Lifebuoy Clini-Shield 10

      1 Comment on Lifebuoy Clini-Shield 10

Kemunculan kuman yang lebih kuat kini menjadi kebimbangan global, kerana penyebaran kuman ini mengundang isu-isu kesihatan yang berkaitan kebersihan, terutamanya di kalangan kanak-kanak yang masih tidak mampu menjaga kebersihan diri. Menyedari hakikat ini, Lifebuoy dengan teknologi Activ Naturol Shield serba maju kini memperkenalkan Lifebuoy Clini-Shield 10. Sabun badan antibakteria yang baru dilancarkan ini menyediakan perlindungan kuman 10x* dan penjagaan kulit yang lebih baik untuk perlindungan badan menyeluruh.

Pendekatan Lifebuoy Clini-Shield 10

Memandangkan kuman kini menjadi semakin kuat, kebersihan badan perlu dijaga dengan bantuan sabun perlindungan kuman yang berkesan. Penggunaan produk perlindungan kuman yang tidak merengsakan kulit amat penting, kerana kulit yang sihat mencegah kemasukan semula kuman dan mengurangkan pengumpulan bakteria lantas memberikan perlindungan lengkap.

Lifebuoy Clini-Shield 10 dengan teknologi berpaten yang dinamakan Activ Naturol Shield, mengandungi kombinasi ramuan bersinergi untuk perlindungan kuman, pembersihan dan penjagaan kulit untuk pembersihan yang tidak merengsakan kulit dan perlindungan kuman yang lebih baik. Lifebuoy Clini-Shield 10 yang telah diuji dan terbukti, didapati serta-merta mengurangkan kuman pada kulit selepas pembersihan. Lifebuoy Clini-Shield 10 juga melembapkan kulit, menjadi gandingan terbaik antara pembersihan dan penjagaan.

Pengerusi Unilever Malaysia, Singapura, Myanmar, Kemboja & Laos, Rakesh Mohan berkata, “Ahli Sains Unilever di Pusat Penyelidikan Bangalore telah memanfaatkan sumber semula jadi yang tiada batasan untuk mencapai tahap perlindungan kuman sebanyak 10 kali. Ahli sains kami telah mengenal pasti bahan yang wujud secara semula jadi dalam sap pokok pain dan daun taim yang mengurangkan kuman dengan lebih berkesan, lantas menjamin perlindungan kuman dan penjagaan kulit dengan lebih baik menerusi Lifebuoy Clini-Shield 10. Produk terbaru kami bagi Lifebuoy ini telah dirumuskan untuk menangani kebimbangan ibu-ibu yang mahukan penyelesaian perlindungan kuman yang lebih berkesan untuk keluarga mereka. Lifebuoy Clini-Shield 10 ialah penyelesaian sempurna yang dicari oleh ibu-ibu yang mahukan produk yang unggul.”

LB_CliniShield_Infographic

Memahami Perlindungan Kuman

Kuman semakin kuat dan meningkatkan risiko penyebaran dengan pantas dan lebih kerap. Langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk memastikan keluarga anda kekal sihat dan bebas daripada kuman. Perlindungan kuman menerusi kebersihan peribadi ialah barisan pertahanan pertama untuk menentang apa jua bentuk kuman. Amalan menjaga kebersihan peribadi yang baik, membantu mengurangkan atau menyekat titik masuk yang membolehkan kuman membawa mudarat dan mengancam kesihatan kita.

Kuman Kini Semakin Kuat

Dengan segala teknologi yang ada dalam dunia moden ini, agak menghairankan bahawa kuman kini semakin kuat. Selain daripada sudah membina daya tahan kepada antibiotik tertentu, kuman juga mudah merebak kerana orang ramai kurang menitikberatkan kebersihan – lebih-lebih lagi mereka kurang maklum akan pelbagai cara kuman boleh merebak:

  • Pengumpulan bakteria berterusan di permukaan yang tidak dibersihkan atau dicuci
  • Kuman yang baru dan lebih kuat boleh merebak dengan pantas menerusi sentuhan bersemuka, dari tangan yang kurang bersih ke makanan dan dengan menyentuh permukaan yang dicemari kuman.
  • Perubahan demografi, sosial dan lain yang berlaku di kalangan penduduk global juga mempengaruhi daya tahan kita terhadap penyebaran kuman.

Pencegahan sememangnya lebih baik daripada rawatan dan sebenarnya, kita hanya perlu mengambil langkah mudah untuk menjaga kebersihan. Lifebuoy Clini-Shield 10 baru dengan Activ Naturol Shield memberikan perlindungan lebih baik terhadap kuman dan lebih lembut pada kulit, serta melindungi badan dengan lebih menyeluruh berbanding sabun lain tanpa bahan aktif. Ini memastikan keluarga anda mendapat perlindungan tambahan sambil memberikan penjagaan kulit yang sewajarnya.

Lifebuoy Clini-Shield 10 Baru

  • Clini-Shield 10 dengan Activ Naturol Shield adalah sabun antibakteria terbaru Lifebuoy yang memberi anda perlindungan kuman sekurang-kurangnya 10x* dan perlindungan kulit lebih baik.
  • Activ Naturol Shield telah ditemui oleh ahli sains sebagai bahan yang wujud secara semula jadi didalam sap pokok pain dan daun taim yang membantu membasmi kuman dengan lebih berkesan dan memberikan perlindungan tambahan kepada kulit anda.

Lifebuoy Clini-Shield 10 disediakan dalam bentuk sabun buku dan cucian badan dalam dua pilihan berbeza:

Lifebuoy Clini-Shield 10 SoapLifebuoy Clini-Shield 10 Complete

  •  Lifebuoy Clini- Shield 10 Complete dengan Activ Naturol Shield memberikan perlindungan kuman 10x dan penjagaan kulit lebih baik untuk perlindungan badan yang menyeluruh. Harga pasaran adalah Lifebuoy Clini- Shield 10 Complete Bodywash RM23.50 (1 Liter) dan Lifebuoy Clini- Shield 10 Complete Soap RM2.50 (100 gram)

Lifebuoy Clini-Shield 10 Fresh Soap

Lifebuoy Clini-Shield 10

  • Lifebuoy Clini- Shield 10 Fresh dengan Activ Naturol Shield memberikan 10x perlindungan kuman dan penjagaan kulit lebih baik dengan kenyamanan semula jadi yang menyegarkan untuk perlindungan badan yang menyeluruh. Harga pasaran adalah Lifebuoy Clini- Shield 10 Fresh Bodywash RM23.50 (1 Liter) dan Lifebuoy Clini- Shield 10 Fresh Soap RM2.50 (100 gram)

*berbanding sabun tanpa bahan aktif. Menurut ujian makmal terhadap petunjuk organisma.

 

Dapatkan Lifebuoy Clini-Shield 10 di pasaran sekarang!

www.facebook.com/LifebuoyMalaysia

1 comment on “Lifebuoy Clini-Shield 10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.