Koleksi LEGO Shell V-Power

 

Pada 6 November 2015 lalu Ruby telah menghadiri pelancaran koleksi LEGO Shell V-Power di Sunway Pyramid. Ini bukan sahaja pelancaran koleksi permainan LEGO yang menampilkan LEGO kecil, tetapi pihak Shell turut membawakan rekaan koleksi kereta Ferrari! Bayangkan betapa meriahnya apabila para pengunjung dapat melihat kereta Ferrari dalam saiz LEGO yang besar. Anda juga boleh duduk di dalamnya! Ibarat seperti pemandu kereta lumba. Hehehe.

Tuan Haji Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd.

“Melalui Koleksi LEGO Shell V-Power, kami dapat menarik minat orang ramai – termasuklah para pemandu, peminat perlumbaan kereta, penggemar barang mainan, kanak-kanak dan juga orang dewasa – untuk sama-sama menjadikan Shellsebagai stesen kegemaran mereka. Bagi kami aktiviti membina kereta mainan ini akan menjadi lebih bermakna jika dikongsi bersama. Visi kami adalah supaya para pelanggan dapat mengukuhkan ikatan sesama mereka ketika memasang set LEGO,” kata Tuan Haji Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd.

“Kebanyakan pengguna tentu pernah bermain dengan LEGO semasa kecil. Ambillah peluang ini untuk menyusun semula set LEGO bersama rakan-rakan, seperti zaman kanak-kanak anda. Sempena musim cuti sekolah tidak lama lagi, tentu ada ibu bapa yang mahu meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak melalui aktiviti memasang kereta Ferrari serta set permainan LEGO,” tambah Tuan Haji Azman.

Bagi Ruby, zaman sekarang gajet dan teknologi semakin digemari. Tidak kira lah untuk kanak-kanak malahan orang dewasa juga terkesan dengan arus teknologi ini. Di dalam kebaikan terdapat juga keburukannya sebagai contoh orang dewasa asyik dengan telefonnya, kanak-kanak kecil dengan tabletnya. Situasi ini amat tidak bagus untuk perkembangan sosial. Dengan adanya Lego Shell V-Power jurang itu boleh di kecilkan antara anak-anak dan ibubapa. Ianya salah satu cara kita menghabiskan masa yang berkualiti dengan anak-anak sambil membina blok lego sehingga siap.

shell-v-power-leg-001

Lego Shell V-Power

Sedikit sejarah mengenai Lego, Lego bermula pada tahun 1932, Lego blok ini memain peranan penting dalam perkembangan otak kanak-kanak. Ianyanya mampu menstimulasikan otak kanak-kanak untuk berfikiran kreatif melalui daya pembinaan dan imaginasi.

Lego Shell V-Power Lego Shell V-Power

Pada zaman kita kecil dahulu juga, ibu bapa kita selalu membelikan blok Lego dan sehingga kini kita membina Lego tidak kira umur dan jantina, ini juga membuktikan Lego adalah bersesuaian unutuk semua lapisan masyarakat.

Lego Shell V-Power Lego Shell V-Power

Antara model LEGO Shell V-Power yang anda boleh kumpulkan adalah:

  • Ferrari 512 S
  • Ferrari F138
  • Ferrari 250 GTO
  • Shell Pump Station
  • Trek lumba dan podium

Cara untuk memiliki koleksi LEGO Shell V-Power adalah dengan mengisi minyak Shell V-power atau Shell FuelSave atau pembelian 4-liter Shell Helix minyak hitam dan anda layak membeli salah satu model Lego dengan harga diantara RM 9.90 dan RM 13.90.

Anda juga berpeluang membeli Edisi Khas Lori Minyak Shell yang berharga RM 9.90 dengan pembelian yang sama seperti diatas.

Koleksi baru model Lego akan dikeluarkan setiap ahad bermual 1 November sehingga 13 Disember 2015. LEGO Shell V-Power berada di pasaran sehingga 31 Januari 2016 atau sehingga stok masih ada.

Bila dah siap bina LEGO Shell V-Power, jangan lupa kongsikan gambar anda ketika membina Shell V-Power Lego di media sosial menggunakan hashtag #ReadySetBuild.

Shell turut menjemput orang ramai untuk mengunjungi pusat aktiviti LEGO Shell V-Power di Sunway Pyramid (5-8 Nov) dan Plaza Gurney, Pulau Pinang (12-15 Nov) di mana mereka berpeluang untuk menyaksikan kereta Ferrari model LEGO secara lebih dekat dan menikmati permainan interaktif dan pelbagai aktiviti menarik.

Trak jelajah bergerak juga akan membawakan pengalaman LEGO Shell V-Power kepada orang ramai melalui replika LEGO kereta Ferrari Scuderia Formula One bersaiz sebenar ke Lembah Klang, Ipoh, Melaka dan lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut anda boleh ke laman sesawang Shell yang tertera di bawah:

www.shell.com.my

Facebook

xoxo!

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Koleksi LEGO Shell V-Power

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.