Pedi

Pedicure dan manicure memang syok dilakukan. Ibarat dimanja-manja di Spa. Wangian aromaterapi yang membuatkan anda lebih selesa dan relax. Sila bayangkan betapa syoknya anda ketika itu. Hahaha. Itu untuk yang ada masa nak ke spa takpelah kan? Yang ada duit untuk lakukan pedicure dan manicure setiap bulan okay lah kan? Yang tiada kekangan masa untuk kemana-mana, tidak perlu bawa anak ke spa dan tiada suami untuk ikut ke spa takpe lah kan. Bayangkan sekali lagi apabila anda perlu uruskan anak dan suami tidak kira masa sehinggakan waktu untuk manjakan diri pun tak ada. Jadi, cara yang terbaik adalah gunakan Scholl Velvet Smooth Express Pedi.

 

Jom tonton video Ruby lakukan Pedicure dan dibantu oleh baby Adam. Alat Scholl Velvet Smooth Express Pedi ini tidak merbahaya kepada kanak-kanak. Pastikan anda berada di sebelah mereka ketika alatan sedang beroperasi. Hehehe.

Oleh kerana sibuk uruskan keluarga dirumah, sehinggakan ibu-ibu rasa taknak keluar rumah kerana ingin kemas rumah, sidai baju, basuh pinggan, masak, mop lantai, cuci tandas, lipat baju, mandikan anak, suap anak makan, menyusu anak dan kerja pula sebagai usahawan jualan online. Maka? Kita ibu-ibu pun malas nak keluar rumah untuk berspa bagai. Hahahaha. Ruby sedang lalui keadaan itu. Jadi, bila suami tengok Scholl Velvet Smooth Express Pedi ada di dalam laci keronsang. Dia tawarkan diri untuk buat pedicure dekat kaki. Hahaha. Bagus sangat keadaan kulit kaki ruby selepas tu. Tapi, ruby terlelap selepas 5 minit. Fuhh rasa macam di spa. Tidur terus. Hahaha. Nampak tak betapa penat ibu-ibu ni.

Scholl Velvet Smooth Express Pedi Scholl Velvet Smooth Express Pedi Scholl Velvet Smooth Express Pedi Scholl-Velvet-Smooth-Express-Pedi-5 Scholl-Velvet-Smooth-Express-Pedi-6

Replacement Roller Heads juga dijual berasingan. Boleh dapatkan di farmasi berdekatan anda atau cawangan butik Scholl.

Scholl Velvet Smooth Express Pedi

Bagusnya produk Scholl Velvet Smooth Express Pedi ini adalah :

1. Electronic Foot File yang membersihkan kulit mati dengan lebih praktikal. Sesuai digunakan dimana-mana sahaja.
2. Menggunakan 4 biji bateri AA. Bateri memang tersedia di dalam mesin, apabila dah habis bateri. Ruby akan gantikan dengan bateri yang boleh charge balik tu. Jimat banyak!
3. Replacement Roller Heads yang boleh dibasuh dan ditukar baru. Hehehe.

Rekaan ergonomik Scholl Velvet Smooth Express Pedi memudahkan anda untuk melakukan Pedicure yang sempurna seperti di spa. Benarlah kata pepatah “Beauty begins at your feet”. Dari kaki yang sihat, anda akan cergas melakukan apa sahaja aktiviti.

Scholl Velvet Smooth Express Pedi bernilai RM135.20. Dapatkan potongan 5% off jika anda membeli melalui http://bit.ly/schollmy. Masukkan promo code: SCHSOU. Promosi tamat pada 31st Oct 2015. Dapatkan sekarang!

www.velvetsmooth.com.my

#MYVelvetSmooth

xoxo!

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

5 comments on “Scholl Velvet Smooth Express Pedi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.